27/08/2011

Iftar Bersama Imam Terawih

Assalamualaikum.



Hai.. Kau tahu tak apa rutin harian aku sekarang? Tak tahu? Ok meh sini nak habaq. Aku ni asal bangun pagi je, mesti terus pegang penyapu. Tak kisah la bangun pagi ke bangun tengahari, otomatik bila bangun penyapu lah yang jadi benda pertama aku pegang. Kau kenal penyapu kan? Ha.. Bila pegang penyapu ofkos la kegiatan lepas tu ialah menyapu. Takkan lah pegang penyapu tiba-tiba buat kuak lentang pulak. Nampak sangat aku ni biol hahaha. Lepastu sapu satu rumah. Satu rumah ok, satu rumah! Tolak dapur je aku tak sapu. OYD(oleh yang demikian) kadang-kadang penyapu tu boleh siap masuk dalam mimpi lagi. -.-"



Mesti kau nak tahu kenapa kan? Aku tanak jawab cuma boleh tak kau anggap itu merupakan salah satu usaha ke arah mendidik menjadi seorang anak yang soleh serta taat kepada ibu bapa? KAHKAHKAH



Err.. Lupakan pasal penyapu. Kita cite benda lain. Kang cite pasal penyapu lebih-lebih, cite pasal sapu rumah bagai, nanti tak semena-mena dalam akhbar besok tulis berita "awek mati beramai-ramai akibat dengki dengan kerajinan seorang blogger menyapu rumah". Tak ke naye? LOL



Lagi satu cerita, apa perasaan kau bila kau masukkan duit 20sen dalam mesin penimbang, secara tiba-tiba mesin tu tunjuk berat kau 53.7kg. Apa perasan kau? Kalau aku serius aku mahu tumbuk berganti-ganti tangan kiri dan kanan mesin timbang tu. Apekehei tunjuk berat aku macam tu hah? Aku dulu berat 55kg before puasa. Sekarang dah turun hampir 2kg. Sape nak jawab ni hah? Puasa lettew~



Ok. Ni baru masuk motif entry. 



Semalam telah berlangsung satu upacara iftar. Eh boleh ke aku guna upacara? Tak salah ke? hahaha. Lantak! Upacara(lagi?) tu telah berlangsung di restoran makanan arab yang terletak di pinggiran(lah sangat) bandar Kota Bharu.



Apa yang menariknya, iftar kali ni dihadiri oleh semua kawan aku. Ecehh.. Apa yang menarik dengan kawan aku? hahaha aku tahu kawan aku tak menarik tapi di sini aku nak tegaskan bahawa SEMUA KAWAN AKU TU IALAH IMAM TERAWIH. Nampak tak? Sekarang dah jadi menarik belum? Dorang semua ni stok imam kontrak sebulan jadi imam terawih. Amacam? Tak menarik lagi? Lalalala~



FYI, dorang semua al-hafiz kau tahu. Jadi imam pulak mendayu-dayu bacaan. Aku jamin kalau kau yang hati lembut tu insyaAllah akan nangis kalau dengar. Makcik-makcik pun boleh teresak-esak tersedu-sedan, apatah lagi kau awek cun yang bila kena marah terus bergenang mata. Tak gitu?



Eh apsal aku up sangat kawan aku dalam entry ni hah? xD



Ehem.. Sebelum entry ni jadi makin panjang, better kau layan dulu gambar. Gambar tak lawa sebab lightning macam mintak penampar kidal. Lightning jadi penyebab, gambar terima padah. Ewah.. Ayat kalah pengulas badminton(sarcastic) hahaha. Sepak kang..



ni je lauk yang sempat aku snap. mane tahan lapar kalau dah puasa satu hari. tak rela aku jadi kameraman tapi perut gemersik mengalunkan zapin seribu bahasa zaman logam. haha



para imam terawih semuanya jaga suara. aset kot. so, air masak jelah jawabnye. kah3






tempah order kemain lama. padahal air je pun. huh~



asyik muka ni je buat tempahan makanan. kan kan? (guna ayat tempahan makanan tuu haktuih)



bang, kontrol sikit gelak tu boleh tak? bukan setan kena ikat ke bulan pose ni? haihh?!





Sebelum mengakhiri tulisan ini, meh aku tunjuk para penyemoncer(penaja) iftar kali ni. Jeng jeng jeng..~



ahmad farhan syah



tuan muhd zamri



dia ni nak sponsor tapi dah lebih. terpaksa dikecualikan. keh3



bashrull hafi




kiri, said hawwa. kanan ahmad nidzamuddin.




Aku rasa setakat ni je entry ni. Dah cukup berjela aku kira. Lantak hang la nak baca ke tidak. Keje aku tukang tulis, keje kau pulak tukang baca. Adil la kan? Hahaha. Ok bai~



p/s - nak tengok benda annoying tak? sila baca. memang annoying kan? KAHKAHKAH
Thank you for reading this entry !

Diuji JPJ Ke JPJ Diuji?

Seorang gadis sedang menjalani ujian kelayakan bagi mendapatkan lesen memandu. Semasa ujian berlangsung ;


Pegawai JPJ : Susah tak bawak kereta? Senang je nak pass test ni. Sebelum gerak, awal-awal lagi dah dapat 5 markah free. (betulkan tempat duduk, 'free'kan gear, check cermin, pakai tali pinggang keledar, dan check signal serta wiper)

Si Gadis : Erm, tapi apa kata kalau ditambah 1 lagi item? Kiranya awal-awal tu dah dapat 6 markah percuma..

Pegawai JPJ : Nak tambah apa?

Si Gadis : Untuk MUSLIM, suruh dia baca doa naik kenderaan dulu. Baru berkat perjalanan tu. InsyaAllah kurang sikit accident. Hehe


Pegawai JPJ : Err.. 



ce bayang kalau test JPJ guna kete nih. PERGHH!!



*Credit to najah solihah
Thank you for reading this entry !

