Ya Allah, rahmatilah kami dengan Quran.
Dalam proses kita menghafaz Al-Quran,
Kita akan diuji.
Kita akan semakin diuji.
Kita akan terus diuji.
Dan kita akan berpanjangan diuji.
Ujian yang datang ada tahapnya. Syaitan yang ada di hadapan kita juga bukan calang-calang. Mungkin pegawai atasan, yang sudah berpangkat Jeneral, Mejar, Kapten dan pangkat-pangkat yang lain. Semakin kita lawan, semakin kita rajin, semakin kita istiqamah, maka semakin tinggilah pangkat dan darjat Syaitan yang dihantar kepada kita.
Kemudian kita akan rebah. Ada ketika kita diuji dengan teruk. Samada kematian, masalah hati, duit dan harta ataupun pangkat serta kedudukan. Sebagai manusia, kita mungkin tumpas dengan salah satu daripadanya, yang mampu memberi kesan terhadap motivasi dan tekad kita untuk meneruskan hafazan.
Tatkala kita jatuh, tersungkur di pertengahan jalan, jangan menangis! Jangan laknat diri kerana ketetapan rebah yang kita alami. Adakala kita perlu rebah supaya kita tahu apakah itu sakit. Supaya kita sedar bahawa sakit itu memeritkan. Pedih. Jangan sedih sekiranya ketika kita rebah tiada siapa yang menghulur, apatah lagi untuk merawat. Kita punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran. Datanglah kepadanya. Hayatilah ia dengan lantunan suara kita sendiri. Biarkan diri kita hanyut dalam lamunan bacaan Al-Quran. Rasai kemukjizatan Al Quran yang mampu menenangkan hati yang gelisah, runsing, bimbang, sedih, pedih, perih, kecewa, dan segala kegalauan yang melanda seketul daging bernama hati.
Wahai saudara sekalian, kita bukan penghafaz Al-Quran sejati jika kita tidak pernah menangis kerana Al-Quran (hafazan) kita.
Tolong ingat ini sampai bila-bila. Selagi roh dikandung jasad, selagi nafas bernyawa di badan, pegang, faham, dan ingat selamanya tentang ini ;-
Dalam menghafaz Al-Quran cuma ada dua keadaan yang diberikan oleh Allah. Diulangi : dua keadaan yang diberikan oleh Allah. Pertama, kita berada dalam keadaan senang dan mudah ingat terhadap hafazan kita. Kedua, kita berada dalam keadaan sebaliknya iaitu susah dan payah untuk ingat.
Pangkalnya, kedua-dua adalah ujian. Orang yang senang hafaz dan mudah ingat, pada hakikatnya Allah menguji adakah mereka akan bersyukur dan melazimi Al Quran dalam kehidupan harian. Manakala mereka yang susah ingat, hakikatnya Allah menduga samada dia benar-benar ikhlas untuk terus berusaha dan istiqamah atau mereka mungkin akan berputus asa.
Justeru, jangan menangis dan menyalahkan diri seandainya kita tidak ingat Al-Quran. Akan tetapi, kita perlu menangis dan salahkan diri sekiranya kita malas, tiada istiqamah malah tidak konsisten dengan hafazan. Sungguh, masalah yang sebenarnya bukan terletak pada diri kita, tetapi ianya disebabkan oleh sifat yang menguasai diri.
Ingatlah pesan Allah ta’ala dalam Al Quran :
Terakhir, Al-Quran akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kemuliaan kepada kedua ibubapa kita pada hari Qiamah. TETAPI Al-Quran juga boleh menjadi hujah ke atas kita pada masa tersebut. Inilah peringatan paling ‘keras’ buat kita semua para huffaz Al-Quran. Sekian. Semoga Allah merahmati kita semua.
credit to Arul Fauzi

”Sesungguhnya Kami lah yang menghimpunkan Al-Quran itu di dalam dada-dada manusia” (surah al qiyamah : 17)
Terakhir, Al-Quran akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kemuliaan kepada kedua ibubapa kita pada hari Qiamah. TETAPI Al-Quran juga boleh menjadi hujah ke atas kita pada masa tersebut. Inilah peringatan paling ‘keras’ buat kita semua para huffaz Al-Quran. Sekian. Semoga Allah merahmati kita semua.
” Allahummaj’alhu Hujjatal lana Wala Taj’alhu Hujjatan ‘Alaina Ya Rabbal ‘Alamin..”
credit to Arul Fauzi
7 comments:
salam...
setuju sgt,sya pernah dberi ujian yg berat...sorg kwn sya bgthu Allah xkan uji hamba-NYA kerana DIA tahu kemampuan hamba-NYA...agak berat untuk sya bangkit kembali,sya try and try utk dptkan kmbali smgt yg dh hilang and finally sya mampu utk figure out the problem...
bila kita susah,kita pikir balik apa salah kita,bykkn muhasabah diri..apa yg sya buat,bykkn baca al-quran,bermunajat..sentiasa istiqamah =D
nice sharing :)
Jangan menangis dan menyalahkan diri seandainya kita tidak ingat Al-Quran. Akan tetapi, kita perlu menangis dan salahkan diri sekiranya kita malas, tiada istiqamah malah tidak konsisten dengan hafazan. Sungguh, masalah yang sebenarnya bukan terletak pada diri kita, tetapi ianya disebabkan oleh sifat yang menguasai diri...
sgguh terpukul dgn kata2 ini..trimas atas muhasabah dan kesedaran ini..nice sharing,jazakallah
nice entry . hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang :)
asal gua cam nak nangis jer bila baca entry nie...parah2
terima kasih. entry ni sangat membantu dalam proses pengahafalan al-Quran. insyaAllah. :)
menusuk kalbu. terima kasih kerana mengingatkan.
Post a Comment