24/06/2012

Kejohanan Futsal Tertutup AMTAQ Pulai Chondong.

Assalamualaikum.


Setelah bosan+kesian tengok blog sendiri kesepian, terpaksa la aku update.


Jujur cakap, sebenarnya aku dah lupa tentang pertandingan ni. Nak bagitau tarikh tepat mungkin tergagap-gagap urm erm hmmm macam orang amnesia tu ha. Tapi yelah, hidup zaman teknologi siber serba moden ni, tak ingat tarikh bukan lagi masalah. Cuma pergi dekat gambar, 'right click', 'properties' dan ZASS!! Terus keluar tarikh uolls!!! Maka demikian, yakinlah bahawa kejohanan ni awal bulan jun hari tu.


Untuk pengetahuan, kejohanan ni khas untuk pelajar Alumni MTAQ je. Budak lepasan sekolah lain takde can nak join. Lantak lah dari sekolah mana pun, memang takkan beri peluang! Muka seposen, doplohsen, kitorang takkan layan la brader. Melainkan korang dari sekolah perempuan, muka licin flawless aww, reti buat muncung itik, posing angkat peace, maka korang sangat dialukan untuk jadi cheerleader. hewhew =3 Tapi tapi tapi hari tu takde pompuan kan? Baik sungguh bebudak mtaq ni. XD


Mung tau dok MTAQ tu gapo? Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat, Yayasan Islam Kelantan, 16600 Pulai Chondong, Machang, Kelantan.

team yang sepatutnya layak ke final. berdiri dari kiri ; selleh, koha, jika, hapih, jihe, deng, pali. duduk dari kiri ; zuhdi, muing, tok ayoh, atiq(kalu xsilap), amin.


team yang tak sepatutnya ke final. dari kiri ; unjai, pidauh, pokcek, koghi.

Nama nak gempak letak kejohanan bagai. Padahal hadiah johan, naib johan, dan tempat ketiga sama je. Semua hamper sama besar. Isi dalam hamper pun sama(sumi, kacang, air gas, biskut) hahahahha lantak lah, main bukan nak hadiah, tapi untuk ukhuwwah bersama. Ye dak? alolololo baguh weh budok tapih ni~ kbai !


#OffTopic : kalau perasan, semua jaga aurat tak bagi nampak lutut kan? ambo oyak doh budok tapih ni baguh, xsey cayo lagi ko? harharhar



Thank you for reading this entry !

1 comment:

Black said...

baguh-baguh :) molek je nengok

Related Posts with Thumbnails