06/05/2010

pesanan untuk diri sendiri


hai..
assalamualaikum..
selamat malam izuddin..

wahai izuddin..
aku ada soalan untukmu..
banyak yang ingin aku tanya padamu..
banyak yang menjadi persoalan tentangmu..

wahai izuddin..
kenapa aku rasa kamu begitu terleka?
kenapa aku rasa kamu dilalaikan?
kenapa aku rasa kamu dihanyutkan?

wahai izuddin..
tidakkah kamu sedar..?
hidupmu di dunia ini hanyalah sementara..
sekadar pinjaman dari Allah..
untuk kamu beribadat..

ingatlah wahai izuddin..
janganlah kau hanyut dalam dunia..
janganlah kamu lemas dalam kesenangan..
janganlah kamu tenggelam dalam hiburan..

berpada-padalah wahai izuddin..
jangan jadikan dirimu terus dilalaikan..
ingatlah bahawa Tuhanmu selalu memerhatikanmu..
setiap saat, setiap minit, setiap jam..
kamu tidak akan terlepas dari pandanganNya..

sesungguhnya Dia melihat segala yang kamu lakukan..
dan Dia juga mengetahui setiap yang tersembunyi di lubuk hatimu..
kerana Tuhanmu itu maha mengetahui..

ikhlaskanlah niatmu..
semoga kamu memperoleh ketenangan..
di dunia dan akhirat..

p/s - sila tukar nama aku dengan nama korang..

Thank you for reading this entry !

7 comments:

abangfaizul said...

wahai faizul...

*astaghfirullah...

Mohd Fikri said...

Terima Kasih....

hologramisfera said...

Subhanallah.
Mintak maaf selalu usik2 ko.
Tapi kita kawan lama2 ok
XD

izuddinrahim said...

--> abang faizul
ada kesan tak?


--> mohd fikri
sama2..


--> pipi muncet
haih?asal tetibe neyh?
tak paham lah..haha

amalin binti anuar said...

secara tidak langsung entry ini telah mengingat kan saya jugak,

abangfaizul said...

doa2kan la adikku..

izuddinrahim said...

--> amalin binti anuar
whoa..betol eh?tahniah sebab terasa..haha


--> abang faizul
insyaAllah..jangan risau bang..hee~

Related Posts with Thumbnails