11/10/2010

malam hari



Ohoi makcik-makcik sekalian !! Assalamualaikum !! *gila sopan nyah ko tegur macam tu* Meh sini saya nak bagitahu sikit. Sila pergi check anak2 dara macik sekarang jugak ! Pastikan dorang tido dengan setidur-tidurnya. Saya bukan ape makcik, sekarang ni banyak betol masalah anak2 dara bangon lewat. Berbeza dengan zaman makcik kan? Sebabnya? tido lewat la tu. Bukan dorang buat keje pon. Memasing buat2 alasan je. Padahal sibuk layan internet. Chatting, facebook,  dan lain-lain. Tak tahukah dorang bahawa tidur terlalu lewat dan bangun lambat tidak elok untuk kesihatan? Dan akan memberikan kesan buruk selepas kahwin. =_='

Hahaha. Jangan melenting ye anak dara semua. Tadi cuma gurauan siriyes dari aku. Tade niat laen melainkan untuk kebaikan korang. Wee~

Malam ni tiba-tiba rasa macam nak menaip banyak banyak. Nak kata idea melimpah, tak penuh pon kepala hotak nie, tapi bila da nafsu memuncak, terpaksa jugak menaip walaupon tak tahu ape yang nak dibebelkan.

Hurm. Entri ni aku agak akan jadi sedikit skema. Perasan? Tulisan aku semuanya dalam bahasa melayu, eh bukan melayu, bahasa malaysia. kan? Lepas tu, huruf pertama selepas noktah akan berhuruf besar. Perasan tak? Wahaha~ bangga di situ..

Jadi semalam aku cerita pasal match futsal. Dan berikut pula adalah kesan-kesan perlawanan terbabit ;

1. Lutut aku melecet macam kena ekzos moto jek. Merah, berair, lagi menyakitkan. Cukup untuk buat aku mengaduh kesakitan tiap kali bersentuhan dengan seluar mahupun kain. Ngilu~

2. Kesakitan tadi juga membuatkan aku tak selesa apabila hendak menunaikan kewajipan pada Allah. Nak sujud punya la susah melampau-lampau. Dengan spontan terus rasa macam OKU. [T_T]

3. Badan masih lagi letih akibat penggunaan tenaga yang maksima pada perlawanan terbabit. Tidur lebih jam sampaikan baby pon turut jeles kerana beliau pon setakat 8 jam sahaja. aku? 10 jam mungkin. Hahaha


Okaylah sekalian alam, diri ini perlu masuk beradu dahulu. Rehat mesti cukup untuk menghasilkan tenaga yang berkualiti untuk esok hari. Babai~






*aku taw entri ni boring, so maapkanlah diri ini. wakaka~
Thank you for reading this entry !

12 comments:

saperakue said...

bangga kejap mana2 cikgu bm yg singgah velog nieh...

ades x terer rupenya maen futsal

izuddinrahim said...

saperakue.
ade ke cikgu bm? mana mana? haha..

apsal tak terer pulak? aiyaa~

sakinah zaini said...

dahsyat btul main futsal smpai cedera mcm 2 ekh..x pe..laki mesti boleh thn..ckit je cedera 2..ha2..

izuddinrahim said...

sakinah.
boley tahan ke tak, memang terpaksa tahan jugak.. hahaha

sakinah zaini said...

sabo je la ye..sakit kn ujian Allah nk uji thp keimanan kita..
jadik,teruskn bersabar ye..nk baik cpt x?kalo nk,suruh encik kembar bubuh garam dkt luka 2..ha2..

Anonymous said...

lah..budak2... Camni r..haha

izuddinrahim said...

sakinah.
kalo nak bubuh garam, bek potong terus.. haha

izuddinrahim said...

syuq.
eh ! da 20 yep.. bukan budak2 ag.. haha

sakinah zaini said...

potong la kalo berani..berani ke?kn org dulu2 kata,yg sakit 2 la ubatnya..so,letak garam kn sakit..2 la ubatnya..ha2..

saperakue said...

nati akoo panggil satu team cikgu bm.. pastu boleh la skali dia gubal soklan spm melalu blog ko... wahaha...

tetiba akoo nak sokong part letak garam tuh.. mujarab brader=_=

izuddinrahim said...

sakinah.
okeyh... tenkiu.. nanti luka da oke baru nk try.. haha

izuddinrahim said...

saperakue.
wahaha.. baek punye perli.. fine! tak terase.. hoho..

garam? kne mintak ngan umi aku dlu.. hakhak

Related Posts with Thumbnails