Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan ilmu dan ilham kepada hambaNya. selawat dan salam buat nabi junjungan. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan ilmu dan ilham kepada hambaNya. selawat dan salam buat nabi junjungan. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.
Merujuk pada tajuk, aku yakin kau dah faham apa yang aku nak sampaikan. entry ni adalah kesinambungan dari sini. harap kau dapat ambil manfaat. =)
Well, aku tahu kebanyakan orang di luar sana memiliki keinginan untuk berubah. baik aku, kau, mahupun mereka, masing-masing ada perasaan sedemikian. walau bukan pada perbuatan, paling tidak, ada secebis niat di hati mereka untuk berganjak ke arah yang lebih baik. kau kena tahu bahawa setiap perbuatan yang kau lakukan, asasnya ialah niat. jadi bila Allah dah anugerahkan kau niat tersebut, kau patut bersyukur sedangkan masih ramai lagi dalam kalangan manusia yang masih belum wujud di hati mereka suatu perasaan untuk berubah. oleh yang demikian, kau juga kena yakin bahawa suatu hari nanti kau akan berubah walaupun buat masa sekarang langsung kau tidak berani untuk memulakan perubahan. bersangka baiklah pada kamu kepada Allah kerana Allah memberi apa yang kamu sangkakan.
Akan tetapi, di samping niat untuk berubah, tak dinafikan kau juga ada perasaan takut. takut untuk berubah. ada tak?
Kenapa takut untuk berubah? hanya kau punya jawapan. maybe wujud dalam diri kau perasaan takut sekiranya kau berubah, segala mata pencarian untuk kau teruskan hidup akan tertutup. atau jika kau berubah, orang-orang yang kau sayangi akan menjauhkan diri. ataupun lebih memeritkan lagi, bila kau berubah, kau akan kehilangan semua yang kau ada ; harta, pangkat, serta kedudukan.
Oleh itu, demi menghapuskan segala ketakutan yang kau alami, cuba renung sejenak maksud kalam Allah ni.
"dan sesiapa yang berhijrah(berubah) pada jalan Allah, nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang luas dan rezeki yang banyak..." (an-nisaa : 4)
Baca, faham, hadam, and then try kaitkan dengan diri kau. hayati betul-betul. tenung maksud tersurat dan korek apa yang tersirat dalam ayat tu. cuba faham dari sudut yang berbeza. beri tugas pada otak dan hati kau untuk jelaskan lagi apa yang terkandung dalam ayat tersebut. insyaAllah kau akan jumpa apa yang kau cari.
Okay. Ayat tu sudah terang lagi bersuluh memberi maksud sekiranya kau berubah semata-mata kerana Allah, tiada satupun di dunia ini yang perlu kau bimbang. tolak tepi semua kerisauan kau. tanak tolak, kau boleh sepak terajang ketakutan kau tu. kerana ayat ni merupakan satu jaminan oleh TUAN PUNYA DUNIA. ibarat seperti kau jadi tetamu kemudian tuan rumah berjanji untuk menjaga makan minum pakai kau. adakah patut bagi kau untuk risau lagi tentang kehidupan kau di rumah tersebut? satu konsep yang sama. jadi kenapa kau kena risau tentang rezeki? tentang kasih sayang? tentang kehilangan? sedangkan Allah itu maha menepati janji.
Okay. Ayat tu sudah terang lagi bersuluh memberi maksud sekiranya kau berubah semata-mata kerana Allah, tiada satupun di dunia ini yang perlu kau bimbang. tolak tepi semua kerisauan kau. tanak tolak, kau boleh sepak terajang ketakutan kau tu. kerana ayat ni merupakan satu jaminan oleh TUAN PUNYA DUNIA. ibarat seperti kau jadi tetamu kemudian tuan rumah berjanji untuk menjaga makan minum pakai kau. adakah patut bagi kau untuk risau lagi tentang kehidupan kau di rumah tersebut? satu konsep yang sama. jadi kenapa kau kena risau tentang rezeki? tentang kasih sayang? tentang kehilangan? sedangkan Allah itu maha menepati janji.
Satu contoh aku bagi. kau kenal wardina? artis yang aku rasa layak dijadikan idola. dulu kau tahu dia macam mana kan? pakaian terdedah sana sini. memberahikan setiap mata yang memandang. tapi tu semua dulu. jangan kau pandang seseorang dengan zaman silamnya. pandanglah pada kehidupan realitinya hari ini. apa yang kau nampak? dia sudah berubah menjadi seorang yang mempunyai pegangan yang kuat dan taat kepada agama. malah sekarang dia ditemani oleh seorang suami yang amat memahami, keluarga yang bahagia dan kerjaya yang menjamin kehidupan. kau tak pelik ke kenapa dia tiba-tiba jadi macam tu? yes! sebab dia yakin apabila dia berubah, Allah akan bersamanya. peduli apa orang akan kata! poyo? menunjuk? tak sedar diri? pedulikan!!! adakah kau kena dapatkan redha dorang untuk masuk ke syurga? TAK KAN?? jadi kenapa kau nak kisah apa orang kata?
So please.. Butakan mata, pekakkan telinga, cekalkan hati, dan teruskanlah niat kau. =D
Okay. itu je kot. segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang buruk dari kelemahan aku sebagai hamba yang tidak punya apa-apa kecuali dengan izin Allah. Wallahu a'lam. sekian.
Random.
#final berbaki 3 paper. fighting!~
9 comments:
fight for the three paper..
selamat berusaha~! :)
lots of luv:
DIARY-KECILKU
nice entri!;)
goodluck for next paper! ;)
Salam...
terbaik...
Hati itu Allah yang pegang
n3 yg cukup bagus..mmg xdinafikan kadang2 ada prasaan tkt tuk berubah walhal berubah ke arah kebaikan...moga Allah membuka pintu ati kite..amin..
terima kaseh atas ilmu =D
all the best for exam =)
http://nabilahnajmuddin.blogspot.com/2011/06/berubah-kerana-allah.html
changing for good is not a crime.
memang sakit, but for the sake of Allah dan kehidupan di negeri yang kekal abadi, pasti lebih bermakna.
thanks for sharing. jazakallah khairan jaza'
bittaufiq wannajah fil imtihan.
ganbate! =D
everyone wants to go to heaven, but nobody wants to die.. so no one go to heaven :D
bersangka baik dengan Allah. sekiranya berubah untuk kebaikan insya allah semuanya akan dipermudahkan..
aku setuju sngt.kenapa tkt nk berubah.semua org berhak nk beruabah ek arah kebaikan.
n uatamakn pandangan Allah dr pandangan manusia.itu lbh penting sbenarnya.
Post a Comment