25/08/2011

Layakkah Kau Untuk Terima Pujian?

Assalamualaikum.






Hai orang-orang yang berpuasa sekalian!



Pujian. P to the U to the J to the I to the A to the N. Gila kau! Susah jugak nak menaip lagak mat saleh ni eh? To the to the bagai. Perghh



Izuddin, serius sikit boleh tak? -.-"



Okay. As you know, kita semua ni makhluk. Sebagai makhluk kau tak boleh lari dari pujian. Tak kira lah samada terima pujian atau beri pujian. Sebab apa? Sebab masing-masing ada sesuatu untuk dibanggakan dengan apa yang ada pada orang lain. Padahal, diri sendiri punya kelebihan tak nampak pulak kan? errk



Alahh.. Skema pulak tulisan aku hari ni.



Haktuih!(ludah skema laju-laju). Hari ni aku takde mood nak tulis panjang. Menulis kalau takde mood macam cari kutu dalam rambut yang takde kutu. Paham tak analogi aku? Hahaha. So, izinkan aku tulis ringkas je entry ni. 



Naturally, baik aku atau kau, kita semua sukakan pujian. Nahh~ Jangan nak buat muka blur lah. Aku tahu kau pun suka pujian. Pantang ada orang puji, mula la tersengih-sengih macam baru belajar sengih. Kalau kau tu putih, bila ada orang puji sikit otomatik pipi akan merah kan? Tu kalau puji sikit. Bila puji banyak pulak, satu muka terus jadi merah. Ye dak? Alahai~~ cunnye awek macam tuuu.. HAHAHA






Ehem. Pasal pujian ni, aku ada satu soalan untuk kau. Tak kisah la kau lelaki or perempuan. Adam ataupun hawa, masing-masing kena jawab soalan ni. Jawab dalam hati je cukup sebab aku ni jenis boleh baca hati orang. Cukup dengan kau jawab dalam hati, aku dah boleh dengar. Cewahh..! Ayat kalau tak gebang memang tak sah eh? Sepak kang..



Sejujurnya, selama kau hidup ni, pernah tak kau kembalikan setiap pujian yang kau terima kepada yang maha layak yakni Allah SWT? Ataupun kau lebih banyak berbangga diri dengan apa yang kau ada?



Setiap kali orang beri pujian, boleh tak kau ucap Alhamdulillah? Sebab kau tak layak untuk terima mana-mana pujian. Sungguh. KAU TAK LAYAK LANGSUNG!! Semua yang kau ada hanyalah pinjaman dari Allah. Barang pinjam der, kau tak boleh nak berlagak. Konsep dia sama ah dengan kau pinjam audi Q7 dengan aku. Pastu kau tayang satu bandar. Dari satu sudut, memang la orang akan nampak kau penuh kemachoan, tapi dari satu sudut yang lain, benda tu bukan milik kau. Jadi kenapa kau nak berbangga dengan sesuatu yang bukan kau punya? (nota : audi Q7 hanyalah contoh. Boleh tukar sesedap rasa mengikut citarasa masing-masing keh keh keh)



In fact, pujian adalah something yang sangat berat kau tahu? Pujian merupakan ujian untuk kau di muka bumi ni. Semakin banyak pujian yang kau terima, semakin besar ujian yang kau kena hadapi. Tahu?



Dan sebagai seorang manusia,  kau tak boleh lari dari rasa riak, takbur, bongkak, dan seumpamanya bila ada someone puji kau. Akan tetapi, kau boleh elak semua tu dengan hanya kau ucap ALHAMDULILLAH setiap kali orang puji kau. Try ah! InsyaAllah berkesan. Okbai! ;)




Thank you for reading this entry !

23/08/2011

Status Facebook dan Butang Like



gambar hiasan


Kalau setakat reti like tapi takde apa-apa tindakan untuk berubah, baik tayah. Gua lebih rela sikit orang like tapi ramai yang boleh amik manfaat dari apa yang gua post. Bak kata islamik, muhasabah diri. Barulah nampak hasil. Lu dapat pahala, gua pun dapat pahala. Tak gitu? keh keh keh


Nak buat pahala bukannya susah. Sambil-sambil main fesbuk pun boleh buat. Ce tulis status yang boleh bagi manfaat kepada pengamal fesbuk tegar. Itu lagi bagus dari duk tulis sumpah seranah tuk pakwe jalang ataupun rindu sayang buat makwe bertudung urban kan? TEHEE


Eh pendek pulak entry gua. Saje nak bagi ruang buat ibadat lettew. Okbai! xD


p/s - macam tak sesuai je aku guna 'gua'. (=.=")
Thank you for reading this entry !

21/08/2011

Tips Berblog : Penceritaan Yang Menarik

Assalamualaikum.


Fuh fuh! Tiup sikit laptop kau. Biar hilang segala habuk yang melekat dekat screen tu. Kalau kau nak tahu, aku ni bukan selalu tulis entry berkaitan dengan tips-tips bagai ni. Rare tahu tak? Jadi bila aku dah bukak mulut nak potpetpotpet pasal tips, baik kau semua salin. Tanak salin pun takpe asalkan kau dapat ingat point-point yang aku nak cite ni. Boleh? Taley ingat? Copy paste jela der.. -.-"


Bajet macam blogger pemes lak kan? Ah, ada aku kisah?! HAHAHA


Ehem.. Nak berblog bukan susah sebenarnya. Tapi ia jadi satu benda yang susah kalau kau malas. Hekeleh!! Semua kerja kalau malas nak buat otomatik jadi susah weii. Eh silap, kerja kalau susah nak buat otomatik semua jadi malas. Aik? Mana satu yang betul ni? 0.o


Enough! Merapu merepek tak kira masa. Tips ni sape nak bagitahu?


