15/08/2011

Cinta : Salah Sasaran

Assalamualaikum.


Dah lama aku tidak mencoret sesuatu tentang cinta di blog ni. Kalau dulu setiap minggu mesti ada entry jiwang hasil nukilan sendiri *muntah* tapi sekarang sudah jarang kan? hooyeah!! Walaupun hasil nukilan sendiri, serius aku rasa lawak bila baca balik. Kalau boleh aku nak tulis pastu tanak baca dah. Buat malu batang hidung sendiri je oi! Setakat malu ok lagi tapi ni siap menggeletek ketiak dah tahap kegelian entry tu. Tak rela tak rela. Ai tak rela nyah. HAHAHA.


Apa yang kau rasa bila bercinta? Rasa disayangi? Atau menyayangi? Ehem.



Tipu kalau aku cakap aku takde keinginan untuk bercinta. Kalau kau ada, aku pun ada. Aku pun manusia hoi! Sifat aku juga sama seperti kau, ingin menyayangi dan disayangi(lah sangat). Tapi kalau kau takde perasaan tersebut, aku rasa kau ni spesis tak normal ah. Spesis jatuh dari bulan mungkin. Sebab cinta ni salah satu sifat yang dah memang wujud dalam diri kau. Ala.. Sama macam malu, takut, lapar, bla.. bla.. bla.. tu semua lah. Paham?


Akan tetapi, pernah tak kau fikir bila kau bercinta, adakah sasaran cinta kau tu dah betul? Maksud aku, adakah si dia yang kau sebut sebut yang kau puja puja yang kau ucap ucap aku-cinta-kau-aku-sayang-kau-aku-tak-boleh-hidup-tanpa-kau tu merupakan orang yang betul? Mr/mrs right la senang cerita. Pernah?


Sebagai contoh, kau bercinta bagai nak rak dengan si fulan hujung simpang sebelah rumah tok ketua sana tu. Masing-masing dah mabuk bayang kepayang tempayan dah. Sehari tak cakap "i love u" tak lalu makan nasi. Kadang-kadang tak makan nasi pun takpe asalkan boleh dengar pasangan ucap "i love u". Euw~ Dipendekkan cerita, tahap cinta tu dah sampai kalian sanggup bergadai nyawa.


Cakelempung cakelempang bercinta sini bercinta sana,  last-last kisah cinta kau terputus di tengah jalan angkara orang ketiga. Ok putus tengah jalan bahaya, nak nak musim raya ni banyak kereta atas jalan. Mati eksiden nanti. Jadi kita tukar, cinta putus di tepi jalan. Orait? Kahkahkah.


Love Bug


Lepastu, bila dah putus secara automatik cinta kau tu dah salah tujuan. Kan? Kemudian, kau akan menyesal. Pastu pastu kau akan rasa rugi. Rugi kasih sayang, rugi cinta, rugi wang ringgit. Semua tu kena kira der. Sebab benda tu tak ternilai. Haihh~ Lagi bertambah menyesal kan? kuang3.


Bagi mengelakkan keadaan ni berlaku, aku ada beberapa tips. Nak tahu? Sila baca ;


1. Bercintalah dengan seseorang yang sudah pasti kita takkan tersalah. Seperti mak ayah, adik beradik, KEMBAR, ataupun anak buah. Cinta diri sendiri pun boleh. Ok?


Motherly love behind the lens....


2. Sebarkan cinta kepada golongan yang akan menyayangi kita. Contoh, makcik pakcik yang tak mungkin kita akan jatuh hati pada mereka. Tetapi tidak sebaliknya. Mana tahu dorang boleh berkenan kat kau pastu dijodohkan dengan anak dorang. Mana lah tahu kan? lalalala~

3. Tayah bercinta terus. Tunggu je sampai masa, hah! kahwinlah kau!! Tayah nak cinta-cinta bagai. BHAHAHA ! Kejam ke? Taklahh~


Ok, dah baca kan? Itu tips aku reka je. Nak yang betul-betul sila tanya dr love ok! Sini tade dr love, kembatolo ada ah! hehe Sekian ;)


"Aku tidak mencari cinta, aku menunggu cinta. Menunggu bilanya masa Allah izinkan aku bercinta."-izuddinrahim-

Loved
Thank you for reading this entry !

21 comments:

Elyana Ahmad ツ said...

aku pun nak tunggu jelah.haha

Nurul Iman Rosman said...

same lah, nak tunggu je lah.

malas nak cintan2 ni, nak kawen terus lagi best.

HAHA! :D

hana said...

nak tggu jugak la...
cinta lepas kahwin agi bes pe..
hheheh

Gadis Pantai Timur said...

entry jiwang....jodoh di tgn tuhan..x yah risau..

Hizami Rahim said...

tapi kalau pakcik/makcik tu TERjatuh cinta kat kita macam mana? tak ke naya?
hahaha.

cahyaa fizahh said...

cinta yg suci lahir dari hati yg ikhlas...ye dak??

namaakulynn said...

LIKE la entriii ni.hehe.selalu gak pikir mcm tu.bcinta bagai nak rak dgn org tu,tetiba,kawen dgn org lain.tak ke buang masa,buang duit segala.apapun,doa doa dan doa utk jodoh yg baik. ;)

Umie Artoqiemie said...

same2lah kita menunggu T__T

Jo Qusary said...

Akulah spesis yg jatuh dr bulan tu...

hiro said...

perghhhh! itu mampu gua katakan..keh2

sarah hanafiah said...

wah entry cinta yang buat orang rasa nak bercinta hehe .salam kenal :)

L said...

en3 d best!!!!

sy syg awak.?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/kasih-sayang.html

iNi IzwaH said...

haha. ore laki keno cari la.
ore jah keno tunggu. hahaha ;)

adrinaqamarina said...

sama jugak dengan aku, bila dah post entry, rasa macam taknak baca dah. malu! hahaha.


aku suka part tu, cinta lah dengan orang yang kita pasti takkan salah.


aku pun nak tunggu cinta selepas kawen jugak laaa.


skg ni, cinta diri sendiri, famili, kawan kawan, buku buku. erk -.-'

buDAK keCIK said...

tp ak dh ade cinta pd ibubapa, cinta pd adik2, cinta pd kwn2, cinta pd lecturers. plg pnting cinta pd Allah... cinta pd ehem2, erk xde lg kot. bhaha

tapi hati kita kan Allah yg pegang. bila dh sampai masa,cinta tu tetap sampai pd kita...

ak suka ngn quote izuddinrahim!! sokong kata2 beliau

Anonymous said...

asyik2 cinta =(
ada apa dengan cinta

sifu im said...

haii..

boleh kita bercinta dua??haha

Qaseh dalia adelia said...

hihi .. ntahlah bro , qaseh sedang bercinta walaupun pernah terluka .. pernah tutup hati api akhirnya terbuka ,andainya cinta sekarang ni putus di tengah jalan .. maybe qaseh dah tak mahu bercinta huhu

diana said...

emua orang perlu ada rasa cinta..;)

MSS said...

gua sokong nomo 2 bro...hahaha

Raden said...

abam..mak tanye bile nk masuk meminang anak die nieh? anak die da nak abes ngaji doh..keje pon kompem da dapat

Related Posts with Thumbnails