13/10/2011

Angan-angan Dan Doa

Assalamualaikum.



Alhamdulillah. Segala puji selayaknya bagi Allah, yang memiliki alam ini. Selawat serta salam buat nabi junjungan, Muhammad SAW.



Ehem. Dah dua hari rasanya aku tidak post sesuatu untuk tatapan sahabat pembaca melainkan sekeping gambar. Itu pun khas buat entri wordless. Jimat sikit tayah taip. Err.. Jimat hanyalah alasan. Sebenarnya tak tahu nak tulis apa! HAHA. Aku kira gambar tu salah satu dari koleksi gambar lama yang masih elok dalam jagaan lebih-lebih lagi tak banyak gambar lama yang ada dalam simpanan. Dulu tak suka amik gambar macam sekarang. Eh?



Boleh tak kita skip part merepek dan terus ke isi? Okay bagus.



Angan-angan. Satu gandaan yang menunjukkan bilangan banyak. Kenapa diganda? Sebab mana ada orang berangan sikit. Bila dah berangan, otomatik akan jadi banyak. Ke kau berangan sikit? Tak baik tipu kbaii. HAHAHA. Memandai je buat definisi sendiri. Nanti boleh terbitkan kamus dewan edisi-kau-hentam-mana-kau-rasa-betul-nak-ikut-silakan-tanak-ikut-sila-blah. Setakat ni ada sesiapa nak join? =P



Doa pulak satu harapan. Harapan yang diletakkan dalam suatu perancangan. Tak kira lah perancangan tentang apa sekalipun asalkan ia tentang benda yang akan datang, itu sudah dikira satu perancangan.



Akan tetapi, kau perasan tak sebenarnya angan-angan dan doa itu satu skop yang sama?



Angan-angan juga merangkumi apa yang kau nak. Tentang masa hadapan. Pasal perancangan. Setuju? Cuma, yang membezakan keduanya ialah sifat kebergantungan kau pada ALLAH, Tuhan yang membenarkan setiap kejadian berlaku. Dapat?



Bila kau berangan, kau hanya mewujudkan satu imaginasi berdasarkan keupayaan otak kau sendiri. Tiada langsung satu perasaan yang kau sandarkan pada Allah. Satu rasa "InsyaAllah Allah akan bagi apa yang aku angankan". Takde kan?



Jadi aku fikir, setiap apa yang kau angankan akan jadi satu doa bila kau sandarkan semuanya pada Allah. Ingat, Allah yang mengizinkan setiap kejadian. Tiada yang mustahil dengan izin Allah. Selalu positif padaNya, InsyaAllah, Allah takkan menghampakan kau. Sekian. =D




Thank you for reading this entry !

13 comments:

sEtuLusQasiHku^_^ said...

nice...

Acik said...

Allah sentiasa Mendengar! Pohon saja .. jgn jemu!

saperakue said...

thumb up

laskar pelangi said...

amin:)

erysweetie said...

kebergantungan pada Allah = tawakkal

Faiza 'azamta fatawakkal 'alallah

Ujang9897 said...

sejuk gua baca entri ni..=)

LittleGurl said...

Apa saja yg terdetik dalam hati kita, Allah s.w.t lebih mengetahui ;)

Berdoa beserta usaha, dan bertawakal supaya doa dimakbulkan.

Nice entry izudin rahim ;)

alexa yussida said...

setuju dgn ko..

Ana Farhana said...

nice:)

DanieL AdiE said...

Allah tidak pernah tido...

bdw, nice new header...

lavenderlover said...

like ur new header..ALLAH always with us..i always bare that in mind,,>_<

ffrhanism said...

Ni entry untuk aku ke? :p kehkehkeh

Razil Tahir said...

keep on berdoa!
that's the best!! XD

Related Posts with Thumbnails