FINE. Actually, nak berblog ni kau kena pandai bercerita. Kau kena tahu bagaimana nak sampaikan cerita tu kepada pembaca dengan cara yang mudah, ringkas, dan difahami. Nak contoh? Baca blog ni. Belog Abam Manis


Kau tak paham lagi kan? Aku tahu.. Macam ni, maksud aku bila kau nak berkecimpung dalam bidang berblog ni, kau kena terer dalam bab pengolahan cerita, penyampaian cerita, dan pemahaman cerita untuk menjamin kau seorang blogger yang hakiki. Cerita biasa sekalipun jika kau mahir dalam penggunaan kata, tata bahasa, istilah, dan lawak kena pada tempat, insyaAllah aku yakin kau mampu dapat tarik pembaca walau dimanapun mereka berada. Dengan syarat dia tu paham bahasa melayu lah kan? GAHAHA


Tapi tapi tapi.. Tetapi harus diingat, jangan sampai kau buat satu cerita, panjang lebih kurang 3 hari baca tak habis tapi hasilnya takde sesiapa paham tentang cerita tu. Nampak sia-sia kan?


Orait. Aku rasa tips aku dah tamat. Sebelum berundur, aku mintak maaf kalau tips aku ni tak rupa macam tips. Tips mintak lutut dan siku pun lebih berpotensi dari ni. Ye dak? Kehkehkeh. Babai!


kadang-kadang boleh jugak selit gambar stok mintak penendang tempang seperti gambar ni. confirm bilangan pembaca yang ramai tadi akan terus hilang. harharhar
Thank you for reading this entry !

20/08/2011

7 Fakta Imam Terawih Versi Twitter

Assalamualaikum. 


Hai para pendamba malam lailatul qadar semua. Harap kau semua diberi kekuatan untuk mengejar kelebihan malam lebih dari seribu bulan tersebut. Selawat dan salam ke atas nabi ikutan dan junjungan, Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.


Okay. Hari ni dah masuk hari ke berapa entah aku jadi imam terawih. Kalau tak silap malam ke-18. Eh ke dah malam ke-19? eh tak tak, aku rasa malam ni yang ke-20. Ish lantak ah! Aku sendiri pun tak sure. Yang aku tahu, aku jadi imam start malam ke-3 puasa. Hah kira sendiri! Ingat aku rajin sangat ke nak belek kalendar? hahaha.


Jadi sepanjang aku jadi imam, ada dua tiga perkara yang aku dapat detect. Bukan aku je malah izwan pun turut sama rasa benda tu. Bahkan lebih tepat jika aku cakap semua imam terawih turut menyedari benda ni. Tu pun kalau dorang perasan lah! Untuk makluman sesiapa yang nak tahu, aku ngan izwan tak jadi imam kat masjid sama. Jadi jika kau fikir kitorang tak boleh berenggang tu, kau dah silap ye.. kehkehkeh.


Aku teruskan boleh?


7 Fakta tentang imam terawih ;


1. Speaker dan mic yang power adalah satu keperluan bagi seorang imam. lagi power lagi bagus. stok speaker konsert adalah yang terbaik. tahu?! #imamterawih

2. Makmum yang ramai mempengaruhi semangat si imam. Semakin ramai makmum, semakin bersemangatlah bacaan. ye dak? kehkehkeh #imamterawih

3. Alangkah baik jika quran disediakan di depan imam. untuk mengelak dari masalah lupa ataupun confuse. #imamterawih

4. Sila sediakan air kosong kepada imam. kalau ada mineral water lagi afdhal! apa ingat jadi imam ni tak sakit tekak ke? #imamterawih

5. Pakcik2 makmum pelis jangan buat muka mengantuk masa terawih. tu boleh men'down'kan imam kot. ishh~ #imamterawih

6. Sediakan pengudaraan yang cukup kepada si imam. kesian kot tengok imam berpeluh akibat kepanasan. hahaha #imamterawih

7. Imam terawih juga mengharapkan imbuhan dari pihak masjid. bukan upah tapi sekadar penghargaan untuk penat lelah. tak salah bukan? #imamterawih

8. Awek ramai di masjid juga salah satu faktor semangat buat imam. biasalah imam muda yang bujang kan? harharhar #imamterawih


Oh yeahh dah cukup 7. Dah boleh stop menaip la kan? hahaha. Okbai~ xD


p/s - terawih bukan terawikh. paham? grr~


yang tengah tu imam jugak. kehkehkeh xD
Thank you for reading this entry !

Kejutan Untuk Insan Tersayang

Assalamualaikum.


Hari ni dah masuk sepuluh terakhir ramadhan kan? Sedar tak sedar, perasan tak perasan, dah 20 hari kita tahan diri dari tak korek hidung, tak makan dan minum pada siang hari. Senang cakap, rata-ratanya akan cukup 20 hari. Tayah kencing cakap kau puasa belum cukup 20 hari if kau lelaki sebab kau takde alasan seperti peyed ke, ABC ke, bocor ke, lampu merah ke, or apa-apa jelah melainkan kau tu spesis perempuan. Spesis yang dapat cuti. Ehem ehem =P


Lagi satu, kau nyah yang duk main selak-selak tu pun tak terkecuali ok! Jangan nak perasan perasaan pompuan sangat boleh? Walau banyak mana pun kau ubah, walau besar mana pun kau tambah, kau tetap lelaki dan lelaki tetap lelaki. Ingat tu! huh~


Ok. Merapu tanpa motif boleh buat sakit hati kan? Baik aku terus ke motif.


FYI, beberapa minggu lepas, eh bukan minggu, hari oke hari, aku dengan kembar(haha saje sebut jugak walaupun kau dah tahu wekk) izwan, ada buat surprise sikit kepada insan tersayang which is umi kitorang. Surprise di sini bukan bererti kitorang sergah-sergah, pekik-pekik, melolong-lolong yang boleh buat dia diserang sakit jantung sekaligus akan buat dia terkejut. Eh apa kaitan terkejut dengan surprise? Bukan surprise tu kejutan ke? Aik? Kejutan dengan terkejut tak sama eh? ok fine -.-"


Bukan macam tu ye adik-adik! Imagine tu pelis jangan nak melampau sangat. Aku siku jugak six packs kau. Eh lupa kau tade six packs macam aku. GAHAHA ok pang sedas~


Contoh kejutan ;


1. Kejutan yang kitorang buat tu lebih kurang macam ni. Kau pergi kedai perabot, pastu kau beli beli dan beli(3x beli sebab 3 barang). Lepas tu kau bayar and then kau suruh dia hantar, pastu kau balik rumah buat macam takde apa-apa. Berlagak cool(lah sangat) depan umi.


