Assalamualaikum.
Pada suatu hari yang damai... Weyy! Tayah menggedik konon nak buat entry cerpen LAH SANGAT! Cepuk nak? arghh
Fine fine. *sentap*
Tanak
cakap banyak, terus ke isi ok? Ehem.. Seperti yang aku dah janji, aku
akan buat entry pasal percutian tu. Lantak kau la nak baca ke tidak.
Tanak baca pun takpe sebab takde isi penting dalam ni. Mamat hensem pun
takde. Cuma cerita pasal dua tiga ketul makhluk. Lebih tepat lagi
segerombolan TERUNA perasan kacak. Kenapa teruna di 'caps lock'?
Haruslah capslock sebab hampir kesemua belum berpunya. Jadi tunggu apa
lagi? sila pilih yang mana berkenan di hati sanubari. Sila klik pangkah di bucu kanan screen masing-masing jika tanak baca. Tak susah kan?
Eh? Tak klik lagi?
Kalau tak klik tu maknanya kau nak baca lah kan? Pelis jangan annoying dengan entry ni sebab kau sendiri dah rela. Deal? hahaha
Well,
percutian kali ni ialah untuk kali ke.. Err, aku sendiri dah lupa.
Bagi aku, mungkin ni percutian kali terakhir untuk aku ngan izwan di
negara ni. Sebab apa? Nanti aku story di entry lain. Entry lain lagi?
Nampak sangat saje nak pancing readers kan? Ohmai! Keji sungguh
perilaku kamu wahai penulis. wakaka #adeakukisah
Percutian
ni memakan masa selama 2 hari 1 malam. Kejap kan? Kejap atuk hang!
Hang tau dak sekarang ni musim panas? Jadi suhu dia tak kurang dari 35
celcius. Kau boleh bayang tak betapa 'sejuk'nya cuaca kat sana? Tu baru
cuaca, belum campur lagi dengan orang sekeliling. Sumpah hot lah aku
cakap. Eh tak cukup! Hot sangat dan sangat dan sangat lagi dan tambah
lagi hot satu lagi dan tambah dan terus tambah sampai kau tak larat nak
baca tahap hot sangat ni. hahaha. Harap kau faham maksud hot aku tu.
>.<
Tapi
kau jangan risau pasal aku. Aku masih boleh maintain cool walaupun
keadaan sekeliling dah hot kuasa kuda kali kambing kali zirafah kali
seladang milik nenek angkat jiran sebelah umah adik ipar isteri kau.
ngee
Nak
gambar? Kejap, aku tengah pilih ni. Banyak gila gambar sampai aku pun
keliru nak letak mana satu. yang sensor, yang sopan, semua ada. Kau
cakap je nak yang mana. Sebelum kau cakap, terlebih dahulu aku bagitahu
aku akan letak gambar yang sopan je. Ok boleh pilih sekarang. AHAHA
Day #1
eh eh baru bangun tido pun masih taff? fuiyoh2, kagum mak! haha |
Sampai
sana lebih kurang jam 8 pagi setelah hampir 7 jam perjalanan. Lepastu
rehat secukupnya hingga petang. Masuk jam 2, terus pergi bersantai kat
pantai. Nak sunbathing (lah konon).
main air paras paha je. |
posing kemain |
ni pulak memang bajet jadi model mangga |
Bila
dah puas main air, bersunbathing bagai sambil menggelapkan kulit yang
dah sedia gelap lagi kelam, kitorang pun lepak-lepak sambil cuci mata.
