23/11/2011

Guru Terbaik Adalah Pengalaman

Assalamualaikum. 



Alhamdulillah diucap tanda syukur ke atas nikmat. Selawat dihulur tanda sayang kepada pemberi syafaat. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. =D



Dalam dunia ni, ada dua cara belajar. Pertama, cara belajar yang kita selalu buat iaitu samada dengan buka buku, baca, dan mengadap cikgu, itu dah dikira belajar. Kedua, cara belajar yang banyak kita lalui tapi ianya tidak memerlukan walau sebuah buku pun. Tanpa sebatang pen. Tanpa sehelai kertas. Tanpa seseorang yang bergelar guru.



Ya. Belajar melalui pengalaman. Setiap apa yang telah berlaku, tak kira lah ianya berlaku ke atas diri kita sendiri ataupun ke atas diri orang lain, itu merupakan satu proses pembelajaran.



[sumber]



Sedarkah kita bahawa belajar melalui pengalaman lebih memberi impak pada diri? Okay, kau nak tegaskan bahawa dari buku lebih memberi kesan? Jom bincang.



Tak dinafikan bahawa belajar mengikut buku itu berkesan. Tapi tak setanding dengan belajar melalui pengalaman. Buku hanyalah teori. Teori orang yang kau kenal hanya melalui tulisan. Kau baca bermula dari huruf A sampai Z. Tapi ia tetap huruf! Takkan berubah menjadi fizikal seorang manusia.



Berbeza dengan pengalaman, ia terus memberi effect yang mendalam pada diri. Dan kita akan lebih berjaga-jaga apabila ia melibatkan pengalaman. Betul tak?



So, adakah kita kena lalui sesuatu perkara baru boleh belajar dari pengalaman? NO! Tak semestinya kau nak arif tentang sesuatu bererti kau kena laluinya. Jika begitu, bila kau nak rasa pengalaman bagaimana rasa apabila gagal bermakna kau kena buat-buat gagal or something like that lah? Tak perlu kot! Apa guna kau ada kawan? Apa guna anugerah pancaindera yang Allah kurnia pada kau? 



Kau ada mata, maka lihatlah orang-orang di sekeliling. Apa yang berlaku pada mereka apabila mereka gagal? Tengok, fikir, dan semat kemas di hati. Itu juga akan jadi pengalaman buat kau. Tentang kau nak jadikan ia satu pengajaran atau pedoman, terpulang pada kau.



[sumber]



Pernah dengar quote "mata yang memerhati lebih baik dari bibir yang berbicara?"



Walaupun aku dari jenis yang potpetpotpet tapi aku setuju dengan kata-kata tersebut. Sebab apa? Sebab apabila kau sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling, ia akan membuatkan otak kau berkerja. Melihat, mentafsir, dan tup, membuahkan hasil! Apa kau ingat semua yang berlaku di sekeliling hanyalah sekadar kebetulan? Come on dude, everything happen for a reason right? Tidak Allah jadikan sesuatu kejadian/perkara dengan sia-sia. It's all about experience. Untuk kau ambil iktibar dan jadikan ia sesuatu yang berharga buat diri walau pada asalnya ia hanyalah sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan diri kau.



Sebagai contoh, kau suka shopping kan? Alah, takde manusia yang tak suka shopping. Beli sesuatu yang baru untuk diri sendiri, of course lah suka! Betul tak? Tiba-tiba, masa kau tengah sibuk membeli belah, lalu di depan kau seorang pemuda 20an sedang memimpin tangan ibunya (which is dah tua 60an mungkin), and guess what? Mereka shopping bersama-sama! Sejenak, kau terfikir adakah kau pernah lakukan perkara yang sama seperti pemuda tersebut? Berpegang tangan dengan ibu sendiri yang dah tua untuk pergi shopping? Ataupun kau lebih banyak pegang tangan awek kau? Hahaha. Aku yakin yang kedua tu lebih banyak kan? =P



Ya, inilah yang dikatakan pengalaman. Belajar melalui apa yang berlaku di depan mata. Ia lebih berkesan bukan?






Akhir sekali, jangan terlalu mudah down apabila ditimpa sesuatu. Tenangkan diri dahulu. Kaitkan sesuatu tadi dengan kekuasaan Allah. Seterusnya, ambil iktibar dari setiap yang berlaku. InsyaAllah, kau akan dapati bahawa setiap kejadian itu adalah cara Allah mendidik kita. Untuk kita jadi seorang hamba yang dekat denganNya. Allah maha bijak kan? ^^,



Semoga Allah merahmati kita semua. Assalamualaikum.
Thank you for reading this entry !

11 comments:

✿INA AINAA✿ said...

betul betul...xsume benda kite kene mesti melaluinya baru kita nak mengadah...just looking surrouding fenomena is enough... akal boleh manipulasinyew...nic entry

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

tertarik dgn paragraph yg last tu..

QERY HASAN said...

Thanks bro saling mengingati. Thanks. Tacing aku baca entri ni.

kaAka said...

thnkz 4 sharing..entry yg mbuatkan reader akn muhasabah diri...

Suraya Aris said...

yes. experience is the best teacher :)you are what you read, and you are what you eat :)

lavenderlover said...

totally agree with u..setiap yg berlaku ada hikmahnyer..ALLAH always with us just bare that in mind rite..hehe

hajar said...

betol ape yg awk ckp tu, experince is the best teacher in our life.
kalo kita x tempuh sesuatu ujian dalam hidup x syok juga life. dlm life sentiase ade turun naik kan?

Unknown said...

pjg n serius entry kali ni

tapi betol

the best teacher in the world

Ujang9897 said...

orang tidak berjaya adalah org yang tak pernah gagal..=)

khalila ishak said...

betul... pengalaman yg banyak mengajar erti kehidupan

reenapple said...

aku setuju... dari pengalaman tu la aku belajar mengenai kehidupan itu..
pengalaman itu adalah guru yang paling kejam.. =)

Related Posts with Thumbnails