28/02/2012

Pandangan Terhadap Seorang Perempuan

Adat mata, memandang. Tentang apa yang dipandang, pada siapa diarahkan pandangan, hanya empunya mata yang tahu. Dan awak sebagai hawa, adakah awak tahu camane pandangan lelaki pada awak?


Erkk.. Skema la pulak. Tralalala


Okay.. Sebenarnya kan awak, kalau awak nak tahu, pandangan lelaki ni ada banyak jenis. Aneka pilihan bak kata dewan bahasa dan pustaka. Banyak tu tade lah sampai beribu sesalan 3 diva tu uolls. Yang tu suku kira masing2 vokal meletup keluar urat bersimpang siur kat leher nak miming punye pasal. Walaupun banyak, tak pernah terfikir nak kira oleh saya ini. Awak kan tahu saya alergik bab kira mengira ni. Bukan sebab tak reti cuma kurang minat. Tambah tolak pun da berjaya buat saya kusut, ni pulak darab bahagi? Tu belum masuk calculus ye puan puan. Mau gegar otak ni tengok nombor dengan huruf duk sekali macam algebra tu. Akan tetapi, kenapa saya cite pasal mengira sekarang? Adakah entri saya sudah kelaut wahai puan puan sekalian? Dah la puan puan, mintak tuan tuan pulak bagi respon. Hahahaha.


Boleh saya teruskan? *Amboi sopannyeee xD*


Pandangan pertama, lelaki yang tengok awak dengan nafsu. Tak kisahlah nafsu serakah ke, serapah ke, saripah ke, yang utama tang nafsu itu aje. Mohon perhatian awak yang pakai seksi tu, baju ketat tu, ikut bodyshape tu, tubuh menggiurkan tu, tutup tidak sempurna tu, terdedah sana sini tu, semua sekali tidak akan terselamat dari lelaki dalam golongan ini. Mereka-tengok-awak-kerana-NAFSU!! Nun-alif-fa-sin-wau. (Mintak2 ejaan jawi ni betul). Sekadar menjamu kepuasan syahwat semata-mata-hidung-mulut. Tidak lebih dari itu. Kesian awak jadi mangsa kan?


Berbeza pula dengan awak yang bertudung litup, labuh melepasi paras dada, baju longgar, tidak menampakkan bentuk tubuh, serta tidak menunjukkan kelakuan yang mendorong syahwat(hyper gedik mengada gilaaa). Pandangan lelaki pada kelompok ini seolah-olah sebagai satu pandangan hormat. Hormat sebab etika serta cara pemakaian awak yang mampu menyejukkan mata yang memandang. Mana saya tahu? Ehem saya lelaki ye akak akak semua. Really I tell u. Wkwkwkwkwkwk <--motif gelak cenggini?


haloh halohhh.. apahal ayu sangat niiii?!! kawen dengan saya pleaseeeee T_T


Apatah lagi bagi awak yang berniqab. Pandangan mereka boleh dikatakan inesen sebab dorang hanya tengok apa yang awak orang bagi tengok. Maksud saya nampak mata je. Malah, timbul dalam diri sang lelaki(saya lettew) satu perasaan takjub bila menatap awak. Hamboi3, over sungguh! Siap nak tatap2 bagai kau ye? Takjub bukan apa, kerana kesungguhan awak menjaga diri dan maruah dari ditelanjangi oleh mata keranjang si pemandang(yang ni bukan saya harharhar). Selain itu, pandangan ini akan membuatkan lelaki iri hati dengan pembayar mahar awak kerana awak dah jadikan diri awak harta yang paling berharga buat mereka. Berbaloi tahu tak? (Tp pewlish leww jangan taruk harga tinggi tinggi mencakar langit. Tak terjangkau poketku. Tskkk T_T)


hai awak.. saya kagum dengan awakk. untung suami awak kan? ^^


Ha.. Sekarang camane? Dah tahu kan? Jadi awak pilih la pandangan mana yang awak mahu dari seorang lelaki. Kalau awak bangga jadi buruan mata lelaki kerana keseksian awak(ouch terase!), teruskan dengan cara pemakaian awak yang menjolok mata dan nafsu tu. Atau awak lebih suka ditonton lelaki kerana kesopanan penampilan dan kehalusan akhlak awak? Ehem. Awak pilih lah sendiri. Awak yang buat pilihan, dan awak juga akan dipertanggung jawabkan oleh pilihan yang awak buat. Faham semua?


