05/04/2011

entah apa-apa

assalamualaikum dan selamat malam. tuk korang jela. aku sini belom malam lagi, masih petang dengan cuaca sejuk hasil hujan malam semalam. seriusly, aku rase nak post something dekat sini tapi aku tak tahu apa yang patut aku tulis. paham tak? ibaratnya macam ni, korang rase lapar tapi korang tak tahu nak makan apa. bukak peti takde pape. selak saji takde pape jugak. last2 korang makan angin je depan kipas. erk ! boleh ke macam tu? hahaha.


Memandangkan aku takde topik khas tuk entri ni, apa kata kalau aku cite pasal perkenalan aku dengan kembar aku. HAH?! apekah? kitorang pon ade detik perkenalan jugak?! HAHAHA. apa gila aku nak tulis pasal tu? kenal masa dalam perut lagi masakan aku dah reti bercakap nak berkenalan2 bagai ! fine ! tukar cite.


Aku ngan izwan beza 8 minit. (eh apsal cite sama je? Lalala~) okay teruskan.. aku tak tahu samada 8 minit tu je, atau whoaa ! yang pasti, umi aku dapat kumpul tenaga tuk teran lagi sorang dalam masa hanya 8 minit ! bagi aku whoaa la sebab main bola pon tak cukup kalo rehat hanya 8 minit. Paling cikai pun 15 minit. Ye dak? keh keh keh.


Buat pengetahuan korang, kitorang sebenarnya lahir tak cukup bulan. 7 bulan kalo tak silap. disebabkan itu, aku dan izwan terpaksa tinggal di dalam bekas kaca(aku lupa nama saintifik benda tu. Incubator eh? Lantak ah!) yang dilengkapi dengan lampu biru serta persekitaran yang sejuk iaitu aircond. nampak tak apa yang aku cuba terangkan? okay, meh aku jelaskan dengan terperinci. maksud aku, kecik2 lagi kitorang dah merase aircond. jadi tak payah lah nak X sangat kalau bilik korang tu ada aircond ! kahkahkah. Kejap, aircond boleh jadi sebab muka kacak tak? Hahaha okay tak lawak -_-"


Lepas tu? hurm.. sambung lain kali jelah. rasa macam dah dapat puaskan nafsu nak tulis something tadi. tulis banyak2 pon tak best jugak. lagipun, entri ni dah jadi macam sejarah kelahiran kembatolo pulak. harharhar. mintak ampun mintak maaf, assalamualaikum. ok bai !


*insyaAllah ada part 2. tak janji eh? ekeke.


DSC_0781
ni rupa budak(lah sangat) tak cukup bulan. kah kah kah !



















Thank you for reading this entry !

12 comments:

mahirahnazlim said...

lorhh smbg la lagi HAHA ;) ye la tuh incubator haha

angahIera said...

xpuas baca..buat part 2 plak :D

mizsainna said...

assalamualaikum..
aircond dpt jd sbb muka kck ea?err..skit perut sayo suko..than je lahh..tp smbung part 2 cpt2 dehh..haha xD

JIJI YU said...

patot mu tok cukup tinggi pon

Naqib Mohamad said...

semua yang ada aircond dalam bilik tak jadi nak show off. kehkeh

❤‌ princess nabilah ❤‌ said...

hmm cite lagi..hehe nak tau gak..
ada entry bru meh bce...mesti geli geleman...tgk video nie...

Ya Allah apa dah jadi nie?? kenapa ramai wanita cantik2 nie??? tetapi kenapa suara mereka macam pelik aje??? nak tahu jom baca kisah selanjutnya... http://bella0107.blogspot.com/2011/04/mengubah-ciptaan-allah-ya-allah.html

Ummu~Ishak said...

patut la 'comel', baby prem rupenye

hehe!

Bella Ayub said...

hahak.. macam nak stuju dengan jiji yu.. boleh ker?? :P

Faizal Fredley said...

la lahir x cukup bulan rupanya..patutu la..hahahah...just kidding bro...

diana said...

sedara mara ada tak yang kembar lain jantina??

Anonymous said...

comel...

Ika said...

seriously, dalam incubator tu panas gile sbnrnye..tak sejuk pun..kalau merasa sejuk pun,sbb incubator tu bocor.. =)

Related Posts with Thumbnails