25/07/2011

Summer Trip : Hurghada

Assalamualaikum.


Pada suatu hari yang damai... Weyy! Tayah menggedik konon nak buat entry cerpen LAH SANGAT! Cepuk nak? arghh


Fine fine. *sentap*


Tanak cakap banyak, terus ke isi ok? Ehem.. Seperti yang aku dah janji, aku akan buat entry pasal percutian tu. Lantak kau la nak baca ke tidak. Tanak baca pun takpe sebab takde isi penting dalam ni. Mamat hensem pun takde. Cuma cerita pasal dua tiga ketul makhluk. Lebih tepat lagi segerombolan TERUNA perasan kacak. Kenapa teruna di 'caps lock'? Haruslah capslock sebab hampir kesemua belum berpunya. Jadi tunggu apa lagi? sila pilih yang mana berkenan di hati sanubari. Sila klik pangkah di bucu kanan screen masing-masing jika tanak baca. Tak susah kan?


Eh? Tak klik lagi? 


Kalau tak klik tu maknanya kau nak baca lah kan? Pelis jangan annoying dengan entry ni sebab kau sendiri dah rela. Deal? hahaha


Well, percutian kali ni ialah untuk kali ke.. Err, aku sendiri dah lupa. Bagi aku, mungkin ni percutian kali terakhir untuk aku ngan izwan di negara ni. Sebab apa? Nanti aku story di entry lain. Entry lain lagi? Nampak sangat saje nak pancing readers kan? Ohmai! Keji sungguh perilaku kamu wahai penulis. wakaka #adeakukisah


Percutian ni memakan masa selama 2 hari 1 malam. Kejap kan? Kejap atuk hang! Hang tau dak sekarang ni musim panas? Jadi suhu dia tak kurang dari 35 celcius. Kau boleh bayang tak betapa 'sejuk'nya cuaca kat sana? Tu baru cuaca, belum campur lagi dengan orang sekeliling. Sumpah hot lah aku cakap. Eh tak cukup! Hot sangat dan sangat dan sangat lagi dan tambah lagi hot satu lagi dan tambah dan terus tambah sampai kau tak larat nak baca tahap hot sangat ni. hahaha. Harap kau faham maksud hot aku tu. >.<


Tapi kau jangan risau pasal aku. Aku masih boleh maintain cool walaupun keadaan sekeliling dah hot kuasa kuda kali kambing kali zirafah kali seladang milik nenek angkat jiran sebelah umah adik ipar isteri kau. ngee


Nak gambar? Kejap, aku tengah pilih ni. Banyak gila gambar sampai aku pun keliru nak letak mana satu. yang sensor, yang sopan, semua ada. Kau cakap je nak yang mana. Sebelum kau cakap, terlebih dahulu aku bagitahu aku akan letak gambar yang sopan je. Ok boleh pilih sekarang. AHAHA


Day #1


DSC_0019
ni masa bas benti kejap untuk solat subuh. muka baru bangun tido kan?


DSC_0009
eh eh baru bangun tido pun masih taff? fuiyoh2, kagum mak! haha


Sampai sana lebih kurang jam 8 pagi setelah hampir 7 jam perjalanan. Lepastu rehat secukupnya hingga petang. Masuk jam 2, terus pergi bersantai kat pantai. Nak sunbathing (lah konon).


DSC_0134
main air paras paha je.


DSC_0141
posing kemain


DSC_0097
ni pulak memang bajet jadi model mangga


Bila dah puas main air, bersunbathing bagai sambil menggelapkan kulit yang dah sedia gelap lagi kelam, kitorang pun lepak-lepak sambil cuci mata. Masalahnya, bukan setakat mata je yang cuci bahkan hati pun turut sama tercuci. harharhar. Ingat nak blah awal tapi tetiba rasa rugi kalau buat macam tu sebab nak masuk tempat ni dah berbayar. So layan jela apa yang ada depan mata. kehkehkeh.


DSC_0263
nampak tak hasil main panas? memang gelap kan? pfft~


DSC_0249
makan eskrem memang syok woo


DSC_0313
auw auw~


DSC_0329
hambik kau! sekali pose tanak kalah!