Tapi yang paling penting, saya sebagai seorang lelaki sepatutnya kena jaga pandangan agar tidak terus menerus memandang benda yang boleh mendatangkan dosa. Takut nanti dari mata turun ke hati. Tak pasal pasal tambah gelap hati ni na'uzubillahi minassyaithonirrajim.


Oh ya, sebelum terlupa, saya nak cakap saya tengah memperbaiki diri sekarang. Orang cakap renovate yang mana patut. Hewhewhew. Mohon maaf kalau ada kekurangan. Assalamualaikum. =)


*yehoo berjaya update! =P


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thank you for reading this entry !

18 comments:

FYDA said...

-.- doakan kami, si kaum hawa ni, supaya ingat nk tutup aurat, bukan ape, moge2 kuat utk terus menutup aurat dgn baik =)

sea_lavender said...

tulus ikhlas dalam pandangn ye~~
mekaseh ^_^

Unknown said...

amboi.lama sunggoh tak berupdate

dee said...

fuhhhhh!

Puan Nurussalwa said...

ni boleh kira kejujuran jugak la kan.. tengs for the sharing.

hazirah kasimon said...

:) yep..perempuan cntik yg berfesyen + mke up = memang dipandang n menarik perhatian lelaki...
tp, rugilah suaminya, sebab yang indah kat pompuan yg dipileh sebagai isterinya itu telah dilihat terlebih dahulu oleh lelaki lain.
**credit to pengalaman sendiri

Nuruashia said...

alhamdulilah..kn best kalo sume laki berfikiran mcm pok din ^^

Anonymous said...

dah baca bismillah dah, no worry :P pandangan terhadap entry ni pula kan kan kan, hahaha, kan bagus kalau ramai lelaki yg mcm ni, berani ckp depan2 k serius tkda kaitan sgt dah ni -,- apa pun thanks for the info! :)

aneff.marhfiz said...

well said :)

Anonymous said...

bismillahhirrahmanirrahim..

terus terang...^_^

Tiara Fazlin said...

i think its time for u to get married dah banyak sgt hint nak kawin nih..hahah

wanie_mn said...

terima kasih sebab mengingatkan kami kaum hawa yg kini masih lagi lalai terutama sekali dalam hal bertabarruj, pakaian yg tidak menepati ciri2 muslimah wlupun bertudung, dan jg pose2 maut di dlm blog yg mengancam sehingga menarik perhatian lelaki. :)

LittleGurl said...

InsyaAllah, adanya lelaki seperti ini sekurang-kurangnnya boleh menyedarkan sesama kita. yang penting kita saling mengingatkan, samada lelaki/wanita. thanks. good job din :))

Unknown said...

wanita??ana juga seorang wanita.alhamdulillah berkat didikan umi&abi ana terpelihara.doakn ana terus istiqamah utk mnutup aurat&berniqab:)insya-Allah!!!!

Rahsia Hati Huda said...

Thanks for your advice.Saya yg perempuan ni pun x larat memandang perempuan yg pakai baju ketat.Nice sharing.Pakaian yg dipakai haruslah okeyh dengan akhlak seseorang.first singgah blog ni.

نورول عتيكه said...

syukran jazilan 🌸

نورول عتيكه said...

syukran jazilan 🌸

galaksie97 said...

So owner, dh kahwin kah? Nice entri.

Related Posts with Thumbnails