13/09/2011

Ragam Anak Buah #1

Assalamualaikum.



Salam tengah panas buat semua buruh kasar yang sedang buat umah, turap tar, petani serta semua jenis manusia yang bekerja di bawah terik panas matahari. Yang duk dalam econ tayah la nak mengeluh bagai kalau econ tu slow sikit dari biasa. Ce try duduk bawah matahari tanpa ada pape yang meneduh. Baru kau tahu apa erti syukur. Ye dak? Hahaha.



Masuk entry dah membebel kau jah! Tenang boleh? hahaha.



Kau tahu tak ada anak buah ni best. Best sangat. Kau yang tak pernah merase ada anak buah, meh sini jemput datang umah aku. Cuba nikmati kehidupan orang yang dah memiliki lebih dari 10 orang anak buah ni. Tahap best dia tu sampai kau nak terajang sorang-sorang bila dorang ramai-ramai ajak bergurau dengan kau seorang. Mampus nak melayan.



Kalau datang bergurau geletek-geletek tu takpe ah. Aku boleh maintain cool. Tapi bila dorang start angkut puak ajak gurau main ketuk-ketuk dada masa kau tengah baring, tak ke naye? Dada bidang lagi sasa sekalipun reti sesak nafas jugak bila masing-masing sibuk main kau-ketuk-aku-tumbuk-kau-sepak-aku-terajang. hahaha. Seorang 3 kali ketuk. Kalau 10 orang berapa kali ketuk? Semput jugak nak tahan weii. hahaha



Paling tak menahan bila kau baru lepas mandi. Masa tu kau tengah bertuala menampakkan 6 pacs sambil berjalan sopan santun konon lalu depan mertua. Tanpa disangka-sangka, datang segerombolan anak buah kau sibuk duk mengekor kau dari belakang. Sebijik macam anak itik pulang petang dan kau secara otomatik akan jadi ibu itik. Pastu pastu.. Tang tarik tuala tu tayah cite sini la kan? lalalala~



Tapi yang paling seronok, kau dah tak pikir pasal tu semua bila dorang salam dengan kau cium tangan. Pastu cium pipi kiri kanan kau. Bila dorang hulur tangan mintak nak dukung sambil buat muka comel. Sanggup kau nak tolak? Aku lebih rela dukung 10 sekaligus dari tolak permintaan dorang. Senang cakap, kau akan gembira bila tengok dorang gembira. Serius!



Apa yang aku cuba sampaikan ialah, kau kena tahu satu benda tentang dorang. Bila anak buah kau suka bergurau dengan kau, maknanya dorang senang, dorang suka, dorang seronok dengan kau. Jadi tak perlu lah nak emosional marah-marah dorang bila datang nak bergurau. Nama lagi budak-budak. Okbai~



contoh muka comel yang dorang berjaya buat aku tak sampai hati nak tolak. hahaha.



*ni baru anak buah, belum anak sendiri lagi. harharhar
**gambar lain menyusul lepas ni. ;)

Thank you for reading this entry !

9 comments:

Wadi AR said...

apesal ank buah lu macam muke gua?

ina said...

comelnyeeee!

tp, lagi comel kalau dapat anak buah yang makan tak henti2.. hak3

superrbb comel!

Mama Kembar 3 said...

kalau dah comei camtu, mmg ler pak sedaranya cairrr je hehehe

buDAK keCIK said...

comel2. even ak xde anak buah lg sbb ak la plg sulung wei. haha

tp ak ade anak sepupu yg comel2. suka layan baby2 yg baru bljr nk jln ni. plg x tahan, ade sorang anak sepupu ak ni baby gurl. dia suka sgt tgk mulut org tyme dukung dia. ade skali tu ak dukung dia, skali dia cium mulut ak. nsb baik baby gurl. comel pulak tu. wakaka

Rozuan Ismail said...

anak buah aku baru 7 orang.nasib baik 6 pompuan.jadi x delah agresif sgt

DanieL AdiE said...

Aduhai..kalo anak sendiri, mmg sah-sah tak kan tolak..

Ar Met said...

comei...

hafidah said...

comeyy nyer lah..x saba tggu ank buah tuh membesar..bru setahun..lg 2,3 bulan mesti best..

[sutera kasih] said...

comelnya budak2 tu..geram2 hehe

Related Posts with Thumbnails