16/09/2011

Thinking : Allah Maha Mengetahui

Assalamualaikum.



Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bersua dengan hari jumaat, penghulu sekalian hari. Mulakan harimu dengan memuji Allah SWT. Kemudian, ringankan lidahmu untuk menyebut salam sayang dan cinta buat nabi ikutan, Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Mudah-mudahan berkat dan rahmat mengiringimu sepanjang hari. =)






Kau ada masalah? Siapa tahu masalah kau? Tiada siapa tahu bukan? Sedarlah bahawa setiap masalah yang kau dapat, setiap dugaan yang kau terima, setiap ujian yang kau hadapi, hanya kau seorang yang tahu. Dan tahu kau hanyalah terbatas untuk diri kau sahaja. Kau tidak berkuasa untuk mengetahui masalah orang lain.



Sejenak, cuba pandang orang di sebelah kau. Pandang dan amati betul-betul. Cuba untuk memahami. Akan tetapi, adakah dengan berbuat demikian akan membuatkan kau tahu apa yang terbuku di hati dia? Tidak? Ya, walau setajam mana pun kau renung padanya, kau takkan tahu apa yang terkandung dalam fikiran dan hati dia. Mengenai apa masalah yang dia ada, apa rasa yang dia pendam, kau takkan dapat tahu. Melainkan dia cerita pada kau. Betul?



Begitulah sifat tahu manusia. Sifat yang hanya terbatas untuk diri sendiri.



Tapi sifat itu langsung berbeza dengan Allah. Allah tidak perlu kau ceritakan semuanya kerana Dia sendiri sedia tahu apa masalah yang kau ada, apa derita yang kau tanggung, apa rasa yang kau alami, apa benda yang kau mahu. Everything! Takkan ada walau satupun keinginan kau yang terlepas dari pengetahuan Allah.



In fact, sifat Maha Tahu Allah itu bukan tertentu kepada kau seorang, bahkan kepada semua makhluk. Tidak kiralah dari golongan manusia, haiwan, tumbuhan, atau makhluk-makhluk lain. Kau boleh bayang betapa ramai manusia di muka bumi ni? Sejak dari permulaan penciptaan nabi adam sehingga ke saat ini? Kau tahu bilangannya? Tak kan? Tapi Allah tahu bukan sahaja bilangan, bahkan perangai, tingkah laku, perbuatan, malah setiap yang akan terjadi juga di dalam pengetahuan Allah Taala.



Subhanallah!






Jadi kau sebagai manusia yang terbatas pengetahuannya, layakkah kau untuk bermegah di muka bumi dengan sedikit pengetahuan yang hanya dipinjamkan Allah. Layak?



Sekian.
Thank you for reading this entry !

6 comments:

Wadi AR said...

terima kasih ustaz :)

Anisa Hang Tuah said...

syukran..

:)

JIJI YU said...

nok tahu tok leh..memahami buleh..hehe

Afiqah Anwar said...

tiba2 sebak jee baca entri ni. that's so true~ :') terima kasihh

DanieL AdiE said...

Erm...mmg x layak untuk bermegah sebab segalanya milik ALLAH..

kita hanya dipinjamkan sahaja...

[sutera kasih] said...

Allahu Akbar..Allah Maha Mengetahui

terima kasih atas peringatannya..

Related Posts with Thumbnails