28/11/2011

Wedding Of The Year

Tajuk saje nak gebang lebih. Sebab aku tak kahwin tahun ni, kira bagi can dekat orang lain lah title tu. Tunggu aku kahwin nanti, jangan harap ah orang lain nak merasa "wedding of the year". Pastu nak buat rekod kenduri bagi makan nasi lemak je. Tu pun takde telur. Takpun buat jamuan makan cendol dengan gula. Susu tarak. Minum air suam je cukup, jaga kesihatan elak obesiti. Nasi minyak? Hamboii! Kuajo nampak nak request-request bagai? Balik rumah buat sendiri lah woi!! Nescaya orang akan ingat wedding aku tu sepanjang zaman. Kan? KAHKAHKAH !



Err.. Atas ni iklan je kot. Pesanan penaja. =P



Assalamualaikum. Perhatian, entri ni mungkin berjela, banyak gambar, dan mungkin makan masa untuk dihabiskan. Kalau kau seorang yang kurang stamina, takde sixpacs, aku cadangkan kau terus batalkan niat tuk baca entri ni. Boleh? Hewhewhew



Eh baca lagi? Ehem.. Perasan taff lettew~ 



Ok dah. Kang tak siap entri aku ni. Semalam aku dan izwan telah ke majlis kesyukuran perkahwinan. Hek eleh!! Tu pun nak cite. Macamlah orang lain tak pernah pegi. Ok bang, sabar boleh? Saya belum abis cite lagi ni. Err okay teruskan..



Sebenarnya, kitorang takde kaitan langsung pun dengan majlis ni. Nak cakap keluarga, jauh bebenor. Kenal pun tidak, camane boleh jadi keluarga pulak kan? Nak kata kawan, eh hello.. Sejak bila gua bagi salam ukhuwwah abadan abada pada lu? Ada? Takde kan? Dah tu apa kaitannya?



Kan dah cakap tadi takde kaitan. Bahagian mana dalam perkataan "takde kaitan langsung" tu yang kau tak paham? Meh aku fahamkan lagi dengan khidmat siku ni. Tanak siku, lutut pun boleh. Ada pilihan baru syok. Ye dak? Hahaha.



Haish. Merepek lagi. Bila la nak siap entri aku ni.



Straight to the point, tuan punya majlis ni readers blog kembatolo. Dia jemput aku dekat fb lebih kurang dua bulan lalu. Pastu aku cakap lah nak kena ada kad jemputan baru official. Sebab aku ni bukan keluarga mahupun kenalan. Kang tetibe sampai sana semua buat muka blur cakap tak kenal, tak pasal-pasal kena beli simen buat tampal muka. Senang sikit orang nak panggil muka tembok. Takpun bila dah siap makan, tetiba pengantin hulur bil. Makan kenduri tapi ada bil apahal? Nampak sangat datang tak dijemput. wakaka



Aku main-main je mintak kad tu kau tahu? Tetiba pada suatu tengah hari yang hening(tayah nak hening sangat, tengah hari panas woi!) kad tu betul-betul sampai. Terus haru duk hafal tarikh dan hari majlis tu. Orang dah hantar kad, nak tanak memang kena pergi lah kan? Dah la memenuhi undangan jika diundang dah tertulis dalam hak seorang muslim ke atas muslim yang lain. [link]



hambik kau, sekali dengan nama bapak. ce cite camane aku nak elak dari pergi majlis ni? grr


Ehem. Aku dah malas nak taip. Jom kita masuk segmen CERITA BERPANDUKAN GAMBAR. Hoorayy!!



ni la pasangan pengantin. yang ajak aku tu sebelah kanan, KAKLONG. eh yang aku tetibe panggil kaklong jugak ni pehal? XD
tengah ukur tinggi. biaselah orang kacak, taff, dan sopan yang tinggi 180 lah menang ye dak? harharhar
budak kemba macam nak tunjuk samseng tu pehal? rumah orang tu woii!
ok lepas kena tegur terus muka senyum kan? nak pelempang ke kemba?
amboi2. buat macam rumah sendiri kau ye? tadi berdiri, sekarang duduk pulak? ingat ni rumah mentua kau eh?



Entri ni dah nak tamat. Sebelum tu, aku tunjuk gambar hantaran dulu. 



hantaran untuk pengantin lelaki
hantaran tuk pengantin perempuan



Dah tengok hantaran? Perghh!! Makan dalam betul tengok hantaran spesis gini. Takut hoi tengok hantaran canggih-canggih. Bila aku kahwin nanti, aku buat hantaran susu ngan gula je. Buat makan dengan cendol. Baru ngam dengan jamuan cendol tadi kan? Kahkahkah.



Terima kasih sebab jemput kitorang. SELAMAT PENGANTIN BARU buat KAKLONG. Eh kaklong lagi? Kbaii =.="



macam dah plan baju kitorang sama dengan tema majlis. AWW~



#Update : Husband kaklong pun kembar. okbai!



#Offtopic : Perasan tak dalam blog ni takde gambar awek pun? Jadi, tak dapat jugak nak lepaskan hajat taruk gambar awek kat entri ni. Maaf ye? kehkehkeh



Thank you for reading this entry !

18 comments:

Rozuan Ismail said...

dah duduk kat kerusi pengantin,kira memang x lama lg le tuh

aidabeelicious said...

Bismillah,akan datang ni kan? Amin :}

Anisa Hang Tuah said...

semoga berbahagia

Sunah Sakura said...

comey la gambar2 ni..gambar ok, bukan orang dalam gambar...

myMOONyet said...

ehem. perempuan pun nak kena ada 6pack gak ke kalau nak baca entry ni? heheh :P

myMOONyet said...

p/s: hang nak kawen nnt ajak aku jadi flower gurl hang tau? aku nak baling paku dekat karpet merah :P

laskar pelangi said...

dak kembar ni bila nak kawen plak? hehehehe...

Mra Mastura said...

hamboi laa hai gmbr last duduk mcm pelamin sendiri gtuuu. :D

kalau kawen, nak kad! ^^

Aishah Zin said...

xpe2.ambik berkat majlis orang lain dulu.jodoh kamu tgh ondaway lg tu.huuuu:)

Iffah Afeefah said...

Gembire wat umah org cm umah sendiri kan

kaka said...

muke sikit punye bahagia dpt duduk dekat pelamin..lepas ni giliran korang pulak lettewwwww..ngeh3 :p

Suraya Aris said...

bila si kembar ni nak kawen pulak? kalau kawen saing2 hari mesti gempak. meriah gila :D

auny aizie said...

korang kalau kawen tak ajak aku, tak hantar kat kat aku , jagalaaaaa .. *ugut ni*

dayah said...

cunla kak long' sporting..kekeke. korang pulak bila nk wedding kembartolo

Ana Farhana said...

yg sebelah pengantin bile pulak.. huhu

kiera'sakura said...

siap bersila ats pelamin org lagi tue... hamboi kau orang.. hahahaha

budak penjara said...

nampak kerendahan mu dari wanita itu..haha

Anonymous said...

short.haha ;p

Related Posts with Thumbnails