19/01/2012

Interview

Assalamualaikum. Aku dah cite ke pasal intebiu hari tu? Belum?




Hurmm.. Takpe ke cite pasal intebiu? Kang merepek lebih lebih nanti terus melepas job tu acane? Hambik kau malu setempek muka ni!! Huahuahua


Ahh gasak lah! Dapat ke tidak tu semua dah ditetapkan Allah. Semua dah tertulis. Kalau dapat Alhamdulillah. Tak dapat pun alhamdulillah gak. Boleh merasa pengalaman intebiu. ekeke. Ehem takpe ke eja intebiu camni? Kang ada pakar bahasa mai kondem buat tulisan baru. Naye gue. Buat malu pemegang gelaran A1 bahasa melayu spm je. lol


So, hari selasa lepas aku ada masuk intebiu di Kuala Terengganu. Kalau nak tahu intebiu tu sebenarnya untuk orang yang hantar resume. Sepatutnya aku ni tak layak lah sebab resume pun tak hantar. Ofkos aku tak layak sebab resume pun tade. Buat resume sehari sebelum intebiu, tulis ikut main suka, sumbat ikut main sedap, pastu ko cakap tu resume? Alahai kesiannnnn. T_T


kg lak lok? fine. aku pun tak tahu ape makna dia. =.="

Hari temuduga, aku g sana. Konon aku ni walk-in intebiu lah. (hari tu baru tahu maksud walk-in interview kahkahkah loser gilaaaaaa kau izuddin). Ingatkan dua tiga ketul je join rupanya dalam 40 orang lebih nak intebiu. Potong stim sungguh, baru plan nak beromen dengan penemuduga (ciss tak stail langsung guna 'penemuduga' guna 'interviewer' baru gempak kikiki). Dan kesemua calon tanak kalah, memasing gaya ustaz, imam muda, AQ, blablabla banyak lagi lah! Aku? Macam biasa, takde gaya ustaz langsung! Kemeja+seluar slack(dah 3 tahun beli, baru 2 kali pakai HAHA)+kasut hitam. Kopiah takde, songkok pun turut sama men'takde'kan diri. Dah macam kerani lagaknye. hueh3


Dipendekkan, sampai pukul 11pg tapi 3.30ptg baru tiba giliran. Lama memang lama, siap boleh bertwitter lagi. Thanks kepada semua yang wish kila, que, dan AMOI(knp kena capslock? sebab ni membahan ^^). Mekasih bebanyak! ;)




Puas tunggu, akhirnya dipanggil masuk. Nasib baik 4 orang sekali masuk, takde la cuak sangat. Walhal tak cuak langsung pun. =P Disebabkan kitorang last, geng aku tu 3 orang je. Aku, izwan, pastu ada sorang lagi.


Masuk dalam, kenalkan diri, seterusnya kena baca quran. Sepatutnya kena soal pasal quran yakni tebuk(interviewer soal mana-mana ayat dalam quran, pastu interviewee kena sambung tanpa tengok quran) bapak susah kalau kena tebuk tu tapi alhamdulillah Allah bantu, jadi tayah tebuk cuma baca je. Happy? Ofkos weii! ^^


Lepas slot quran, kena soal pasal isu semasa. Nama je isu semasa padahal nak tanya pasal politik. Blerghhh! Awal-awal lagi aku dah gtau kurang minat berkaitan politik. Tahu apa jadi? Aku tanya balik interviewer tu! Dia tanya aku lepasan mana, aku jawab pastu aku tanya balik dia lepasan mana. Hahahaha. Menariknya, dia pun lepasan sama dengan aku woii! Cuma dia generasi awal. And guess what? Dia sebenarnya membe ustaz aku belajar dulu. >.<


Paling taleh blah, bila intebiu jadi macam kedai kopi. Haa.. Borak la kau segala bagai sampaikan highway baru pun jadi topik. gehee ~


Apa-apa pun, aku anggap tu semua pertolongan dari Allah. Dia dah permudahkan urusan temuduga tu. Terima kasih Allah. Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik. Kan dah bertambah yakin dengan kuasa Allah ni. Mudah-mudahan iman bertambah. InsyaAllah.


Oh ya, berhubung dengan kerja aku mintak tu, result belum tahu lagi. Dia cakap dalam 2 minggu baru tahu keputusan. Lepas tu boleh terus start kerja. Dapat ke tak wallahu a'lam. Ada rezeki adalah kerja tu. Kan? =DD


kemeja purple pun bolehh masuk intebiu. Anyonyonyo ~

Nak tahu kerja apa, tolong doakan kitorang dapat kerja tu. Baru boleh gtau. If tak dapat, memang harapan la uolls nak tahu kerja apa aku mintak! XD FYI, ni adalah intebiu pertama dalam hidup aku. Logik lah kalau aku eksaited semacam lam entri ni. hewhewhew Ok bye!


#OffTopic: Gambar kat entri terdahulu ialah gambar resume aku. Ustaz habis kan? pfft~


Thank you for reading this entry !

8 comments:

[k]o{q}i[n] said...

kire ok lagi interbiu ko ni.. aku mse interbiu keje gomen aritu, lg la.. sembang pasal kfc.. hampeh..

PutriesNoora said...

anyonyonyo...good luck eh..insyaAllah dapat...amin!=)

Dila azie said...

Insya Allah , kalau yakin , boleh dapat (:

C i k P i p i T e m b a m said...

hehehe.. hope dpt la.. insyaallah :D

Syafiq Ahadin said...

all is well kata 3 idiots....

reenapple said...

oh.. good luck ustaz.. =)

p/s-kita sama umur rupanya.. LOL..=)

Rozuan Ismail said...

join akademi alquran ke.hoho.InsyaAllah dapat keje tuh

shera haifa said...

gud luck..

pss ~ tahun 90 ke.. hehe

Related Posts with Thumbnails