Assalamualaikum.
Ironi remaja zaman sekarang, masing-masing sibuk berkapel. Lepas kapel dua tiga bulan, rasa macam tak sehaluan, kembali pulak kepada status single. Paling annoying bila dalam keadaan yang masih 'dalam pantang' single, ingatkan nak amik iktibar dari pengalaman lepas, tapi sebaliknya. Sempat lagi ushar calon tuk dibuat kapel seterusnya. Cehh -.-"
Ehem.. Bukan benda tu aku nak kupas. Sebenarnya aku hairan dengan orang-orang (especially pompuan) yang baru clash ni. Hairan kenapa? Yelah.. Asal clash je, setiap benda pasal lelaki tu semua nak buang. Baik memori, kenangan, hadiah, semua sekali lah senang! Nak buang pesal? Sebab dia tu dah tak suka kau? Nahh..
Bagi aku tak rasional kot buat macam tu. Serius.
Aku pun pernah kapel la weii. Pernah ditinggalkan dan pernah meninggalkan. Tapi bila dah berpisah, tak bermakna kau kena lupakan semua pasal dia tu. Kau cuma berpisah dengan dia sebagai seorang kekasih, tapi title kawan masih lagi jadi pengikat. Then, if sebelum ni kau dah kenal family dia, kau dikira dah ada hubungan kekeluargaan dengan dia. Tahu? Takkanlah sebab korang dah tak jadi pasangan kekasih, hubungan kau dengan keluarga dia pun kau nak putuskan macam tu je? Siap nak lupa bagai. Tak rasa diri tu kejam ke?
Seriously aku cakap, walaupun kau bukan pasangan kekasih lagi, kau kena jaga silaturrahim kau dengan keluarga dia, adik-adik dia, mak bapak dia. Jangan nak main lupa macam tu je. Kalau dah niat berkawan kerana Allah, takde sebab untuk kau lupakan dia tu. Melainkan dia tu seorang yang kaki maksiat, na'uzubillah. Sekian.
"Tak salah untuk terus mengenang seseorang sebagai seorang insan yang pernah mengetuk pintu hati. Hanya sebagai kenangan. kan? =) " -izuddinrahim-
23 comments:
Padi tu awek hang bagi ke?
aku tetap kawan dgn ex.. kawan mcm tak penah ade pape pun dlu.. ekekeke
ni2..pernah ditinggalkan..danpernah meninggalkan..maknanya berapa kali mu kapel ni
amboi,macam dah berpengalamn byk kali je ni
like komen kat atas;
lol
btw; adinda [terasa mcm anak raja la plak] mencelah skdr nk bg pndgn. ni, penulis, pnh baca buku men froM mars..? --> kene tau sblm adinda mngulas sedikit sebanyak. well, buku ni mmg penulis ny kafir [setahu sy lah], tp point dia sgt applicable. even ust hasrizal pnh ulas psl buku ni lam blog dia. hehe. pnh ke baca?
=)
abah kawan lg ngan EX tapi ada batas lah kan...kang melayang pinggan ke arah abah..adehhh
Siapa Nak Pahala Percuma
Abah Hepi Mood
kak LM setuju...walau dah tak kapel lg jgn lak putuskan hubungan ngan mak dan keluarga dia kalu dulu kita baik, tak elok la camtu kan?
Tak perlu lupekan..
Amek pengajaran atas ape yg telah terjadi...
barang yg berharga jgn la buang lak..rugi je..he3. aku kalau clash mesti tukar no phone.stkt ni dah tukar 5x so maknanya dah 5x aku clash?huhu...sedihnye...
xdala smpai nk buang barang2 yg prnah dibagi..mcm bdk2 pulak hehe
tp kalo brg2 tu blh menganggu emosi, sebaiknya simpan d tmpt yg x blh kita nmpk lg, tak pun, kasi la kt adik2 ke hehe
tp kalo sy..kejam cket..mmg sy xkan berhubung lagi..demi kebaikan masing2 dan ada alasan tersendiri..tp kalo keluarga tu, still mcm biasa..
bende tu normal . tp even dia buang semua yg tangible , hati ngan fikiran yg ada kenangan bersama , still x boleh buang .
ada org ckp ; ex can't never be friends .
huhu jual cincin pemberian ex.
ohh kes kwn sy ye
haha.. aku baru terfikir nak buang semua kenangan dan hadiah2 drp ex aku tu.. ish.. kna pk balik ni.. nak buang or bagi balik.. heheh..
setuju...tapi kekadang agak sukar la kan dari berkasih untuk berkawan..tapi kite okey je
kapel tu ape?
minta izin copy boleh ?
terima kasih ^^
sy stuju
aik. kate x penah bercinta?
*sgt sokong part niat kerana Allah
:)
ok jek ngn family ex...tp ngn ex tu takde lah..
sbb depa dah kawen.
depa?
err
so true la! sebab tu bilik penuh dengan teddy bears hasil pemberian orang tu.ha tak pernah buang pun semua sbb dh anggap mcm beli sendiri dh semua,boleh? LOL
ye, setiap pertemuan juga adalah anugerah dari Yang Maha Esa...
ouch,,
ayt kaler mrh bwh skali tuh.
-sebok oh-
Post a Comment