Apa yang biasa korang buat kalau takde mood? Setahu aku, bila takde mood ni semua kerja tak jadi. Jika jadi sekalipun, kerja tu tak sempurna. Contoh macam kau kena masak tapi disebabkan kau takde mood, masakan yang selalunya sedap jadi tak sedap. Contoh lain, macam.. Ah..! Susah pulak nak bagi contoh ni, fikir sendiri boleh? huahuahua
Aku? Biasa kalau aku takde mood, memang aku akan diam seribu bahasa. Muka pulak ofkos masam mencuka. Nak masam menggaram tak boleh sebab garam tu masin. Nanti kang rosak pengetahuan bahasa melayu budak spm dek blog yang tulis tak ikut silibus dewan bahasa dan pustaka ni. Tetibe kat sekolah cikgu tanya ;
cikgu : siapa boleh bagi contoh benda masam?
murid : garam cikgu!
cikgu : siapa yang ajar awak?
murid : abang kacak dalam blog kembatolo.
cikgu : =.="
Ha.. Ni kalau jadi siapa nak jawab?
Ok lupa pasal cikgu dengan murid tadi. Lantak ah nak salah pun, dorang yang nak amik spm, bukan aku. bhahaha ok tak cukup kejam kena caps lock baru kejam BHAHAHAHA!!
Bila takde mood, aku klik mozilla firefox >> youtube >> PLAY KLIP HINDUSTAN.
Serius wehh!! Memang aku buat camtu. Bila dengar hindustan, terus mood datang kepuk-kepuk. Aku tahu jarang manusia buat macam gini. Nak nak pulak tengok klip hindustan. Perghh! Satu dalam sejuta kot. Dah la lelaki, minat hindustan pulak tu. Zaman sekarang ni kpop(aku minat kara hahaha) dengan omputih je ramai peminat. Jadi, aku agak korang dah boleh nilai betapa uniknya aku. Kan kan? -.-"
Unik bini kau! huh~
7 comments:
amboi kara. aku layan ft island je. HAHA.
kalo takde mud, aku suka tdo. (-__-)
big bang la syok! hahaha.
╮(╯_╰)╭
p/s :
ingatkan mak-mak je yg layan hidustan, hang pun sama. haha. unik unik.
bila takde mood sy suka makan. hihi.
dasar k! bhahahaha! :P
9gag je penghibur duka lara . lain tarak >.<
orang klate ramai hafal lagu hindustan.
~setuju2..selalu buat camtue jugak..hehe
buka kuat2 hindustan..>_<
Post a Comment