20/10/2011

Kena Tunggu Kaya Baru Nak Jadi Pemurah?

Assalamualaikum manusia yang dicipta dari segumpal darah.



Alhamdulillah, syukur dipanjat bagi pemilik dunia YANG MAHA AGUNG. Selawat dan salam buat insan mulia, muhammad SAW. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.






Semua orang ada niat nak jadi pemurah. Betul tak? Baik aku, kau, dia, atau mereka, masing-masing memiliki satu niat murni untuk menjadi seorang yang ringan tangan dan sentiasa menghulur. Tak kisah lah bermurah hati dalam apa cara sekalipun samada dengan harta, tenaga, mahupun ilmu.



Perasan atau tidak, dalam dunia ni wujud pelbagai jenis orang yang pemurah. Ada yang mudah memberi dalam bentuk harta (baca : duit) tetapi tidak pada tenaga. Ada juga yang pemurah pada harta tapi tidak pada tenaga. Jika diteliti, ianya saling melengkapi. Tiap satu mewakili kepentingan yang tersendiri. Sesungguhnya, Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Setuju?



Akan tetapi, ada segelintir dari kita (baca : umat islam) yang pasang impian nak jadi seorang yang pemurah. Ya, aku tahu itu perkara baik. Tapi, niat tersebut disandarkan pada suatu masa yang kau sendiri tak tahu. Seolah-olah kau meletakkan syarat untuk melakukan kebaikan. Contohnya macam ni ;



Kau sedang melalui satu jalan. Tiba-tiba kau terpandang seorang tua yang sedang meminta sedekah mengharap belas ihsan orang ramai di kaki lima jalan. Tanpa dipaksa, terdetik dalam hati, "bila aku kaya nanti, aku nak tolong orang macam ni". Lalu kau berjalan pergi TANPA MENGHULURKAN APA-APA.



Satu soalan dari aku, perlu ke jadi kaya dulu baru boleh jadi pemurah? Adakah sifat pemurah itu bergantung pada keadaan kewangan kau? Adakah ia akan menjadikan kau miskin jika kau menghulurkan beberapa note ringgit yang kau ada kepada mereka yang lebih memerlukan?



Sebelum kau jawab, satu soalan lagi aku ajukan. SIAPA YANG MENGURNIAKAN REZEKI PADA KAU?



Wahai manusia yang mengaku beriman kepada Allah yang Esa, yang mengaku adanya hari akhirat,  yang yakin semua rezeki datangnya dari Allah, tolong tinggalkan pemikiran tipikal kau yang "tunggu kaya baru nak jadi pemurah" tu. Ia cuma alasan supaya kau dapat lepaskan diri dari rasa tanggungjawab untuk menghulurkan bantuan. Syaitan sentiasa berusaha memujuk kau dari melakukan kebaikan. Ibaratnya, jika ia (baca : syaitan) tidak dapat halang kau dari mengerjakan sembahyang, maka ia akan cuba untuk melambatkan sembahyang kau. Jika ia juga tidak mampu melambatkan sembahyang kau, ia akan cuba melalaikan kau dalam sembahyang. Nampak? Satu konsep yang sama.



Kesimpulannya, didiklah dirimu menjadi seorang yang pemurah kerana bermurah hati itu adalah salah satu tanda kesyukuran kau terhadap pemberianNya. Dan ketahuilah, banyak memberi tidak akan mengurangkan bahkan menambahkan lagi apa yang kau ada. =D



Semoga Allah merahmati kau.






"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (surah ibrahim : 7)



*pesanan untuk diri :')
Thank you for reading this entry !

6 comments:

sEtuLusQasiHku^_^ said...

good

Ainul Hayat said...

terbaiklah.

Iffah Afeefah said...

Kalo aku ade duet aku kasi je even singgit

Kartini said...

konsep tu nmpak :D

budak penjara said...

klu murah ati gak..sponsor baju futsal sek kito terr..haha.. outim spukol sek kito

aleen aiden said...

heheh.manusia begitulah.tapi sekarang macam payah nak nampak mane 1 yg betul2 susah,mana 1 yg buat2 susah supaya dapat duit mudah.

Related Posts with Thumbnails