28/05/2011

Random Talk : Nestum.

Assalamualaikum.


Hari ni aku rasa bosan sangat. tak tahu kenapa. bila dah rasa macam ni serious aku kena buat something. yep, aku rasa nak menulis. walaupun aku tahu takde benda untuk aku ceritakan. aku tak tahu sejak bila menulis ni jadi hobi aku. mungkin sejak aku berkecimpung dalam arena blog ni. hehe.


Aku cerita pasal kisah kecik aku boleh?


Dulu, aku ingat lagi aku bukan dari keluarga yang senang. maksud aku bukan semewah sekarang. kalau sekarang aku boleh dapat apa yang aku nak, tapi dulu bukan macam tu. 


Aku ingat lagi zaman aku dalam 1-3 tahun. masih budak-budak ok, jadi tak perlu lah kau imaginekan aku kacak sangat sebab masa tu aku masih lagi comel. belum transform ke arah kacak lagi. gahaha. okay bukan itu aku nak story kat sini. masa tu keperluan bagi seorang budak ialah nestum. malangnya, keadaan kewangan keluarga aku tidaklah dalam keadaan yang mengizinkan untuk aku menikmati makanan yang bernama nestum tersebut. nestum pada masa tu aku agak mungkin mahal jika nak dibandingkan dengan pendapatan abah aku. itu aku rasa, yang betul-betul aku tak pasti sebab pada umur tu aku tak reti lagi nak becok macam sekarang ni. ha ha ha.


Jadi korang tahu tak alternatif apa yang umi aku buat untuk menggantikan nestum? aku pasti korang tak tahu! umi aku masak nasi n then dia penyetkan gula dengan nasi tadi. aku sendiri tak tahu apa nama komersil bagi makanan tersebut tapi aku dan izwan lebih suka panggil 'nasi gula penyet'. kelakar kan? haha. rasa dia pon enak tahu?(mungkin hanya enak bagi budak berumur 1-3 tahun -.-").


Ehem. itu salah satu memori budak-budak yang aku ingat sampai hari ni. masa sekolah rendah, aku sempat tengok lesung kayu yang umi aku guna untuk penyet gula dengan nasi tu. tapi sekarang aku rasa benda tu mungkin lupus dimakan zaman. hahaha tak payah analogi sangat izuddin, benda tu mungkin dah dibuang. aku cuba cari balik masa balik baru ni tapi tak jumpa. tinggi kot nilai sentimental lesung tu bagi aku. sob sob sob T_T.
 
 
Aku rasa budak-budak sekarang dah tak merasa makan makanan macam tu. sebab sekarang ni dah macam-macam makanan budak yang wujud. nak bagi contoh pun aku sendiri tak tahu contoh lain selain nestum. lagipun, aku tak amik kisah sangat pasal makanan budak-budak ni. tak berminat. dan mungkin minat aku akan berubah bila aku dah ada anak nanti. kehkehkeh. ok bai~


memang tuk baby kan?


Thank you for reading this entry !

12 comments:

masturah idrus said...

nyummmyyyy! suka makan nestum.

nasi gula penyet ye. dah ade anak nanti, nak bagi diorang try lah. hahah

emieysandra said...

nasi gula penyet xpnah dgr lak, klu nasi blend ng sayur & ikan bilis pnah tgk^^

nur aisya humaira said...

erk,sye makan nasi penyek ngan kicap...:)

Puteri Iqa Izyan said...

muahaha. nasik gula penyek.
unik nama tu.

tapi nestum ni pon aku tak suka makan time kecik.
mkn nasik je. tu yg besau je ni. haha

kembatolo™ said...

masturah idrus.
ahaha. kompem dye tanak makan. buat naye je. kehkeh

kembatolo™ said...

emieysandra.
oho.. tu mesti makanan budak kaya. gahaha

kembatolo™ said...

nur aisya.
nasi ngan kicap? cap kipas udang ke? hehe

kembatolo™ said...

iqa.
eh, ko besar ke? aku rase tak pon. kehkeh

Zuewairy said...

en kemba,

budak2 skg makan mash potato:)

Anis Adila Aris said...

tak kisah la, makan nestum ke nasi lenyek ke..
janji beso jugak macam sekrang nie..hehe

kembatolo™ said...

zuewairy.
mash potato macam kat kfc tu ke? hahaha.

kembatolo™ said...

anis adila.
besar ke? kalo tukar besar jadi taff oke tak? ghahahaha =D

Related Posts with Thumbnails