26/12/2013

Cerita Kembar #18 : Jangan Putus Harapan

Assalamualaikum.


Dalam dua minggu lepas, aku sibuk dengan urusan temuduga. Setiap temuduga makan masa satu hari dari pagi sampai petang, dan penatnya boleh tahan hingga seminggu. Nak taknak, terpaksa pergi sebab kalau tak temuduga macam mana nak kerja? Kalau tak kerja macam mana nak hidup? Taraf hidup dah naik, bil utiliti melambung. Allah. Semoga Allah permudahkan.


Temuduga pertama untuk jadi imam masjid kerajaan negeri. Jika diikutkan dari kelayakan, memang tidak layak tetapi atas dasar tanggungjawab kena cuba. 

takde rupa imam? T___T


Sebelum ni, pada tahun 2011 dah cuba temuduga jawatan yang sama. Alhamdulillah temuduga lulus, tetapi ada halangan dari pihak tertentu. Jadi tak dapat. Lupakan yang dulu, mungkin Allah belum tetapkan kerja tu sebagai rezeki aku. Kali ni, insyaAllah dapat. Jika Allah izinkan.


Temuduga kedua pula untuk sambung kontrak bagi jawatan guru quran di sekolah menengah imtiaz besut. Nak sambung kontrak pun kena temuduga balik. Agak pelik tapi nak buat macam mana. Allah maha tahu. Ada hikmah di sebalik sesuatu. Allah tidak jadikan setiap kejadian dengan sia-sia. Hanya terpulang bagaimana kita menilainya. Bersangka baiklah pada Allah, jangan putus harapan. Allah maha adil, Maha Kuasa, Maha Bijaksana.

3 bujang, dan seorang bapa mithali.

مَّا يَفْتَحِ اللَّـهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا ۖ وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِن بَعْدِهِ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 

"Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. "
(al-faathir : 2)

Jika Allah dah tetapkan, tiada siapa dapat halang. Dan jika Allah menidakkan, maka tiada siapa dapat tolong. Sekian.
Thank you for reading this entry !

2 comments:

[k]o{q}i[n] said...

Just be positive and everything will be just fine. Ini semua aturan Dia...

JannahAsila said...

Insya Allah . Semoga dipermudahkan . Aamiin.

Related Posts with Thumbnails