17/07/2011

Dugaan Bagi Seorang Blogger

Assalamualaikum adik kakak abang makcik atuk nenek dan keluarga ipar sekalian. selamat sejahtera saya ucapkan buat pengerusi majlis, para hakim yang memang takde kat sini, juga pembaca-pembaca semua. sebelum saya meneruskan penulisan saya, izinkan saya menukar kata ganti diri saya dahulu. saya rasa sangat janggal apabila menggunakan kata ganti diri ni. kekok pun ada. sebetulnya, saya merasakan diri saya gedik apabila saya gunakan lafaz "saya". KAH KAH KAH.


Ok dah. aku tahu intro macam orang terencat. tapi takpe je kot kalau buat intro terencat untuk pembaca yang tidak siuman. matching kan? gahaha. ok sorry, aku gurau. terus masuk isi boleh?


Seperti yang korang semua baca dekat tajuk, dugaan bagi seorang blogger tu banyak. paham banyak kan? bila sebut banyak, semestinya ia bukan sikit. setuju? jadi, bila bukan sikit maknanya of course la banyak kan? eh, apehal bangang semacam ayat aku ni? ehem.. ada sesape rajin tak? mintak tolong pelempang kepala aku boleh? aku rasa ada something wrong ah dalam otak ni. fius terbakar kot. =P


Ok serious. Salah satu dugaan blogger ialah apabila kau nak update, kau tak tahu apa yang perlu kau ceritakan. tanak update, dia punya gelodak jiwa nak update tu melonjak-lonjak seperti lembu mengidam nak makan rumput kat padang EPL. nak update pulak tatau nak tulis apa. situasi kau ketika ni ibarat diluah mati mak, ditelan mati bapak, dikemam mati bini. jadi memandangkan aku ni takde bini lagi, aku telah memutuskan untuk membuat satu keputusan yang bijak iaitu kemam je. dengan ini, mak ngan bapak aku terselamat cuma bini je yang innalillah. sorry yang, abang kena utamakan orang tua dulu. syurga abang kat tapak kaki mak. sayang tahu kan? HAHAHA !


Well, sekarang dah paham tak apa aku cuba sampaikan? dah dapat motif aku? ececey.. diam tu nak tunjuk tahu ke? pelis jangan tipu. tak baik menipu bulan syaaban ni. bulan ramadhan pun tak baik jugak. senang cakap, semua bulan tak baik menipu. aku tahu kau tak tahu. jadi baik aku terus terang je eh? motif aku kat sini ialah, bila kau tak tahu nak update apa, kau merapu je. tulis apa yang kau rasa nak tulis. tayah pikir sangat ada isi ke takde. yang penting, hasrat hati kau tercapai. kau tak dilema dengan gelora nafsu nak update tu. kan tu lebih baik. auww~


Pasal readers? tak payah kisah sangat. bukan ke dorang sendiri bukak blog kau? dorang klik pun dengan kerelaan hati. mengikut kehendak nafsu dan naluri dorang sendiri. takde sape-sape paksa. jadi bila dorang dah rela bukak, entry macam mana pun dorang tak boleh marah. entry mengomel merapu membebel pun dorang kena redha. terima dengan dada yang lapang, jiwa yang tenang, hati yang sejahtera. ye dak? harharhar. okbai!


*mintak maaf eh entry cenggini. peace yo! keh3.


DSC_0232
jangan percaya sangat gambar mamat ni. gambar putih kemain, padahal sepesen dengan bangla. >.<

Thank you for reading this entry !

19 comments:

Anonymous said...

bismillah... semoga terus gigih menulis! (^__^)

Azah said...

merapu betul la ayat2 dia, meh nk pelempang sikit td suh sangat..x cukup tido lah tuh! :P

Unknown said...

bismillah

Hafizin Jamil said...

sodakta

sumayyah said...

semoga sentiasa bsemangat utk mengarang..! ^_^

Nurul Qalysa said...

btul la jiwa ni rsa nk update tp xtau taip ape...sya dah t'sampuk kat cni...ahhaaa

Roxet Malissa Selanie said...

haha..comey!

Bella Halida Putri 벨라 하리다 푸테리 said...

walaupun merapu, TAPI BEST.. haha

Irshadim said...

ni kes nak cover takde idea lah ni? hahaha.

anyway, layout blog kau serius cantik dan kemas. syabas!

FizaFizz said...

entry keling..haha

NurAmal said...

lama tak dtg sini............ :)

Unknown said...

nk sangat update,,ada crte tp xtahu nk crte cam mana.. adoii..pitam jap

Atifah said...

PINJE TELEPON BOLEH? HAHAHA :P

Pyka Rahmat said...

hahahaha ok lawak oh entri ni.

tapi serious lah bila nak update takde idea dah macam kentut betul.

kata kila said...

hi nak ngorat boleh wakakakakakakakaak

Unknown said...

copy paste je la kalau tak tahu nak tulis cemana..
hahhaha

Puteri Iqa Izyan said...

baju biru single lagi? hahahaaaa

DanieL AdiE said...

Teruskan menulis..

errr...sepesen ek? or adik beradik laen mak n ayah..?

kidding..

Kira Sakura said...

masalah aku selalu.. entry dah siap tp xtau nk buh tajuk ape.. hahahaaha

Related Posts with Thumbnails