24/06/2011

Kau Ada Hati?

Ehem. Assalamualaikum.


Of course la kau ada hati kan? siapa takde hati boleh hidup ke? aku rasa macam tak. sebab apa, hati terlalu penting dalam jasad manusia ni. tak percaya? kau try buang hati kau kejap. ambil pisau or kapak or chainsaw kasi belah dada bawa keluar hati kau. aku yakin tak lama lepas tu kau akan posing mata ke atas sambil terbeliak kat muka depan surat khabar metro. melainkan ajal kau belum sampai ada orang nampak pastu call ambulans pastu nenoneno bunyi ambulan datang angkut kau pergi hospital terus bagi bius and then campak dalam ICU. okay sempuuuttt..~


Err? intro dah merapu. haha sorry. actually aku nak cerita pasal hati. hati adalah raja bagi anggota badan kan? sama macam hari, hari jumaat adalah penghulu segala hari dan ramadhan pula ialah ketua bagi semua bulan. paham?


In fact, kau dibekalkan akal fikiran untuk menentukan suatu perkara. bila kau dah boleh menentukan baik buruk satu perkara, kau sudah dipanggil mumayyiz. aku yakin kau semua dah baligh dan sudah mumayyiz. justeru, setiap kelakuan dan perbuatan kau tanggung sendiri. jika kejahatan yang kau buat, maka dosalah yang kau tanggung. jika kebaikan yang kau kerja, maka pahalalah yang kau terima. adil bukan?


Akan tetapi tahukah bahawa tidak semua keputusan dan perbuatan yang kau lakukan bergantung pada akal? kadang-kadang dalam sesetengah perkara, hati akan mendahului akal.


Contoh, kau tengok seorang makcik sedang dukung baby duduk kat kaki lima jalan. sekali pandang macam pengemis. dua kali pandang dia memang pengemis. anehnya, dia tidak merayu untuk mendapatkan sesuatu dari kau. tapi bila kau pandang dia, kau rasa suatu perasaan yang sukar tuk kau jelaskan. mungkin sayu, mungkin simpati, atau mungkin juga kasihan. kebetulan pada masa tu kau tidak punya apa-apa kecuali beberapa keping note yang tertera RM1. 




Jadi apa yang akan kau lakukan jika kau berada di situasi demikian. Jika dikira dari logik akal, takkan kau nak bagi note tu sedangkan kau sendiri pun tidak punya banyak. hairannya, kau tetap hulurkan walhal kau tahu bila kau bagi, tiada yang tersisa untuk diri kau. pelik?


Well, inilah yang dikatakan hati mendahului akal dalam membuat keputusan. rasional otak memang takkan benarkan kau buat begitu tapi hakikatnya kau sudah pun melakukannya. menghulur tanpa mempedulikan apa nasib kau lepas ni. ingat, setiap kebaikan yang kau lakukan akan dibalas Allah berlipat kali ganda. dan balasan pertama yang kau terima ialah senyuman dari si penerima. adakah wujud sesuatu yang lebih indah dari senyuman tersebut? =D


Aku harap kau faham apa yang aku cuba sampaikan. jangan kau bunuh hati kau. Allah tidak ciptakan sesuatu untuk disia-siakan. baik buruk segala yang berlaku pasti ada sesuatu di sebaliknya. cuma terpulang pada kau untuk menilai dari sudut yang mana. ingatlah, hati yang suci ialah hati yang dekat dengan Allah. dan tidak ada hati yang dekat denganNya melainkan hati mereka yang taat kepadaNya. Wallahu a'lam.


Sekian.




Random.
#entry hari jumaat memang stail macam ni. kehkehkeh

Thank you for reading this entry !

14 comments:

fikah mus said...

Pengajaran, jagalah hati sebaik-baiknya.
:)

cucu umie said...

thnkx untuk peringtn bersama bro..setiap amalan baik yg kita lakukan incya-Allah akan mendpt gnjrn yer kelak..

Echin Nadiossa said...

jaga lah hati and berhati2.HAHA ^^

habsahharun said...

walaupun ia seketul daging, namun segala-galanya bermula dari situ. cantik dan buruk perilaku bergantung pada hati.

habsahharun said...

walaupun ia seketul daging, namun segala-galanya bermula dari situ. cantik dan buruk perilaku bergantung pada hati.

Gadis Pantai Timur said...

tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah..betol x??

http://sweetgurlz11.blogspot.com/2011/06/selamat-tinggal.html

auny aizie said...

berhati hati di jalan raya.
nmpk sgt hati tu penting.

cube berkaki-kaki di jalan raya .
amacam ? haha

*ape aku merepek ni

Afikah Aziz said...

jagalah hati jangan kau kotori,jagalah hati tenteram hidup ini..hehe

anamizu said...

kacak hati,kacaklah segalanya.
cantik hati,cantiklah segalanya.


*kacak luar,kacak dalam,kacak drg sini...errkk merepek~~ :P



lots of luv:
DIARY-KECILKU ^__^

diana said...

panjangnye entry hari ni??

ishiko said...

hmm.. style2x..hehee
kalo macik tu terima/ tolak dgn baik xpe.. kalo dimaki nya kita, 'hoii.. ingt ak ni pgemis ka??" adess..

*lama xsinggah sini^^

ishiko said...

hmm.. style2x..hehee
kalo macik tu terima/ tolak dgn baik xpe.. kalo dimaki nya kita, 'hoii.. ingt ak ni pgemis ka??" adess..

*lama xsinggah sini^^

zazaw said...

hati tu
kalau di 'didik'
maka putih suci lagi ikhlas
hihihi

maCy said...

apa guna hati kalau bukan untuk dilukai?


eh eh ta memain je ;D

Related Posts with Thumbnails