17/12/2010

Ni semua korang punye pasal la. grr!

Hurm.. Assalamualaikum. Tengok tajuk pon dah tahu entri ni pasal ape kan? Ye dak? Ke masih ade yang tergaru garu terngaga nganga tercengang cengang oit dah cukup banyak ter kau tulis nyah, tanak benti lagi? Kah kah kah.



Pengundian Blog Baru Pilihan 2010 peringkat pertama dah pon berakhir. Seperti yang korang tahu, blog sememeh ni dapat masuk pencalonan iaitu kumpulan ke-8 bernombor 298. Alah.. Tayah buat muka innocent tak tahu, aku ade letak banner dekat bawah header blog ni mintak simpati suruh korang undi.  Jangan tipu cakap tak nampak melainkan korang memang ade masalah cacat penglihatan atau rabun atau masalah spek kena rembat dengan rumet ataupun skrin laptop korang retak seribu tak nampak aku punye banner. Sentap hati mak nak bila korang tak vote tuk blog ni. Tsk tsk tsk. (╥_╥)



tayah klik. dah tutup undi pon. (T_T)



Seperti yang aku dah jangka, blog ni tak dapat ke peringkat seterusnya. Tengah sedih nie. Tengok follower dah ada tiga angka tapi yang vote tak sebanyak tu. Separuh pon tidak. Aiyo~ Lagi mak sentap bila korang buat buat tak nampak je banner yang aku taruk bawah header nuh ha..! Siap kelip kelip lagi tu tapi still takde orang vote. Dasar mata keranjang sungguh!! Eh, ade ketan ke? ngaa~



Okay dah. Sandiwara terpaksa dihentikan skang. Entri ni aku buat khas untuk ucap terima kaseh kepada yang  sudi vote blog ni. Aku like korang kat fesbuk!! (^__^)v. Terima kaseh sejutalimaratusempatbelasribukalitolaksatubahagidua. Dan kepada yang tak vote, terima kaseh jugak aku ucap cuma tolak setengah dari jumlah yang aku cakap tadi. Hek hek hek. Terima kaseh sebab korang tak hipokrit. Undi dengan seikhlas hati tak undi dengan paksaan.



Okay, itu jek. Walaupun tak dapat ke pusingan seterusnya, blog aku termasuk dalam top ten dari empat puluh blog. Syukur Alhamdulillah. Terima kaseh sekali lagi. Assalamualaikum.



http://naughtytwin.blogspot.com


 
p/s - Bro azman cakap tahun depan nak buat kategori blog kembar pilihan pulak. Harharhar.
Thank you for reading this entry !

29 comments:

azrinrahim said...

takpelah bro xdapat masuk sebab dah usahakan .setiap yang berlaku pasti ad hikmahnya ..hoho

Anonymous said...

sama2! =)

mahirahnazlim said...

cuba lagi thn dpn eak .
haha :)

ieqa said...

alaa betul ke? sabau je laaa. huhu

ehh serius? mau masuk jugak ahh kalo ade. hahaa :P

nuyuin said...

klo ade blog kembar pilihan mesti leh menang..huhuhu

meaw said...

hikhikhik.......jangan sob-sob mak nanti nyah pulak yang sedih ;P

sakinah zaini said...

xde rezeki thn ni nmpknya encik2 kembar..cuba lg thn depan..
di mana ada kemahuan,di situ ada highway..he3..

Syed Hilmi Syed Yahya said...

haha,,,sbar2,,kite same2 x layk ke peringkat seterusnya,,,,hehe,,,,bkn rezki,,

man yusoef said...

terbaik ah...aku 1st day je smngt gile paksa org undi...last2 hampeh...haha

Puteri Iqa Izyan said...

aku lagi sedih...

kau masuk jugak.

aku tak layak lagsung sebab blog dr last year dah beranak. haha

Puteri Iqa Izyan said...

aku lagi sedih...

kau masuk jugak.

aku tak layak lagsung sebab blog dr last year dah beranak. haha

SweetyMui2 said...

boleh try lain kali.mana tau ada rezeki :)

✿....rossa alina....✿ said...

laa...xdapat ke..xpe lah..mane tau ade rezeki lain kan.. :)

mia said...

nape kat fb wa xde 'like' pon?akahakhakaa..

wes en kembar, pic bawah entry tu if jadi header, cool gile okee...

Bazilah said...

semua blog pun yang terbaik nyah. cuba lagi tahun depan kihkih :D

kembatolo™ said...

azrinrahim.
takpe je. cool sudah, dah takde rezeki. laen kali pulak. haha*ayat pasrah*

kembatolo™ said...

anonymous.
ni mesti undi nie. kan? haha

kembatolo™ said...

mahirah.
tahun depan nak masuk kategori laen dah. haha

kembatolo™ said...

ieqa.
tak tahu lagi jadi ke tak.
dye cakap mungkin. hakhak

kembatolo™ said...

nuyuin.
insyaAllah. tu pon kalo masuk la. rasa macam tanak dah. merajuk. haha


mekaseh komen~

kembatolo™ said...

meaw.
eh eh. mane ade sedih.
cool jek ni. haha

kembatolo™ said...

sakinah.
skang tak pakai highway da.
airway lagi senang. hekhek

kembatolo™ said...

syed hilmi.
whoaa.. ade geng.
jom bersedih sama sama. haha

kembatolo™ said...

man yusof.
naseb jugak ko 1st day, aku ni sebelom nme tercalon dah hampeh.. haha*tipu*

kembatolo™ said...

puteri iqa.
sape suruh belaki awal2..
laki pulak subur.. hahaha =P

kembatolo™ said...

sweetymui.
mekase mekaseh.
terharu lapanpulohsaat. harhahrhar

kembatolo™ said...

rossa alina.
haah. ade la rezeki dekat celah2 blog laen. haha

kembatolo™ said...

mia.
aik? takde? dah like la.. haha


dah buat header pon.. so cane? oke?

kembatolo™ said...

bazilah.
blog nyah pon terbaek jugak.
cane? dapat peri round 2 ke?

Related Posts with Thumbnails