2. Keesokkan harinya bila ada lori datang depan rumah nak hantar perabot, sila buat-buat muka blur. Diulangi, buat-buat blur. Paham tak?


3. Bila perabot dah siap parkir dalam rumah, kau panggil umi kau dan cakap kuat-kuat stok boleh dengar satu dunia. Takde skrip? Ce guna skrip bawah ni.


"umi, ni hadiah TAK SEBERAPA dari kitorang(taruk nama kau). harap umi suka =D"


4. Hasilnya, lepas ni sure umi kau akan lebih sayangkan kau. GAHAHA. okbai~ 


Eh eh, sebelum terlupa aku nak tunjuk gambar perabot tu. Actually tanak tunjuk pun tapi disebabkan ada request dari awek cun yang nak tengok, jadi aku gagahkan diri tuk tempek sini. Kau bukan tak tahu aku lemah dengan pujuk rayu awek cun ni? Tak tahu? ok fineee lagiii -.-"


satu


dua


tiga


Sekian.


"berbuat baiklah kepada orang tuamu sehabis kemampuanmu =D"


Nak baca lagi? Try ni pulak --> link



Thank you for reading this entry !

19/08/2011

The Power of Word

Short update sempena hari jumaat.





"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah". (Al-Anfal : 2)



Thank you for reading this entry !

Rindu BFF













p/s - nak ngaku rindu rasa macam gedik. cakap teringat jelah eh? HAHA
Thank you for reading this entry !

17/08/2011

Wordless Wednesday #12






Thank you for reading this entry !

Thinking : Allah Maha Pemurah

Kau tak pernah solat, apatah lagi nak melangkah ke masjid.

Kau tak pernah puasa, apatah lagi nak bangun sahur dan terawih.

Kau tak pernah bayar zakat, apatah lagi untuk bersedekah serta menginfaqkan harta.

Kau tak pernah berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah, apatah lagi untuk bertaubat.




Tapi dalam kesombongan kau yang tidak pernah solat, Allah masih lagi memberikankan nikmat kesihatan untuk kau terus hidup di dunia ini.


Tapi dalam keangkuhan kau yang tidak pernah puasa, Allah masih lagi mengurniakan kau rezeki untuk kau suapkan ke mulut.


Tapi dalam keegoan kau yang tidak pernah membayar zakat, Allah masih lagi melapangkan kewangan kau untuk kau memiliki apa yang kau hajatkan.


Tapi dalam kemegahan kau yang tidak pernah cuba untuk mengenal Allah, Dia masih lagi menganugerahkan kau masa untuk kau terus bersama dengan insan tersayang.


Jadi sekarang, adakah mata kau masih belum terbuka untuk melihat betapa pemurahnya Tuhanmu itu? Tuhan yang tidak pernah kedekut. Tuhan yang tidak pernah berkira. Tuhan yang tidak meminta balasan apa-apa dari kau.


Susah sangat ke kau nak kenal Allah? Setelah apa yang telah Allah bagi, takkan kau masih nak berdegil? Fikirlah..



Thank you for reading this entry !

15/08/2011

Cinta : Salah Sasaran

Assalamualaikum.


Dah lama aku tidak mencoret sesuatu tentang cinta di blog ni. Kalau dulu setiap minggu mesti ada entry jiwang hasil nukilan sendiri *muntah* tapi sekarang sudah jarang kan? hooyeah!! Walaupun hasil nukilan sendiri, serius aku rasa lawak bila baca balik. Kalau boleh aku nak tulis pastu tanak baca dah. Buat malu batang hidung sendiri je oi! Setakat malu ok lagi tapi ni siap menggeletek ketiak dah tahap kegelian entry tu. Tak rela tak rela. Ai tak rela nyah. HAHAHA.


Apa yang kau rasa bila bercinta? Rasa disayangi? Atau menyayangi? Ehem.



Tipu kalau aku cakap aku takde keinginan untuk bercinta. Kalau kau ada, aku pun ada. Aku pun manusia hoi! Sifat aku juga sama seperti kau, ingin menyayangi dan disayangi(lah sangat). Tapi kalau kau takde perasaan tersebut, aku rasa kau ni spesis tak normal ah. Spesis jatuh dari bulan mungkin. Sebab cinta ni salah satu sifat yang dah memang wujud dalam diri kau. Ala.. Sama macam malu, takut, lapar, bla.. bla.. bla.. tu semua lah. Paham?


Akan tetapi, pernah tak kau fikir bila kau bercinta, adakah sasaran cinta kau tu dah betul? Maksud aku, adakah si dia yang kau sebut sebut yang kau puja puja yang kau ucap ucap aku-cinta-kau-aku-sayang-kau-aku-tak-boleh-hidup-tanpa-kau tu merupakan orang yang betul? Mr/mrs right la senang cerita. Pernah?


Sebagai contoh, kau bercinta bagai nak rak dengan si fulan hujung simpang sebelah rumah tok ketua sana tu. Masing-masing dah mabuk bayang kepayang tempayan dah. Sehari tak cakap "i love u" tak lalu makan nasi. Kadang-kadang tak makan nasi pun takpe asalkan boleh dengar pasangan ucap "i love u". Euw~ Dipendekkan cerita, tahap cinta tu dah sampai kalian sanggup bergadai nyawa.