Masalahnya, bukan setakat mata je yang cuci bahkan hati pun turut sama
tercuci. harharhar. Ingat nak blah awal tapi tetiba rasa rugi kalau buat
macam tu sebab nak masuk tempat ni dah berbayar. So layan jela apa yang
ada depan mata. kehkehkeh.
nampak tak hasil main panas? memang gelap kan? pfft~ |
makan eskrem memang syok woo |
auw auw~ |
hambik kau! sekali pose tanak kalah! |
"hai saya fikri" |
"saya pulak zuhdi" |
Day #1 Night
Tentatif
program kitorang takde la strict sangat. Senang aku cakap, percutian
kali ni ala-ala santai gitu. Rilek je. Tayah nak bertungkus-lumus kejar
masa. Mungkin sebab kitorang ikut travel indon kot. Sebab tu ah jadi
rilek semacam. Jalan pun siap lenggang kangkung, lengkuas, kunyit, dan
bermacam jenis rempah ratus lagi. hahaha.
Pada
sebelah malam, kitorang dibawa ke pasar saqalah(if tak silap). Masa kat
sini lah aktiviti meng'ushar' paling kebabom. Memang betul-betul punya
ushar lah aku cakap. Dengan awek russia yang berdahi licin, flawless
lagi. PERGHH! Santapan mata betul! Tu belum masuk lagi bab hidung.
Masing-masing stok boleh luka woo kalau kena. Yang confirm luka of
course la hati beb! Hati mana tak luka tengok awek secun awek russia?
Menusuk kalbu, meruntun jiwa. Haihh~ kena puasa gamaknye aku ni. hehe
Tambahan, awek russia ni bukan sahaja cun malahan mereka juga termasuk dalam golongan kaum hawa yang hot. Berpeluh aku menengoknye. keh keh keh.
Tambahan, awek russia ni bukan sahaja cun malahan mereka juga termasuk dalam golongan kaum hawa yang hot. Berpeluh aku menengoknye. keh keh keh.
Sedikit
info, 80 peratus pelancong yang datang ke sini ialah dari russia. Jadi
tak pelik lah kebanyakkan signboard or label banyak yang ditulis dalam
bahasa russia daripada BI. Kredit untuk arab yang bagitau. Kalau dia
tipu, maka tipulah aku. got it? ;)
Setelah
hampir 3 jam meronda, perut pulak meronta mintak diisi. Memula plan nak
masuk mekdi tapi selepas proses pemantauan dan kunci kira-kira
dilakukan, terus tak jadi nak melantak dekat situ. Salah satu sebab tak
jadi sebab mahal sangat. Sebab kedua ialah bajet dah makin menipis.
Sekepala LE30. Kalau 10 orang dah LE300. Kitorang semua 15 orang. Kau
kira sendiri lah berapa modal perlu dikeluarkan. Terus kopak sponsor.
tehee
Tukar plan, sponsor ajak g kepsi. Lebih jimat sehingga menjilat dompet sendiri. =D
adakah teruna berbaju oren ni tukang sponsor? wallahu a'lam! HAHA |
masa mencekik dekat kepsi jumpa pulak spesis ni. masing-masing sibuk nak bergambar. nampak tak sape paling eksaited? siap pegang tangan lagi. haha |
Siap
makan, lepak kat luar kepsi sebab nak tunggu member yang bernafsu besar
yang masih tengah makan. Eh, apesal detail sangat aku cerita neh? Kau
baca tak? hahaha
geng bangsawan? mungkin. HAHA |
Setakat
ni dulu. Tapi entry ni belum habis lagi tau. Aku terpaksa stop sebab
dah panjang sangat. Kepada sesiapa yang dah baca sampai ke ayat ni,
tahniah dan terima kasih aku ucapkan. Kau memang readers sejati aku.
Kalau aku cakap aku sayang kau, agak-agak tu dikira gedik tak? hahaha.
Nanti aku buat sambungan dengan part #2. Ok? babai~
8 comments:
haha! mmg ko terbaek!
rasanya makhluk bernafsu makan besar tu yg kemba dua org tu kan? eceh xnak mengaku lettew!
SRONOKNYE!
memg syiok..haha tp muke sorg2 xleh blah toi=))
pic semua smart2 !
arghhhhhhhhhhhhh
bestnya !
untunglah belajar luar negara.
wah semua pic x leh blah la...mcm drama ptg2 jer bro..haha
Post a Comment