DSC_0300
"hai saya fikri"


DSC_0299
"saya pulak zuhdi"


Day #1 Night


Tentatif program kitorang takde la strict sangat. Senang aku cakap, percutian kali ni ala-ala santai gitu. Rilek je. Tayah nak bertungkus-lumus kejar masa. Mungkin sebab kitorang ikut travel indon kot. Sebab tu ah jadi rilek semacam. Jalan pun siap lenggang kangkung, lengkuas, kunyit, dan bermacam jenis rempah ratus lagi. hahaha.


Pada sebelah malam, kitorang dibawa ke pasar saqalah(if tak silap). Masa kat sini lah aktiviti meng'ushar' paling kebabom. Memang betul-betul punya ushar lah aku cakap. Dengan awek russia yang berdahi licin, flawless lagi. PERGHH! Santapan mata betul! Tu belum masuk lagi bab hidung. Masing-masing stok boleh luka woo kalau kena. Yang confirm luka of course la hati beb! Hati mana tak luka tengok awek secun awek russia? Menusuk kalbu, meruntun jiwa. Haihh~ kena puasa gamaknye aku ni. hehe



Tambahan, awek russia ni bukan sahaja cun malahan mereka juga termasuk dalam golongan kaum hawa yang hot. Berpeluh aku menengoknye. keh keh keh. 


Sedikit info, 80 peratus pelancong yang datang ke sini ialah dari russia. Jadi tak pelik lah kebanyakkan signboard or label banyak yang ditulis dalam bahasa russia daripada BI. Kredit untuk arab yang bagitau. Kalau dia tipu, maka tipulah aku. got it? ;)


DSC_0379
naik bas before keluar shopping (lah sangat)


DSC_0384
pasar amende ntah. lupa nama. haha


Setelah hampir 3 jam meronda, perut pulak meronta mintak diisi. Memula plan nak masuk mekdi tapi selepas proses pemantauan dan kunci kira-kira dilakukan, terus tak jadi nak melantak dekat situ. Salah satu sebab tak jadi sebab mahal sangat. Sebab kedua ialah bajet dah makin menipis. Sekepala LE30. Kalau 10 orang dah LE300. Kitorang semua 15 orang. Kau kira sendiri lah berapa modal perlu dikeluarkan. Terus kopak sponsor. tehee


Tukar plan, sponsor ajak g kepsi. Lebih jimat sehingga menjilat dompet sendiri. =D


DSC_0402
adakah teruna berbaju oren ni tukang sponsor? wallahu a'lam! HAHA


DSC_0409
masa mencekik dekat kepsi jumpa pulak spesis ni. masing-masing sibuk nak bergambar. nampak tak sape paling eksaited? siap pegang tangan lagi. haha


DSC_0406
tatau motif apa. licin jugak wajah aku ni. cun jugak lah kepsi kat sini. kan?


Siap makan, lepak kat luar kepsi sebab nak tunggu member yang bernafsu besar yang masih tengah makan. Eh, apesal detail sangat aku cerita neh? Kau baca tak? hahaha


DSC_0444
geng bangsawan? mungkin. HAHA


DSC_0487
ni la makhluk bernafsu makan besar. makhluk #1


DSC_0488
ni makhluk #2


DSC_0481
yang ni bukan sebab asal usul kejadian dari besi iaitu robot. keh3 ai gurau oke!


Setakat ni dulu. Tapi entry ni belum habis lagi tau. Aku terpaksa stop sebab dah panjang sangat. Kepada sesiapa yang dah baca sampai ke ayat ni, tahniah dan terima kasih aku ucapkan. Kau memang readers sejati aku. Kalau aku cakap aku sayang kau, agak-agak tu dikira gedik tak? hahaha. Nanti aku buat sambungan dengan part #2. Ok? babai~
Thank you for reading this entry !

8 comments:

Unknown said...

haha! mmg ko terbaek!

sri said...

rasanya makhluk bernafsu makan besar tu yg kemba dua org tu kan? eceh xnak mengaku lettew!

DanieL AdiE said...

SRONOKNYE!

tuanseliper said...

memg syiok..haha tp muke sorg2 xleh blah toi=))

miss lolly a.k.a luvfareda said...

pic semua smart2 !

Auni Aizie. said...

arghhhhhhhhhhhhh

bestnya !

Pyka Rahmat said...

untunglah belajar luar negara.

Faizal Fredley said...

wah semua pic x leh blah la...mcm drama ptg2 jer bro..haha

Related Posts with Thumbnails