Cakelempung cakelempang bercinta sini bercinta sana,  last-last kisah cinta kau terputus di tengah jalan angkara orang ketiga. Ok putus tengah jalan bahaya, nak nak musim raya ni banyak kereta atas jalan. Mati eksiden nanti. Jadi kita tukar, cinta putus di tepi jalan. Orait? Kahkahkah.


Love Bug


Lepastu, bila dah putus secara automatik cinta kau tu dah salah tujuan. Kan? Kemudian, kau akan menyesal. Pastu pastu kau akan rasa rugi. Rugi kasih sayang, rugi cinta, rugi wang ringgit. Semua tu kena kira der. Sebab benda tu tak ternilai. Haihh~ Lagi bertambah menyesal kan? kuang3.


Bagi mengelakkan keadaan ni berlaku, aku ada beberapa tips. Nak tahu? Sila baca ;


1. Bercintalah dengan seseorang yang sudah pasti kita takkan tersalah. Seperti mak ayah, adik beradik, KEMBAR, ataupun anak buah. Cinta diri sendiri pun boleh. Ok?


Motherly love behind the lens....


2. Sebarkan cinta kepada golongan yang akan menyayangi kita. Contoh, makcik pakcik yang tak mungkin kita akan jatuh hati pada mereka. Tetapi tidak sebaliknya. Mana tahu dorang boleh berkenan kat kau pastu dijodohkan dengan anak dorang. Mana lah tahu kan? lalalala~

3. Tayah bercinta terus. Tunggu je sampai masa, hah! kahwinlah kau!! Tayah nak cinta-cinta bagai. BHAHAHA ! Kejam ke? Taklahh~


Ok, dah baca kan? Itu tips aku reka je. Nak yang betul-betul sila tanya dr love ok! Sini tade dr love, kembatolo ada ah! hehe Sekian ;)


"Aku tidak mencari cinta, aku menunggu cinta. Menunggu bilanya masa Allah izinkan aku bercinta."-izuddinrahim-

Loved
Thank you for reading this entry !

13/08/2011

Aku Tahu Kau Cantik

Pesanan buat kau yang berpakaian seperti telanjang ;


"Aku tahu kau cantik. Aku tahu kau lawa. Aku jugak tahu kau memiliki bentuk badan yang menawan. Menggiurkan. Tapi boleh tak kau pakai elok-elok? Perlu ke kau tunjukkan susuk tubuh kau kepada orang lain? Perlu ke kau tayang setiap timbul dan tenggelam yang wujud pada badan kau? Tolonglah pakai pakaian yang sopan. Kalau kau tanak tutup aurat sekalipun, sekurang-kurangnya pakailah sesuatu yang tampak sopan untuk dipandang. Manis untuk ditatap. Ni bulan puasa. Takkan kerana kau, pahala puasa orang lain turut sama terkurang? Please.. Jika kau tak sayangkan puasa sendiri, tolonglah jangan rosakkan puasa orang lain. Aku mintak tolong ni. Kau boleh tolong kan? Aku harap sangat. Aku tahu kau boleh. Terima kasih =)"



Hijab clothing in Dubai
macam ni terus lagi bagus. kehkehkeh

 
Thank you for reading this entry !

Tahukah Kenapa Kerajaan Zalim di Bumi Mesir Berjaya Ditumbangkan?



Kerana kesatuan mereka. MasyaAllah =D


p/s - rindu nak rasai suasana ramadhan di Mesir 
Thank you for reading this entry !

12/08/2011

Cerita Kembar #1 : Panggilan Telefon

Meh sini nak habaq mai. Sekarang aku rasa aku kena spesifikasikan jenis entry aku. Tanak main campur aduk segala jenis cerita tanpa ada kelas-kelas tertentu. Baru stail! Ye dak? Keh keh keh. Orait, bawah ni ada sebahagian entry berkaitan dengan cerita kembar yang aku dah tulis. Actually banyak lagi tapi aku malas nak listkan semua. Pandai-pandailah godek kalau tak cukup eh? ;)




Ok, masuk cerita naa? 


Hurm.. Aku ngan izwan ada sejenis penyakit suka kenakan orang. Nak kata hobi tak sampai tahap lagi tapi lebih kurang kot. Sebab kalau peluang dah depan mata, kitorang takkan segan silu untuk bertindak. Lebih-lebih lagi kalau orang tu rapat or kamcing dengan kitorang, memang makanan la jawabnya.. HAHAHA.


Salah satu tabiat yang kitorang suka suka suka sangat buat ialah kenakan orang melalui panggilan telefon. Jelas tak tahap kesukaan tu? hik3


Ok nampak macam tak paham. Kerut dahi tu dah jelas menunjukkan kau tu jenis lampi. Takpe takpe, aku ni spesis yang mudah kesiankan orang. Jadi kau tak suruh pun aku tetap akan bagi penjelasan. Baik kan aku? Ye, aku tahu. =P


Ehem.. Biasa kalau henfon izwan berbunyi which is ada panggilan dari seseorang dan izwan pulak takde kat situ, automatik aku akan main peranan sebagai seorang abang yang prihatin dengan amik henfon dia pastu tengok siapa yang call. Kalau kena time aku baik, aku akan jawab pastu bagitahu yang izwan takde. Jadi sila telefon kejap lagi. Babai~


Itu masa aku jadi perangai malaikat ah. Tapi kalau tiba-tiba spesis perangai jahanam mari, aku secara spontan akan jawab call tu. Lepas tu apa? Hek hek hek. Ce teka apa aku buat?


"assalamualaikum. izwan ada tak?"

"wa'laikumussalam, izwan lah ni. ada apa hal?"

"bla.. bla.. bla.."

