06/11/2010

home sweet home.

Alhamdulillah. Sekarang aku dah selamat mendarat di atas katil sendiri setelah berhempas pulas kat dalam bas selama lebih 8 jam. Huh ! Punye la seksa nak tido, mengiring ke kanan salah, ke kiri tak betol. Menduga jiwa dan perasaan sungguh kalo nak tido tapi tak dapat posisi selesa kan? Hahaha.

Aku sampai lebih kurang jam 5.30 pagi. Gerak tu korang kira r sendiri kalau perjalanan dah 8 jam. Heran jugak aku sampai amik masa 8 jam. Mengalahkan dari key el. Padahal dari Bandar Jengka je pon. Ke memang 8 jam eh? kehkehkeh. Oo.. Mungkin sebab hujan kot, bas taley nak pecut laju laju. Selamat~ 

Dan korang tahu tak pilihan tak bijak aku buat selepas aku memutuskan untuk tido dulu? Sepatutnye, semayang la subuh dlu kan? Nasib baek terjaga balik jam 6.30. Kalau tidak, melayang free je subuh aku tadi. Hehe

Dalam pada itu, sesampai je kat umah, terkejut jugak tengok bilik. Aiyo~ Tetbe terpaksa buat andaian sendiri bahawa mungkin kucing beranak dalam bilik ni walaupun kat umah ni takde kucing. [=_="] Cane la tak serabut bilik bila tuan bilik merayau rayau buat lawatan tak rasmi ke kuantan-batu pahat-kolumpo-jerantut hampir 2 minggu kan? Grr~

Okay ! Kena mulakan langkah pertama dulu. Kalau tak, bilik ni takkan bersih dengan sendiri. 1, 2, 3.. Tarik selimuutt !!!~

Bye~


Thank you for reading this entry !

16 comments:

Keyrill Eduardo Willeyhem said...

amboi....ksian! hehehe...dok sorang ke? mana family?

Nurul Syakira Zainal said...

ok awak cumel , saye tak bule nafi ! saye ta taw nape ckp cmni *the true compliment ! heeee :)

Mama Kembar Tiga said...

hmmm tarik selimut pastu kemas bilik dalam mimpi yer? hehehe

izuddinrahim said...

keyril.
eh ! bukan sorang la, ngan kembar jek.. haha

izuddinrahim said...

kieroro.
erks~
nak reply ape ni eh? haha
=P

izuddinrahim said...

mama kembar.
eh ! takla..
kne amik tenaga dlu.. bru bole kemas.. hakhak..

syarifah radiah ibrahim said...

kemas kemas cepat!
haha

izuddinrahim said...

syarifah.
erks~
macam malas pulak.. hahaha

Farah said...

Sakan jalan .

ceksumolek's said...

laaa.. ingat nk kemas.. di tarik selimut rupanya...

izuddinrahim said...

farah.
bese la. da tak lama nak kena fly da.. hoho XD

izuddinrahim said...

aisumi.
tdo untuk dapatkan tenaga.. hikhik

Anonymous said...

subuh 6.30 kire oke standard laa..hehe..

-eyerin-

izuddinrahim said...

eyerin.
oho ! bese semayang pukul 6.30 eh? haha

Anonymous said...

bila uols nak balik egypt??

izuddinrahim said...

anonymous.
Selasa, 23/11/2010, 12.30 a.m, KLIA.
=)

Related Posts with Thumbnails