10/04/2010

wahai kaum hawa..bacalah!~

Assalamualaikum kepada hadirin dan hadirat sekalian,.
Dengan ini, aku menge'post'kan satu entri yang ditunggu2 oleh kamu semua..
Jika kamu sejenis makhluk yang diciptakan dengan berjantinakan perempuan, maka hendaklah kamu bersyukur dengan sebenar-benar kesyukuran.. Janganlah kamu termasuk dalam kalangan mereka yang kufur setelah diberikan nikmat oleh Tuhanmu..
*baca dengan gaya dan nada seorang khatib oke!*


Oitt2!! rilek r dulu.. Taw r xsabar nak baca, calm down..!*speaking sikit2*haha..

Dengar dulu kalam aku yang merapu lagi auta nih.. Sebenarnya, post ni aku amik kat notes fb aku.. Lame da dye mendirikan rumah tangga kat situ cuma baru sekarang aku g jenguk.. Nasib baek tak beranak pinak ag, katanya guna pil perancang..haha.. Sewel~ Kira aku repost balik r ni..*omputis pulak daa..!*hak3..

Kaum feminis (Pejuang hak wanita) kata susah jadi wanita, lihat peraturan di bawah:

• Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) berbanding lelaki.
• Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
• Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
• Wanita menerima warisan kurang daripada lelaki.
• Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
• Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
• Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
• Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki,
dan banyak lagi yang tak dapat aku coretkan.. Sebab aku kan laki, tak alert sangat..*tuu dia..!BI lagi..!!*

Itu sebabnya mereka tidak henti-henti berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN
WANITA".

Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya) ?

* Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta
disimpan di tempat yang paling selamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata
tidak akan dibiarkan berselerak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang
wanita..
ada korang simpan emas dalam balang biskut?tade kan?haha

* Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib
taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapaknya?
haa..!hambik engko! ada pape komen?!

* Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi
tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan
kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, ia
perlu dan wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.
boley jadi kedekot la kirenye kan?

* Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk,
malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia
mati karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya..
tanak syahid ke pompuan?haha..

* Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an
terhadap 4 wanita, iaitu : Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan
saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggung jawab
terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya,
anak lelakinya dan saudara lelakinya..
Mak aih..!besh r cenggini!!~

* Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu;
-sembahyang 5 waktu,
-puasa di bulan Ramadhan,
-taat kepada suaminya, dan
-menjaga kehormatannya.

* Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi
wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada
ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang
pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata..
*jeles aku!*

Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita,
Ingat firman Nya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala
upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada peraturan buatan mereka.
Yakinlah, bahwa sebagai dzat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita,
maka sudah pasti Ia yang Maha Memahami manusia, sehingga segala
hukumnya / peraturannya, adalah YANG TERBAIK bagi manusia jika dibandingkan
dengan segala peraturan/hukum buatan manusia.

"Jagalah isterimu kerana dialah perhiasan, pakaian dan ladangmu,
sebagaimana Rasulullah pernah mengajarkan agar kita (kaum lelaki)
berbuat baik terhadap isterimu."

Sabda Rasulullah : Apabila kita memiliki dua atau lebih anak
perempuan serta mampu menjaga dan mendidik mereka menjadi muslimah
yang baik, maka syurga adalah jaminannya. (berbeza kaedah bg lelaki).

Berbahagialah wahai para muslimah.
Jangan risau tentang apa yg berlaku di dunia ini.
Tunaikan dan tegakkanlah kewajiban agamamu,
nescaya syurga menantimu...
Seredup pandanganmu.. Selembut belaianmu.. Seikhlas kasihmu.. muslimah~

"Tercipta engkau dari rusuk lelaki, Bukan dari kaki untuk dialasi, Bukan dari kepala untuk dijunjung, Tapi dekat dibahu untuk dilindung, Dekat jua di hati untuk dikasihi"

p/s-korang jangan nk terbang tinggi2 lak kalo da baca post nih..ikat kaki 2 ngan tali dulu..senang sikit nak tangkap balik kalo da melayang..hahaha
Assalamualaikum..babai~
Thank you for reading this entry !

17 comments:

Miszcahye said...

setiap yang Allah jadikan itu pasti ada hikmah tersendiri... =)

hiDayAh said...

saya suka post ini. time kasih. izinkan saya copy post anda ke blog saya (pada ms anda bc komen ini, mungkn post anda telah selamat berada di page saya. time kasih,

Anonymous said...

assalamualaikum...
syukur alhamdulillah...terima kaseh..bnyk info yg anda kongsikan disini tuk kaum muslimah...
sy juga mintak izin drpda pak din mau tiru n tampal nnti d blog sy....
heee~~

ms ikah said...

advance kemba ni loni dih? hahaha..
final esok lusa..
balik2! xyah salahkn pook sdara tawar blk lmbt2 dah..:P

izuddinrahim said...

--> miscahye
betol3..setuju sangat sangat dan sangat lagi..
kena belanja mcD sebab da setuju kan?haha..

--> hidayah
silakan..kalo nak copy satu blog pun takpe..tak kesah..ilmu kena kongsi..ye tak?tapi kalo boley,nak gak royalti..air suam pun cukup..haha

--> anonymous
siapakah anda?boley bagi link blog anda..?nak jalan2 hauskan tapak kasut kat sana..lagi satu,namaku sudah jadi pak din ke?haha

--> ms ikah
maafin gue bu..gue nggak ngerti apain advance itu..haha..final?jangan sebut di sini ye..ketakutan menyelubungi..haha..memey ore nop balik awal pun..huu~

bahiah//nur_ikhwanclub said...

nice

dhiaa said...

itulah kelebihan pempoan brbanding laki2..bak kata mizcahaya,setiap apa yg trjadi pasti ade hikamahnyew..(^_~)

Puan Nurussalwa said...

nice one encik..
time kasyeh kongsi2 info cenggini..
:)

izuddinrahim said...

bahiah.
tengs~

izuddinrahim said...

dhiaa.
taw tape..pompuan jangan rasa rendah diri sangat..setiap yang diciptakan Allah ada kelebihan masing2..hehe

izuddinrahim said...

salwa.
sama-sama berkasih..haha

Anonymous said...

ish.. touching.. even dah baca banyak kali.. kene ambik tampal dekat dinding nih.. buat pedoman..this is what we call write to express, not to impress..

*kata2 yang ringkas tp ade keikhlasan di dalamnya, hati mana tak tersentuh? - thanks

izuddinrahim said...

anonymous.
tampal la kalo perlu.haha

Anonymous said...

aih rase dah komen tatsat..
kena delete kot

izuddinrahim said...

syuq.
ye ke?
tak penah delete ag komen..haha

senyum cinta said...

suke post ni..menrik

salam

Dr.amirahsaihah said...

salam c kembar...

post yg sgt menarik...

nk mntak izin copy jgok dess...nk tepek d blog sy....

tq=)

Related Posts with Thumbnails