"oo.. yadaa.. yadaa"


Yes! Aku akan menyamar jadi izwan kau tahu? Sesiapa yang tak bernasib baik tu, memang sampai habis la kau kena tipu. Aku menyamar kaw-kaw punya sampai tahap kau takkan perasan bahawa aku izuddin bukan izwan. Diulangi AKU IZUDDIN BUKAN IZWAN!! lalalala~


Tak payah berangan la nak sedapkan hati "eh aku bff dia tak mungkin aku akan kena macam tu". Hoi hoi..! Umi ngan abah aku pun selalu kena, kau tu apatah lagi?! Hahaha. Lagi satu, kalau kau perasan kau tu rapat dengan aku, kau jangan nak sedap duduk. Berapa ramai kawan aku yang dah terjebak. Lantak ah bff ke, kawan biasa ke, geng ke, semua kena tanpa pengecualian. Awek? Hahahaha. Malas ah nak bukak cerita. Panjang. xD


Jadi aku nasihatkan kalau kau telefon salah sorang dari kitorang, adalah lebih baik bagi kau untuk confirmkan betul-betul adakah kau TELAH BERCAKAP DENGAN ORANG YANG BETUL. Apa kau ingat aku je suka buat macam tu? Hekeleh! Kitorang kembar derr, perangai pun sama. Paham? GAHAHA. Ok bai~


Psst.. Kalau aku tanak cakap dengan seseorang tu, aku akan suruh izwan menyamar jadi aku. Sama jugak sebaliknya. Jadi pelis jangan nak sedap duduk sangat eh? HAR HAR HAR !!


DSC_0307
annoying tak kalau kena macam tu? BHAHAHA !
Thank you for reading this entry !

08/08/2011

Sudah Cukupkah Baktimu?

Assalamualaikum.




Alhamdulillah, syukur kepada Pemberi rahmat. Selawat dan salam kepada nabi junjungan, Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.


Duhai anak..


Kau punya orang tua bukan? Setiap seorang dari kamu pasti memiliki sepasang insan yang bergelar ibu bapa kerana jika mereka tiada, kau takkan mampu lahir ke dunia ini. Kau adalah pemberian dari Allah melalui mereka kepada mereka. Adakah kau tahu itu?


Tapi pernahkah kau fikir selama kau menghirup segarnya udara di bumi Allah ini, sudah cukupkah jasa yang telah kau curahkan kepada mereka yang bergelar orang tuamu? Baktimu kepada mereka yang telah berpenat lelah membesarkan kau? Mendidik kau dari kecil hingga kau tahu membezakan antara baik buruk sesuatu perkara? Pernah?




Satu persoalan dari aku. Jika kau rasa jasamu kepada mereka sudah memadai, beranikah kau untuk tidak menyesali diri andai mereka telah pergi untuk selama-lamanya? Berbekalkan budi yang telah kau berikan kepada orang tuamu, adakah ia mampu untuk merelakan pemergian mereka tanpa timbul secebis pun sesalan dalam diri kau? Mampukah kau?


Dan juga selama kau memegang amanah sebagai seorang anak, pernahkah kau jadi satu kebanggaan bagi mereka? Bangga kerana mereka berjaya membesarkan seorang anak dengan penuh didikan? Didikan dalam agama juga akhlak serta pelajaran. Pernah?


Sejujurnya, adakah kau mampu menghasilkan senyuman di wajah mereka setiap kali mereka memandangmu?


ibu bapa


Atau..


Kau lebih banyak mengalirkan air mata dan menyebabkan penyesalan pada diri mereka kerana tidak mampu mendidik kau seperti mana yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah sedangkan setiap kesalahan itu sebenarnya bukanlah berpunca dari mereka. Padahal sifat diri kau yang menyebabkan kegagalan didikan mereka. Wajarkah mereka dihukum kerana kau?


Bagi aku, aku bersyukur setinggi syukur kerana aku masih punya ibu bapa hingga ke saat ini untuk aku mencurahkan bakti. Allah masih beri aku peluang untuk aku menanam jasa kepada orang tuaku. Aku masih mampu menabur budi kepada mereka sedangkan ketika ini masih ramai yang tidak mengendahkan kedua ibu bapa mereka. Na'uzubillah.




Walaupun seluas lautan biru jasa yang kau taburkan, walaupun setinggi gunung bakti yang kau curahkan, semua itu takkan mampu menandingi pengorbanan mereka kepada kau. Akan tetapi, jika demikian, cukuplah sekadar ia mampu mengelakkan diri kau dari dihurung penyesalan akibat kurangnya baktimu kepada kedua insan tersayang pabila tibanya masa mereka dijemput Allah. =)


Berbakti dan berbuat baiklah kepada orang tuamu selagi mereka masih mampu tersenyum dihadapanmu. Hiaskan setiap saat dalam hidup mereka dengan senyuman kebanggaan di bibir mereka kerana memiliki anak sepertimu. Dan ingatlah, redha Allah itu seiring dengan redha orang tuamu terhadapmu - izuddinrahim. 


berbuat baik kepada ibu bapa
Thank you for reading this entry !

06/08/2011

Contest #1 : Saya Segak Berbaju Melayu

Assalamualaikum.



Okay. Nampak tak banner kat atas? Kalau kau takde masalah penglihatan, aku yakin kau mampu tengok gambar tu tanpa sebarang masalah. Tak kira ah dengan bantuan apa sekalipun termasuk guna spek, contact lens, mahupun kanta pembesar. Kan? Tak nampak lagi? Aku cadangkan ko guna binokular. InsyaAllah nampak! Kehkehkeh.


Actually ni kali pertama aku join contest. Try la kau godek blog aku ni, nescaya kau takkan jumpa entry yang berkaitan dengan contest sebab ini adalah yang pertama. Faham makna pertama kan? Takpe, aku baik hati hari ni. Jadi aku akan terangkan apa makna pertama. Dari segi lughah, pertama bermaksud tidak ada lagi yang serupa sebelumnya. Mula-mula lah senang. Dari segi istilah pulak, pertama tidak ada kena mengena dengan pertiwi. Nampak tak? Nampak tak aku cuba nak mengarut? Ok abaikan.. HAHAHA.


