Assalamualaikum.
Hai.. Kau tahu tak apa rutin harian aku sekarang? Tak tahu? Ok meh sini nak habaq. Aku ni asal bangun pagi je, mesti terus pegang penyapu. Tak kisah la bangun pagi ke bangun
tengahari, otomatik bila bangun penyapu lah yang jadi benda pertama
aku pegang. Kau kenal penyapu kan? Ha.. Bila pegang penyapu ofkos la kegiatan lepas tu ialah menyapu. Takkan lah pegang penyapu tiba-tiba buat kuak lentang pulak. Nampak sangat aku ni biol hahaha. Lepastu sapu satu rumah. Satu rumah ok, satu rumah! Tolak dapur je aku tak sapu. OYD(oleh yang demikian) kadang-kadang penyapu tu boleh siap masuk dalam mimpi lagi. -.-"
Mesti kau nak tahu kenapa kan? Aku tanak jawab cuma boleh tak kau anggap itu merupakan salah satu usaha ke arah mendidik menjadi seorang anak yang soleh serta taat kepada ibu bapa? KAHKAHKAH
Err.. Lupakan pasal penyapu. Kita cite benda lain. Kang cite pasal penyapu lebih-lebih, cite pasal sapu rumah bagai, nanti tak semena-mena dalam akhbar besok tulis berita "awek mati beramai-ramai akibat dengki dengan kerajinan seorang blogger menyapu rumah". Tak ke naye? LOL
Lagi satu cerita, apa perasaan kau bila kau masukkan duit 20sen dalam mesin penimbang, secara tiba-tiba mesin tu tunjuk berat kau 53.7kg. Apa perasan kau? Kalau aku serius aku mahu tumbuk berganti-ganti tangan kiri dan kanan mesin timbang tu. Apekehei tunjuk berat aku macam tu hah? Aku dulu berat 55kg before puasa. Sekarang dah turun hampir 2kg. Sape nak jawab ni hah? Puasa lettew~
Ok. Ni baru masuk motif entry.
Semalam telah berlangsung satu upacara iftar. Eh boleh ke aku guna upacara? Tak salah ke? hahaha. Lantak! Upacara(lagi?) tu telah berlangsung di restoran makanan arab yang terletak di pinggiran(lah sangat) bandar Kota Bharu.
Apa yang menariknya, iftar kali ni dihadiri oleh semua kawan aku. Ecehh.. Apa yang menarik dengan kawan aku? hahaha aku tahu kawan aku tak menarik tapi di sini aku nak tegaskan bahawa SEMUA KAWAN AKU TU IALAH IMAM TERAWIH. Nampak tak? Sekarang dah jadi menarik belum? Dorang semua ni stok imam kontrak sebulan jadi imam terawih. Amacam? Tak menarik lagi? Lalalala~
FYI, dorang semua al-hafiz kau tahu. Jadi imam pulak mendayu-dayu bacaan. Aku jamin kalau kau yang hati lembut tu insyaAllah akan nangis kalau dengar. Makcik-makcik pun boleh teresak-esak tersedu-sedan, apatah lagi kau awek cun yang bila kena marah terus bergenang mata. Tak gitu?
Eh apsal aku up sangat kawan aku dalam entry ni hah? xD
Ehem.. Sebelum entry ni jadi makin panjang, better kau layan dulu gambar. Gambar tak lawa sebab lightning macam mintak penampar kidal. Lightning jadi penyebab, gambar terima padah. Ewah.. Ayat kalah pengulas badminton(sarcastic) hahaha. Sepak kang..
ni je lauk yang sempat aku snap. mane tahan lapar kalau dah puasa satu hari. tak rela aku jadi kameraman tapi perut gemersik mengalunkan zapin seribu bahasa zaman logam. haha |
para imam terawih semuanya jaga suara. aset kot. so, air masak jelah jawabnye. kah3 |
tempah order kemain lama. padahal air je pun. huh~ |
asyik muka ni je buat tempahan makanan. kan kan? (guna ayat tempahan makanan tuu haktuih) |
bang, kontrol sikit gelak tu boleh tak? bukan setan kena ikat ke bulan pose ni? haihh?! |
Sebelum mengakhiri tulisan ini, meh aku tunjuk para penyemoncer(penaja) iftar kali ni. Jeng jeng jeng..~
ahmad farhan syah |
tuan muhd zamri |
dia ni nak sponsor tapi dah lebih. terpaksa dikecualikan. keh3 |
bashrull hafi |
kiri, said hawwa. kanan ahmad nidzamuddin. |
Aku rasa setakat ni je entry ni. Dah cukup berjela aku kira. Lantak hang la nak baca ke tidak. Keje aku tukang tulis, keje kau pulak tukang baca. Adil la kan? Hahaha. Ok bai~
p/s - nak tengok benda annoying tak? sila baca. memang annoying kan? KAHKAHKAH
7 comments:
laen belako doh muko pok2 mu..
meme ckup annoying....hahah
paling suke tang p/s tu! hahahah
takde beza! masih gemuk..hak3
eh, nak sorang dari kawan2 tu boleh?? lalalalala~
imam terawih zaman skang demand je lebih, tapi time jadi imam bace sangkut sokmo. kualiti kureng tapi bayaran nak mahal2.
ini realiti, bukan tuju kat sape.
selamat hari raye. peace =)
Baihaqi! ahaks :PP
Ni mesti dekat a.m tarbush kan ? Phewwww tak pernah rase iftar dekat sini . Padahal dekat je dengan sekolah sendiri =='
Post a Comment