26/05/2011

penunggu cinta.

Cakap pasal cinta ni takkan ada penghujung. sungguh. bila kau tanya apa yang dimaksudkan dengan cinta, kau akan peroleh seribu satu jawapan. lain orang lain jawapan. ya, jawapan tentang cinta. makin kau fikir, makin semak dalam otak. tak caye? kau try la. hanya kamus dewan yang kekal dengan definisi cinta. itu pun tetap berubah bila edisinya diperbaharui.


Bagi aku, pendapat orang tentang cinta ni berdasarkan hidup mereka. mereka akan faham erti cinta mengikut kehendak mereka. dengan garis hidup mereka sendiri. dengan apa yang mereka lalui.


Sebagai contoh, orang yang tidak pernah putus cinta pasti akan mengatakan bahawa cinta mereka sepenuh hati. tapi tidak bagi mereka yang selalu kecundang dalam cinta. mereka hanya bercinta dengan sebahagian perasaan mereka. sebab? sudah pasti mereka tak mahu rasa yang pernah mereka alami itu berulang. seandainya ia masih berlaku, sekurang-kurangnya mereka masih mempunyai ruang untuk mengisi 'cinta baru' bukan? ehem.


Kisah cinta aku? HAHA. jujur aku cakap, aku pernah mencintai tapi tak pernah bercinta kerana setiap cinta memerlukan 2 perkara. satu, mencintai. dua, dicintai. baru lengkap cinta tu. ye dak? senangnya, aku ni takde pengalaman bercinta. kehkehkeh.




Arghh..! mahu sewel bila cakap pasal cinta ni. macam aku cakap tadi, makin kau fikir, makin semak otak kau. jalan terbaik, just let it be. cinta pasti hadir bila tiba masanya. tugas kau hanya perlu tunggu. tunggu, tunggu, dan tunggu. usah pertikaikan soal tempoh sebab menunggu tu jugak salah satu usaha. hahaha. setuju?


Aku? aku seorang penunggu cinta. ia akan berakhir pabila aku punyai seseorang(atau lebih) yang bernama isteri. hakikatnya, cinta hanya layak bagi yang halal untukmu. simple right? *senyum*


sekian.


"sekiranya cinta 'singgah' dalam hatimu, itu bukanlah cinta kerana cinta itu 'hadir' dan ia 'kekal' di tempatnya. =)"


entri ni wujud sebab benda ni. kehkehkeh.


Random.
#cinta monyet tak termasuk dalam ni.
#couple masa alam sekolah pun sama. kehkehkeh
#dah potong rambut. sekarang ni style mawi. haha
Thank you for reading this entry !

16 comments:

Anisa Hang Tuah said...

dah lame tak bercinta

hehehs

sri said...

ahhhh! LIKE!

ieqa said...

Baru nk merasa bibit-bibit cinta setelah sekian lama kecundang.

Cinta datang, tanpa diundang.
Panasnya membakar mentari.
Lalalalaa~

Sorry, termenyanyi plak. hehe

JIJI YU said...

mu tok ajim bercinto ko din..aku ragu2...

Cik NurulZaty said...

LIKE!

like jugak ayat bawah sekali ni


"sekiranya cinta 'singgah' dalam hatimu, itu bukanlah cinta kerana cinta itu 'hadir' dan ia 'kekal' di tempatnya. =)"

Anonymous said...

eh3..lgu nih....sedap2...lirik come moleps,,,,hehehe.......

k e y r i said...

betul3! erk, asal lak cinta mase sekolah xkire.. =.=

Anonymous said...

sdp quota : "sekiranya cinta 'singgah' dalam hatimu, itu bukanlah cinta kerana cinta itu 'hadir' dan ia kekal di tempatnya. =)"

aunyasyuhada said...

bercinta dgn org yang sayang kita lebih baik , daripada bercinta dgn org yg kita sayang :)

so, tggu je lah jodaoh dtg .
cam aku ni ha. HAHAHAA

kan JODOH TU DI TANGAN TUHANN :)

Pyka Rahmat said...

malam ini brotha izuddin kita puitis romantis gitu. hahah

masturah idrus said...

betul.. aku bercinta sekarang ni pun tak sepenuh hati. aku nak tunggu waktu aku sah jadi bini dia nanti. :)

hanim Nabilah said...

sabarlah menanti,ada hikmah masih tak bertemu lagi mungkin kita belum bersedia dgn dugaan 'cinta'..Allah knows da best!

cinta itu pasti hadir bagi mereka yg siap menerimanya=)

mia said...

lelaki yg baik untuk wanita yang baik (^^,)

Ainul Hayat said...

Aku? aku seorang penunggu cinta. ia akan berakhir pabila aku punyai seseorang(atau lebih) yang bernama isteri. hakikatnya, cinta hanya layak bagi yang halal untukmu. simple right? *senyum*

dalam bracket tu apekah maksudnye? HAHA

Solihin Zubir said...

weyh! pomot diri sindri ke? haha..

nur_syu said...

"sesuatu yang datang bukan pada masanya adalah ujian"
Datangnya ujian hati itu pada waktu yang bukan waktunya itulah yang dinamakan ujian,maka kuatkanlah hati,tingkatkan mujahadah,mengadulah padaNya,bertahanlah dengan ujian ini..Sampai waktunya,maka jemputlah ujian itu lagi,tapi pada ketika itu,pada saat itu,bukan dihadapi sebagai ujian,tetapi sebagai sebuah wasilah untuk mendapatkan keredhaan dari Ilahi..

http://qalamsyuhada-musafircintailahi.blogspot.com/2011/09/monolog-seorang-hamba.html

Related Posts with Thumbnails