Contest ni dianjurkan oleh pihak penganjur. Dan proses penganjuran berjalan dengan lancar dengan adanya sokongan dari yang menganjur. Paham? -.-" Jangan salahkan cikgu BM sebab ajar imbuhan di sekolah. Budak-budak memang mudah terpengaruh. GAHAHA. Jadi pihak penganjur di sini ialah KUCINGS. Selepas kucing diletakkan huruf 's' mungkin untuk menonjolkan bilangan kucing yang banyak. Ke ramai? Ah lantaklah! Yang penting kucing bila dah ramai bunyi aummm aummm ! Ye dak?


PA020313
dah segak suka ati la nak berlagak pun. kan? HAHA


Cerita pasal gambar. Ni gambar raya tahun 2008 which is tahun pertama aku raya dekat mesir. Pertama kali raya di perantauan, pertama kali raya tanpa keluarga, dan jugak pertama kali berlagak segak. Semua pertama kan? See! Tak sia-sia aku buat takrif pertama atas sana. keh keh keh.


Lastly, harap aku dapat tempat pertama dalam contest ni. okbai~ xD
Thank you for reading this entry !

05/08/2011

Kursus Fotografi di Kelantan

Assalamualaikum.


Kita tidak pernah diajar secara formal tentang ilmu fotografi. Maksud aku takde kelas khusus untuk belajar cara-cara nak capture gambar yang menarik tertarik kau memang da boom! Gambar yang bila ditunjukkan kepada orang lain, automatik mata dorang akan terbeliak seraya berkata, "WOW! CUN GILA GAMBAR KO AMIK!!". Barulah ada bibit-bibit bangga terisi di sanubari. Betul tak? Hahaha.


Jika ada sekalipun, mungkin untuk budak-budak yang masih belajar di sekolah menengah dan universiti. Bagi yang dah abis study macam aku ni camane? Hurm..


Meh aku hangatkan lagi. Kau ada DSLR. Beli beribu punya harga tapi basic nak guna kau tak tahu pun. Kau cuma reti tekan shutter je. Pasal brightness, aperture, colour, iso, angle etc etc langsung kau tak amik tahu. Lepastu bila gambar kusam, muram, gelap bagai, mula la mulut manghambur kata-kata kesat kepada diri sendiri. Kau rela kutuk diri sendiri kan? ishh~


Der.. Setiap benda atas muka bumi ni kau kena belajar baru boleh pandai. Bila namanya belajar, haruslah wujud seseorang yang dipanggil cikgu. Ye dak? Apa guna kau ada kamera canggih tapi tak reti nak guna? Orang lain amik gambar punyalah ohsem tapi bila time kau amik, gambar terus jadi kusam. Tahu kenapa? Ofcourse la sebab kau tak reti amik gambar. Sebab kau tak tahu! Ok panas telinga tak sekarang?




Actually aku nak amik kursus fotografi. Tapi syarat untuk amik kursus tu kena ada paling kurang 2 orang. Masalahnya sekarang, aku cuma ada aku sorang. Paham tak? HAHA. Maknanya aku perlukan seorang partner untuk join kursus fotografi ni. Jadi motif entry ni aku nak ajak sesiapa dari kalangan readers blog ni tuk join aku. Lagi ramai lagi bagus sebab harga akan jadi makin murah. Amacam? Berminat tak?


Tapi ada syarat wehh. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut ;

1. Disarankan sesiapa yang nak join ni menetap di kelantan sebab kursus ni kat kelantan. Tapi tak bermakna orang lain tak boleh join. Boleh je kalau sanggup. Haha. Nanti ade pulak reader selangor nak join, tak pasal-pasal kena naik flight datang sini. Kan dah melampau jadinya? harharhar.

2. Lelaki or perempuan aku tak kisah. Kalau lelaki boleh wat geng. Kalau perempuan, boleh buat kapel. Err? Ok abaikan. hehe. Tak kisah lah jantina apa. Nyah pun boleh asalkan kau berminat nak join pastu kau ada DSLR. Senang kan?

3. Duit secukupnya. Tapi jangan risau, kursus ni murah je. InsyaAllah semua mampu.

4. Butir-butir kursus.

Harga : Kalau amik kursus sehari, asas je. Tapi kalau amik yg 2 hari, sekali dengan level 2. Sehari rm180, 2 hari rm280. Kalau dapat 4 org, harga sehari jadi rm150, 2 hari rm250.
Tempat : Kubang Kerian, dekat dengan kfc.
Masa : Secepat mungkin. Bila dah cukup orang, bila-bila masa boleh kursus.

 
Tunggu apa lagi? If berminat, sila inbox fb aku. Nanti aku akan bagi no fon untuk memudahkan urusan. Aku serius ni. Harap korang pun serius. Lagi cepat korang respon, lagi cepat kita boleh kursus, lagi cepat kita pandai. Yeay!! Excited tak? kihkihkih. 


Sila cepat ye?! Okbai~

Thank you for reading this entry !

Tips Nak Dapatkan Banyak Pahala di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum. Nak tips eh? Kejap...


Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.


Bukan susah pun nak buat pahala. Ye dak? kehkehkeh.


*tu baru 20. kalau kau seorang yang tamak, sila tambah sendiri. ulang sampai berbuih mulut lagi bagus. orait? ;)



Thank you for reading this entry !

04/08/2011

Masa Sempit

Assalamualaikum.


Dulu aku selalu berangan bila internet dah ok, aku akan update blog hari-hari. Bermula hari ahad sampai jumpa ahad balik. Takkan pernah miss walaupun sehari. Sebab masa belajar dulu, internet kat rumah sewa aku memang kuajo! Bayar mahal tapi line lembap! Mengengsot! Merangkak! Nak tunggu line laju sekencang audi Q7 tu mintak maaf la. TAKKAN DAPAT! Kadang-kadang boleh PMS dek line tu. Menyampah sungguh! See, ingat balik pun boleh buat aku emo. hahaha.


Kejap.. Aku sebut MASA BELAJAR DULU eh tadi? ahaks~


Tapi sekarang bila line dah sihat, aku masih tak dapat nak laksanakan angan-angan tersebut. Tahu kenapa? Sebab aku malas. Eh tak, malas tak termasuk dalam ni. Itu fitrah. Punca sebenar ialah masa.


