25/06/2011

Entry Best.

Assalamualaikum umat manusia sekalian.



Alhamdulillah, aku baru selesai menghadiri ujian syafawi(lisan or oral) quran untuk final. walaupun pada mulanya rasa cuak bagai nak luruh jantung, tapi alhamdulillah, pertolongan Allah ada di mana-mana. yang penting, kau cuma perlu yakin. sesungguhnya pertolongan Allah itu amatlah dekat. see! dah termasuk dalil. penangan ujian quran gamaknye? kehkehkeh.


Seriously tadi memang aku gemuruh sangat. aku dah try berlagak cool tapi kejayaannya dalam 50 peratus je kau tahu? nasib baik lah baka sifat cool tu dah ada, semua gemuruh leh settle. haha ! err, cuba kau cakap camane nak rilek bila member kau TIBA-TIBA datang pastu terus ajak pergi ujian dalam keadaan kau yang TAK SEDIA SEPATAH HAGHAM KEJADAH LANGSUNG PUN?! grr! dan ianya lebih menambah kelukaan di hati, jiwa dan raga apabila secara TIBA-TIBA hari ni jadi hari last ujian lisan tu? padahal ianya baru sahaja bermula. nak taknak kau terpaksa menTIBA-TIBAkan diri kau untuk pergi ujian. harap kau perasan perkataan TIBA-TIBA yang aku tulis (-.-").


Derr, kalau oral ABC takpe la jugak nak kacang semudah melepaskan kentut di tepi periuk sambil memasak tapi ni nak kena sedia seratus-empat-belas surah kasi melekat dalam kepala. paling debek pun kau kena lancar awal juzuk dan awal surah. ingat senang ke? nak ingat lah yang susah weyy! pheww~


Yep. nak hafal quran ni bukan senang. lepas hafal, nak jaga hafalan lagi double triple susah. bukan nak bangga mahupun riak tapi aku sendiri rasa keperitan tu. wey nyah! ada ke orang bangga dengan kesusahan? takde kan? gahaha. meskipun perit, kau tak boleh sewenang-wenangnya mengaku kalah. huiyo! tak jantan lah macam tu woi! sifat jantan ni dia kental. tak mudah mengalah. kuat semangat. baru kacak! kan kan?


Kesudahannya, kau kena keep going walau langit dah nak runtuh walau bumi dah nak terbelah. jangan sesekali berputus asa untuk jaga hafalan kau.  jadikan ia assignment teragung kau sepanjang hayat. boleh? ^_^




Okay. itu cerita dah lepas. sekarang motif aku ialah nak tanya pendapat korang sikit. dalam banyak-banyak entry yang ada kat blog ni, entry mana yang korang rasa paling best? best di sini membawa maksud berkualiti, bermanfaat, serta dapat memberikan input positif kepada korang. ada?


Jikalau ada, aku mintak jasa baik readers untuk 'link' kan entry tersebut ke ruangan komen di sini. if takde, takpelah. aku masih lagi boleh maintain cool. hehe.


Ehem. nak tahu satu rahsia tak? sebenarnya, aku berhajat sangat nak berada di bloglist theotherkhairul tu sebab beliau antara idola aku dalam bidang blog-memblog ni. tertampal di bloglist beliau adalah satu kebanggaan ok! tapi nak buat camane, dah ditakdirkan aku ni pemalu. secara otomatiknya aku segan nak cadangkan blog sendiri walaupun gelora nafsu serakah suruh aku berbuat demikian. so, aku harap ada yang sudi drop komen kat sana sambil mencadangkan entry aku. hahaha. ok bai~


Random.
#debek = koman/paling cincai
#esok exam lagi, doakan kami.^^ 
Thank you for reading this entry !

10 comments:

auny aizie said...

fuuhhh
kalo aku yg kena hapal tu mauu pening2 lalat tu . hafal slow2 pasti boleh kan :)

btw, aku suka entry ni.
http://naughtytwin.blogspot.com/2011/06/aktiviti-ziarah-maqam-part-ii.html

aku rasa nak nagis, nak pegi sana,
nak duduk sana semua ada.

dah lama aku mengidamm nak pergi
sob sobbbbbbb

Rozuan Ismail said...

alhamdulillah,kalau semua dah berjaya.kalau sekali dah hafal,kena ingat seumur hidup taw.nanti berdosa =)

RepublicAku said...

sikit2 lama2 jadi bukit....mana boleh terus rempit jer...

lavender rose putih said...

eeemmm...i like sume entry u sal aurat. best, wlaupun ade gk unsur2 sinis yg myb ble dbace oleh sgelintir kaum hawa agak "pedas" tp entry tu bagus. i agak respect jgk la kpd kaum2 adam yg prihatin dlm menegur kaum2 hawa yg agak keterlaluan dlm bfesyen hinggakan hukum hakam agama dketepi. law bleh i harap u dpt postkn pape yg lebih berunsurkan keagamaan. memandangkan kite d akhir zaman ni ade penyakit alpha. jadi, jom la same2 ingt mengingati. dlm mase yg same di selitkan dgn unsur2 jenaka. lagi menarik minat pbace. oopppss...maaf, terover komen lak...jgn mara ye pak ustaz :)

JIJI YU said...

ilek kemba..jange tunjuk sgt mu nok masuk situ..ahahaha..

Raden said...

sayang hampir hafal yassin. oke tak? nti ngaji sepan sayang ari2 k..

skandaLdariLangit said...

goodluck!

maCy said...

emm.. telling you. i did try to mhafal act. but satu, usaha kurang. and 2nd, mmg kelebihan mhafal tu xde. i did cried tellin m mom and dad, "ma usaha, ma tumpu tp susah. xdpt..". mmg dari kecik lg bab mhafal ni mslh.. bila da susa dpt. lama2 jd liat and now da stop. but i really nak hafal.. tmbh2 wktu bz. sumtime i wish im in d course yg mmg kena hafal. means nanti akn less task lain sbb one of d task da mmg kena mhafal.. tp now burden dgn asgnment lain. masa mengaji pn jadi kurang..

sori bebel byk.. i jz felt like na lepas ape dlm ati ni kt sini. nsb la sape suro wt entri sal ni. hihi

Nur Al-Hafila said...

dah org tanye entry mane best...bagi ambe ade 2 yang best

1.... http://naughtytwin.blogspot.com/2011/06/satu-soalan-buat-hawa.html...

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~ ayat nih best...KESEDERHANAAN ADALAH MAHKOTA SEGALA KECANTIKAN...

2....
http://naughtytwin.blogspot.com/2011/06/kau-ada-hati.html


yang pasal mak cik dukung baby tu...~~cerite yg logik...

kemba tolo punye blog best..=D

diana said...

yang mana ye yang best,.??
banyak la bagi akak..
jawapan paling senang ni..
hahahah

Related Posts with Thumbnails