Assalamualaikum. Alhamdulillah. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.
Okay. memandangkan hari ni hari jumaat, apa kata kalau aku share pasal rutin hari jumaat aku dan member-member dekat sini. ehem. rutin budak teruna bujang oke.
Potong Kuku.
Perangai ni dorang biasa buat dalam jam 11-12 pagi. masa ni, korang akan dengar ketik ketak ketuk bunyi budak-budak ni duk potong kuku. kadang-kadang dorang boleh buat aktiviti ni secara berjemaah kau tahu? siap ada waiting list lagi. biasa budak laki, semua benda nak share. nak-nak kalau 3 buah rumah kongsi satu pengetip kuku. haru!
Bercukur.
Dalam omputih panggil shave. ke shaver eh? lantak ah. ni pulak kau akan jadi sedikit emo bila kau nak masuk tandas pastu tiba-tiba ada orang. pastu pulak kau terpaksa tunggu lah kan? tunggu punya tunggu, bila kau rasa penungguan kau tu dah sampai tahap tunggu orang berak sembelit, mula lah kau akan bising. "WOI KAU BUAT APA HAH DALAM TU LAMA GILA WOI!!". bila orang tu siap, tersengih-sengih sambil pegang pencukur. baru lah kau paham kenapa dia lama. hahaha. info : sunat bercukur segala bulu pada hari jumaat. ehem.
Al-kahfi.
Yang ni pulak agak islamik sikit. masuk je hari jumaat, kau macam ada kuasa beto nak tanya member-member pasal dah baca kahfi ke belum. bukan nak sibuk ke apa woi, just nak mengingatkan perkara sunnah pada hari jumaat. nak tunggu awek kau tanya dah baca ke belum? kena awek kau uzur time tu, mana dia reti nak tanya. hahaha. mudah-mudahan siapa yang beramal akan dapat mengelak dari fitnah dajjal. na'uzubillah.
Well, aku rasa tu je kot aku nak story. pasal benda lain tu tak terfikir lagi buat masa sekarang. lagi satu, hari jumaat akan jadi hari paling segak sebab dorang ni semua akan pakai baju melayu, kain pelikat, dan jubah buat solat jumaat. awek mana yang tak suka lelaki pakai baju melayu+kain pelikat hah? habaq mai!! itu pun kalau tak terlajak tidur lah. if terlajak, jangan pelik kalau hari jumaat jadi hari yang paling sememeh. tak sempat mandi beb! harharhar. baii~
Random.
#update tak sampai 15 minit pon.
#lusa kitorang start final, doakan eh? ^^
15 comments:
steady baii sharing is caring! sharing is daring! muehehe
bagus post ni. terasa nak buat rutin anak gadis pada Hari Jumaat la plak.. erk lain ke ek..huhu
goodluck twin! ;)
huhuhu...
betoi2 suka tgok orgpakai baju melayu yime jumaat~ heheh...
encik kembatolo kena tag kat entri ni..
http://otakkosongblog.blogspot.com/2011/06/jom-tutup-aurat.html
rajin2 join ya kempn ni~ (^^!
haha!laptop turun pangkat..kekeke..selamat exam incik! :D
GOOD LUCK EXAMM :)
sya suka orang laki pkai baju melayu+kain pelikat..semad pe!hahaha..
Gud lak for exam..buat solat hajat tiap malam..kompem dipermudahkan..^_^
hari ni aku buat kek + agar2.
hak3.
goodluck weh ^^_
jumaat ari yg best...laptop kat bawah pn xpe jnji blog ttp ada n3 br..he3..good luck..sblm jwb soklan jgn lupe bc bismillah k....:)
good luck tok bebudak mesir semua yang exam...meja macm meja mesin jahit ja,.
memanglah laptop di bawah time exam ni.tapi,yang kat bawah tu lah yang selalu dtg lawat kan.yg kat atas tu cpt ngantuk
wuahhh *eksaited anak sapelah ni
good luck jugak \(^o^)/
sok kite tawen ari jumaat jugak taw...
thanks for the info pasal al-kahfi..tak tau pulak psl tu.
gud luck....chayok chayok...dalam ara aper ek... :)
Post a Comment