Masa aku sekarang sangat terhad kau tahu? Pagi tengah hari petang, mesti ada benda nak kena buat. Siram pokok bunga la, Jadi driver la, pergi bank la, naik kuantan la, nak tidur la, jadi imam la. Bla..bla..bla.. Macam-macam ah. Nak mengadap laptop pun tak sempat! Bila dah kurang mengadap laptop, haruslah update pun jarang. Sampaikan nak siapkan satu entry pun kena taip banyak kali. Leceh tahu? Ni pun nasib baik ada awek cun tanya kenapa lama tak update. Kalau tak, kusam jela blog ni dengan entry zaman batu. Hadap la kau puas-puas!! GAHAHA.


Sebenarnya, aku kesian dekat kembatolo ni. Nampak macam gersang kasih sayang sangat dah. Nak merengek takut aku cakap dia gedik. Sabar je weii, tuan ko pun tengah gersang kot. Orang lain bahagia je hidup berpasangan tapi tuan ko ni masih utuh dengan status bujang. Cewahh utuh kata ko~!! kahkahkah.


Baiklah. Better stop sini. Merapu panjang-panjang tak guna. Ni sekadar amik syarat update je. Rimas aku tengok blog aku duduk paling bawah dalam bloglist. Bila update, harap-harap boleh terpacak kat atas. Kan awak kan? HAHAHA. Okbai~


DSC_0099
ni baru gedik. pakai baju pink. euww~
Thank you for reading this entry !

02/08/2011

Balik Kampung

Assalamualaikum.


Eh aku ada blog rupanya. haha. Kau tahu tak, sejak aku balik ke bumi tercinta ni, aku macam dah lupa pada blog. Sampai tahap aku confuse aku ni betul-betul lupa atau buat-buat lupa. Bukan apa, kadang-kadang jadi blogger ni rasa macam terpaksa. Apa yang kau buat semua rasa nak tulis dalam ni. Semua ok semua! Bukan separuh mahupun suku. Tapi bila time nak tulis, automatik perasan bahawasanya diri ini seorang yang malas. Dah tu nak buat macam mana? ARGHH


Tapi memandangkan aku jenis yang menghargai readers yang gigih buka blog aku setiap hari, aku akan cuba paksa diri untuk taip entry. Yeah! Aku sanggup paksa diri demi kau. Sila terharu boleh? wakaka. Jadi kalau entry mengarut or ayat tunggang-langgang, kau buat tak nampak je eh? Kau anggap kesalahan tu bukan aku yang buat. Orait? Hahaha.


Ok, ni nak bukak cerita sikit.


Masa otw g epot (baca : airport) hari tu kitorang eksiden. Tahu kan eksiden tu apa? Haah, eksiden tu kemalangan la nyah. Bijak pun! Alhamdulillah takde sape yang cedera kecuali beliau yang kami tunggang. Dengar cerita kereta yang langgar tu masuk icu. Cedera parah kot? Wallahu a'lam.


Yang menariknya, sebelum eksiden tu masing-masing duk borak pasal eksiden. Taley blah betul! Cakap mati awal la, tak kahwin lagi la, macam-macam. Tup-tup, nah amik kau terus ter'eksiden'. Masin sungguh mulut bebudak ni. Mungkin kesan mandi laut kat sini kot? hehe.


DSC_0041
ni beliau yang langgar kitorang. c u d i c u. haha


Tak teruk sangat pun. Biasa kalau sebut eksiden, mesti terbayang kereta terbalik la, remuk redam sana sini. Tapi eksiden ni kemek sikit je. Nak bukti? Kejapp..


DSC_0040
ni van kitorang. eleh, kemek sikit je kan?


Lepas eksiden kitorang semua keluar. Menggelabah bukak pintu. Konon takut kereta meletup macam kat dalam movie tu. Padahal kena langgar dari belakang, bukan kat tangki pun. keh keh keh. Pastu muka pulak stendek baru terlepas hukuman gantung tak bertali. Eh? hahaha. Hukuman gantung mandatori lah!


Ce cerita camane tak cuak kalau masing-masing mati sebelum sempat ada bini? hahaha. Ok tak lawak!


Ingat dah stuck situ selama-lamanya. Aku ni double cuak sebab takut terlepas flight nak balik mesia. Sure menangis warkah berlagu pilu ah kalau betul-betul terlepas. Nasib baik pak cik driver tu call kawan dia suruh datang amik kitorang and then straight ke epot. Lega ai~


DSC_0042
panas gila time ni


DSC_0049
harus ada gambar tengah depression(lah sangat) kan? haha


Bla..bla..bla.. Sampai epot, tunggu flight, pastu terus check-in. Bla..bla..bla.. yadaa yadaa.. ketang..keting..ketung..


DSC_0103


DSC_0106


DSC_0089
geng ahli bait



Senang cerita, baca kat bawah ;


Pukul 1.30 tengah hari (egypt) --> berlepas ke Bahrain.
Pukul 5 petang (bahrain) --> sampai bahrain pastu transit 2 jam kat sana.
Pukul 7 malam (bahrain) --> gerak balik malaysia.
Pukul 9.30 pagi (malaysia) --> sampai klia.
Pukul 6.30 petang (malaysia) --> gerak balik epot pengkalan chepa, kota bharu.
Pukul 7.30 malam (malaysia) --> sampai pengkalan chepa.
Pukul 9 malam (malaysia) --> sampai rumah.


Persoalan, berapa lamakah perjalanan aku? KIRA SENDIRI!!
Kesimpulan, bosan duduk epot. harharhar.


Ok itu je kot. Malas nak taip banyak-banyak, buat macam tu cepat sikit kan? hahaha. okbai~


DSC_0161
satu


DSC_0166
dua


DSC_0167
tiga.


Sekian. ^^,
Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails