23/01/2011

di sebalik tabir ujian.

Assalamualaikum. Salam sejahtera buat kalian. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad SAW.



Okay. Entri ni takde nak mengarut membebel or merapu. Cuma nak berkongsi sedikit peringatan buat pembaca blog ni secara amnya, dan jugak buat buah hati secara khususnya.  Ececey! Ingat sebut buah hati tu ade orang nak percaya ke izuddin? Macamlah ko tu laku sangat. Hahaha. Abaikan. (x_x)



Hurm.. Mungkin korang pernah jumpe atau terbaca bende ni kat mana-mana. Tapi ade aku kisah? Haha. Dah nama pon tazkirah(peringatan) memang lah kena selalu ulang. Ye dak?



Manusia bertanya : Kenapa aku diuji ?

Qur’an menjawab : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka belum diuji? (Al-Ankabuut : 2).



Manusia bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?

Qur’an menjawab : Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)



Manusia bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Qur’an menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah : 286)



Manusia bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?

Qur’an menjawab : ..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)



Manusia bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Qur’an menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200)

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. (Al-Baqarah : 45)



Manusia bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?

Qur’an menjawab : ..Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.. (At-Taubah : 129)



Manusia bertanya : Apa yang ku dapat dari semua ujian ini?

Qur’an menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.. (At-Taubah : 111)



Dah baca semua? Baguss! Bila dah betul-betul paham, lumat tersemat kemas dalam hati, insyaAllah korang akan jadi lebih cool. Tak kira r ape jenis masalah yang datang, bergolek  berguling seperti pocong ke, merangkak mengengsot macam ju-on ke, ataupun terbang melayang ibarat langsuir, itu semua small matter. Sebelah mata pon boleh settle. Setuju?



Lastly, menyesal pulak tak letak title cara-cara tuk jadi cool kat entri ni. Kalo letak tajuk macam tu pon ngam jugak. Harharhar. Assalamualaikum dan bui bui! =P






p/s - sedia mendengar sekiranya sudi meluahkan. ^^,



update : tengah bergelumang dengan sakit perut. tak pasal-pasal rini bau baby hanya kerana minyak yu yee cap limau. pastu dapat imagine kesakitan pompuan tiap-tiap bulan. hakhakhak. =P.
Thank you for reading this entry !

37 comments:

Yuyu Zulaikha said...

wahhhh..yuyu suka sangat entry ni :)

Anonymous said...

mohon share(",)tq

syarifah radiah ibrahim said...

kadang2 kite tak sedar yang semuanya Allah dah cakap dalam Quran
bila down terus rase macam gelap gelita dunia
sepatutnye shouldn't worry, Allah kan ade.



suka entry ni
macehh~

Anonymous said...

suka2 entry ni..nnt nk share2 deh...lOl

DrMaya said...

Ya betul Izuddin petua untuk cool mmg dgn ingat tuhan jer..dan jangan kata tak laku, ghamai jer aweks dok mengintai tu, cu awak hi3x lebey sket..selamat maju jaya :)

Cikbelog said...

sesungguhnya saya sedang diuji dan saya bahagia dengan ujian ini. Syukur ya Allah. :)

ms hanashi said...

baru je terasa seperti mahu berputus asa tadi..

*ok, tarik balik putus asa tu*

:)

fa10 said...

bsabar la ngn ujian saket perut 2...mgkin ad hikmah d sbaliknye n mgkin jga utk mengkifarahkan dosa2 yg lepas..

2 bru dpt imejin pmpuan sakit tiap2 bln...blom lg klo nk lahirkan baby...
renung2kan n slamt beramal....hehehe
=)

lady-D said...

org yg salu dpt ujian tu tandanya Allah ingat kat kita..tol x?nice entry!

Anonymous said...

sy akan lebey kuat mghadapi cabaran idup . ehehe..

p/s : tak perlu la kot yg kt bwh tuh :P

Biela Sapine said...

Yeahh, setuju !

Anonymous said...

tacing. hehe. =)

lini hasnan said...

saling mengingati adalah amalan mulia :)

Unknown said...

selagi namanye kehidupan, akan ada lah ujian ..

cool!!
ala2 sivaji the boss !
hehhe

Miss Yaty said...

semoga kita sebagai manusia tabah menghadapi segala ujian Allah..

Anonymous said...

Sederhana dan manis. Aku sedang berpikir untuk memulai blog lain atau lima segera, dan saya pasti akan mempertimbangkan tema ini. Keep em 'datang!.

dieyb_noor said...

sakit..slh stu ujian jgk..ujian yg mendekatkan lagi kite kepada-NYA.. ^^V

p/s->>perlu ke nk imagine?..=_='

ladymiss said...

gunelah minyak mustajab pati halia :D

jelah said...

ujian Allah kepada hambanya berbeza mengikut tahap seseorang..

vampire's lovex said...

i loike entry nih

Afikah Aziz said...

suke entry ni.... ;)

ishiko said...

Allah s.w.t tidak akan menguji hambanya melebihin kemampuannya...
hehee...


http://ishikosworld.blogspot.com/2011/01/119-mari-manjakan-diri-dengan-mary-kay.html

Puyi said...

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.. (At-Taubah : 129)

<<<<<<suke ayat ni!!

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Nice one =) bace dgn kusyuk =)

Solihin Zubir said...

sememangnya dunia ini penuh dgn ujian dan pancaroba...

Bella Ayub said...

sebab tu kenkadang aku suka lepak blog kau . Jiwa yang resah tetiba jadi tenang .

Misshy Innz said...

izuddin bau baby ?

Unknown said...

thanx bro saling mengingatkan.. :)

Lyeah said...

suka gak entry ni .
thanks sebab mengingatkan :D

btw, bau minyak yu yee tu kan sedap. oke la tu. hahaa.

Nur Suaidah Bachok said...

suka yang "bagaimana menguatkan hatiku"

:')

Rara said...

nice entry.. ^^
badaway i pon kembar jugak..
but my twin already gone..
22 years agO.. =.=

Cik Kentang said...

islam itu amat indah dan tidak membebani umat-umat-Nya . -^^-

Nobita Sensei said...

bagus info. bace saje pun dah dpt pahala.

LittleGurl said...

meresap dalam kalbu & betol betol buat diri ase lebih yakin utk hadapi ape sj dugaan. ujian itu membuatkan kesabaran kite smakin kuat. ;)

Anonymous said...

assalamualaikum wbt tuan tanah dan tuan rumah, mohon copy nih utk publish dan juga tazkirah buat diri sendiri.

Mashe said...

suka entry nih~

*anyway pon tgah sakit perot~ aiyark~

FarhanaRazaki said...

:)

Related Posts with Thumbnails