11/09/2011

Kejutan Untuk Insan Tersayang #2

Assalamualaikum gojes girl and kacak boy sekalian.



Okay adik-adik. Tahu tak hari ni dah masuk 13 syawal? Tak tahu kan? Cool derr.. Tu benda biasa sebab aku sendiri pun baru tahu hari ni dah 13 syawal. Itu pun nasib baik tertengok tarikh bulan islam kat henfon, kalau tak nescaya aku akan terus anggap hari ni adalah 1 syawal. 1 syawal kejadah kau!! HAHAHA.



Berkaitan dengan 1 syawal jugak, aku ada satu cite yang belum aku paparkan dalam blog ni. Dah ready ke nak baca ni?



Orait! Sebelum ni kau dah baca pasal Kejutan Untuk Insan Tersayang kan? Sesape belum baca lagi sila klik dan mulakan pembacaan anda. Entry tersebut mengisahkan tentang sepasang kembar yang cuba memberikan kejutan kepada ummi mereka dengan menghadiahkan si ummi beberapa set perabot. Kejutan yang tidak lah seberapa tetapi sudah cukup untuk menggembirakan hati si ibu yang selama ini sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki perabot baru. Cewahh! Macam sinopsis la pulak kata ko!! =P



Sehubungan dengan itu, entry ni pula boleh dikatakan sekuel dari entry tersebut. Kalau dulu kejutan untuk si ibu, kali ini pula kejutan khas buat si bapa. Tak adil pulak kalau ada kejutan tuk ummi tapi tuk abah takde pape. Apa kau ingat kitorang ni berat sebelah? Sorry la nyah, we all sayang dua-dua. Haruslah ada kejutan tuk dua-dua. Nampak tak ciri-ciri seorang yang adil dalam diri kitorang? Ehem.. Boleh kawen ramai nih. KAHKAHKAH



Ikutilah kisah di bawah ;



ummi tengah pegang hadiah. fresh dari pembalut.



upacara pemakaian. ce teka tangan sape yang bersepah urat tu? lalala



Hasilnya.. Jeng jeng jenggg..



menahan air mata terharu mungkin? hehe >.<



Sekian. Begitulah sedikit sebanyak kejutan yang diberikan buat abah tersayang pada pagi satu syawal yang lepas. Sebak dia tu boleh tahan jugak la, sampai kembar yang kebal tu pun hampir tewas dengan airmata. Hampir ok, hampir. Belum tewas lagi. GAHAHA.






Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



"Apa guna sanggup habis wang beribu untuk awek andai ibu bapa tidak dihiraukan? Tumbuk dada tanya iman. Ingat, redha Allah bersama mereka."



*boleh tahan skema ayat aku dalam ni kan? harharhar
Thank you for reading this entry !

14 comments:

hafidah said...

bgos nyer ank umi n abah nie..lpas nie, bley bg adiah slalu la kn? haha..dpt henset gak ker? bgos2..

NFE. said...

abah ko mcm aku pakai jam tangan belah kanan.hehehe

soe hawani said...

untung umi & abah kamoo ^^

Anonymous said...

tuu henset nokia tu sape pnyerrrrr??? heee

DanieL AdiE said...

Betol2..redha Allah bersama IbuBapa..

Ainul Hayat said...

Terharu betul aku tgk pasangan kembar ni. Berbakti pada ibu bap ye dik.

Nana Idros said...

Bile nk pulankan enpon mahal saye tu? :p

Mek Onie said...

baguh ngguh la anok umi abah ni,hehe

Fuza Marquis said...

mak dapat hadiah apa pulak masa tu?

*just curios (:

Qaseh Dalia said...

alhamdulillah =)

abyahuys said...

waaa...... sweet nye.... saye yg bukan parents korang pon cm terharu je.... >.<

Honestly, nour. said...

feeewwit ;) eh tangan siapa tuh? kfine tak tahu -.-

[sutera kasih] said...

so sweet...bg kejutan utk parents :)


p/s: baru tau yg kamu ni kembar nakal kan?hehe

LittleGurl said...

kadang heran ngan sesetengah manusia ne kan, utk awek/ pakwe kemain lagi bagi hadiah itu ini, pegi makan kat situ sini, pegi jalan2 tiap minggu hammboooiii. Tapi dgn mak ayah nak bg hadiah, setahun skali tak tentu lg, nak bwk pegi jalan pon asik beralasan je, nak bawah pegi mkn tmpt best2 pom pejam mata je cakap tunggu bonus, tunggu bonus, padahal smpai kesudah takde jugak.

Hmmmm, mmg betol org kata, mak ayah boleh jga sepoloh org anak, tapi belom tentu sepoloh org anak leh jaga mak ayah sorang.

Xkesah ape keadaan mereka sekalipun, buatlah dorang gembira stiap hari. dorang xkan mintak mcm2, tapi tanggungjawab kite yg selalu kite pikul, akan menambahkan doa mereka utk kebahagiaan kite. takkan nak bg tudung selai and even kain sarung selai kat mak ayah pon dah berkira, ye dak?

Semoga kite tak terlalai mnjdi anak yg soleh & solehah.

Make them happy, then we will be happy too ;)

sobsobsob tetibe ase sebak plak kalu bab-bab mak ayah ni T_T

Related Posts with Thumbnails