18/05/2011

assignment.

Assalamualaikum kalam pemanis bicara aku hulur buat kalian. semoga sentiasa dalam redha dan rahmat Allah. *senyum*. Alhamdulillah atas segala nikmat, serta tak lupa selawat ke atas junjungan pemberi syafaat di akhirat kelak, Muhammad SAW. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.


Assignment. satu perkataan yang cukup sinonim dengan kehidupan seorang pelajar bukan? mustahil bagi kalian jika ada yang tidak memahami akan maksud perkataan tersebut. ibarat dekatnya hati dengan cinta, begitu jugalah dekatnya assignment dengan pelajar. *senyum*


Tidak terkecuali dengan diri ini. insan kerdil yang masih tergapai-gapai mencari haluan hidup, sering tersasar dalam perjalanan. kadang-kadang terleka dalam jaga. juga terlalai dalam sedar. Allah. sungguh besar dugaan dalam duniaMu. tapi jangan khuatir kerana jika tiada kealpaan sendiri, masakan wujud muhasabah diri. manusia berubah. kan?


Bagi aku, assignment yang menghantui pelajar tidak pernah aku rasakan. sebab, diri ini tidak pernah dibebani dengan suatu kerja bernama assignment. sungguh. aku tidak malu untuk mengatakan bahawa aku tidak pandai membuat assignment. apatah lagi untuk menyiapkannya. *senyum*


Tetapi, ingin aku kongsikan di sini, walaupun aku tidak pernah dibebani dengan assignment seperti itu, tidak bermakna aku tidak punya assignment lain. ya, aku bercakap tentang assignment terbesar dalam hidupku. assignment yang terpaksa aku tanggung seumur hidupku. bermula dari detik pertama aku sanggup menerimanya sehinggalah roh bercerai dari badan, aku akan terus menggalasnya. takkan pernah rengang dariku walau sesaat. takkan pernah siap walaupun seluruh kudrat aku kerah. dan takkan pernah jauh walau sepantas manapun aku lari.


Walaupun demikian, assignment ini mengajar aku untuk tenang dalam menghadapi setiap masalah, berani berdiri jika benar, tidak malu apabila salah, dan tidak gentar andai digertak. sungguh. assignment yang memberi seribu satu ilmu walau aku tidak pernah menyiapkannya. cukup dengan hanya membacanya. ajaib bukan?


Pasti antara kalian tertanya-tanya apakah assignment yang aku maksudkan. kalian sudah tahu tetapi kalian tidak terpandang akannya. mungkin kerana kalian sudah terlalu lama meninggalkannya, atau mungkin kalian dipukau oleh keadaan sekeliling yang melalaikan kerana jawapannya cukup mudah, hanya satu perkataan.


"cukuplah alquran sebagai assignmentku. seumur hidup".


***


Jangan salah tafsir entry ini. ia bukanlah satu keluhan. anggaplah sebagai satu luahan hati seorang yang bernama penjaga al quran(hafizul quran) yang sentiasa berusaha untuk menjaga jagaannya dari segala dugaan yang bernama dunia dan nafsu. sehabis kudrat. sekian.


*pelik tak entri ni? sopan kan? hihi


Random.
#bila kali terakhir kau pegang quran?
#bacalah ia tatkala kau 'down/lost/frust'. sesungguhnya ia sebaik-baik pengubat hati.
#bacalah ia ketika kau 'up/found/happy'. sesungguhnya ia ibarat kau bersyukur dengan pemberianNya.
#takde gambar sebab nanti terus keluar dashboard gambar tu. tak suspen jadinya. kehkehkeh.
Thank you for reading this entry !

2 comments:

Qemey said...

waa.... bgus la abg aku...
xsgka... o.o..

Re(a)d-Riding-Amira said...

al-quran tu kan 'surat cinta' daripada Allah :) mana boleh lupa nak baca.

Related Posts with Thumbnails