Dalam sebuah kampung, tinggal seorang tua bersama isterinya. Beliau amat dihormati oleh penduduk kampung lantaran sifatnya yang ramah dan mesra serta tegas dalam didikannya. Pekerjaan beliau hanya sebagai seorang pekebun yang mengusahakan kebun buah-buahan dan sebagai imam di sebuah surau lama yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Pada suatu hari, setelah ditakdirkan oleh Yang Maha Kuasa, beliau diberitakan telah mendapat sepasang cucu kembar lelaki hasil daripada perkahwinan anak keduanya. Girangnya tidak terkira apabila mengetahui berita tersebut. Terbayang di fikiran bahawa cucunya itu pasti akan menceriakan kehidupan sehariannya memandangkan rumah mereka hanya terpisah beberapa meter.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun pun turut berganti tahun. Kembar yang dulunya hanya seberat sekilo gula telah membesar seiring dengan umurnya yang berusia 5 tahun. Keakraban pasangan kembar dengan orang tua itu begitu terserlah hinggakan hampir setiap pagi, kembar itu akan ke rumah datuknya. Bersarapan bersama walaupun sekadar biskut dan teh yang menjadi hidangan. Setiap pertemuan mereka pasti dihiasi dengan gelak tawa dan gurau senda. Pada sebelah petang, beliau menjadikan rutin dengan membawa cucunya bersiar-siar mengelilingi kampung sambil menikmati angin petang dengan motorsikal uzur miliknya. Tidak cukup dengan itu, turut dibawanya kembar tersebut ke kebun tiap kali tibanya musim buah. Di waktu terluang pula, beliau mengajar cucunya membaca alquran, bermula dari huruf alif hinggalah si kembar petah membacakan ayat-ayat suci kalam Allah.
Pada suatu pagi, orang tua tersebut mengajak cucunya untuk ke kebun. Kali ini bukan dengan alasan mengutip buah, tetapi untuk memikat burung. Setelah mendengar pelawaan dari datuknya, sepantas kilat dua beradik kembar itu memanjat motorsikal. Berebut-rebut untuk mendapatkan tempat duduk di hadapan. Tak sabar mungkin. Tersenyum sendirian beliau melihat gelagat cucu kembarnya itu.
Setibanya di kebun, mereka meluru ke arah pohon rambutan. Apabila segala kelengkapan disediakan, mereka memulakan operasi memikat burung. Akan tetapi, telatah dua beradik yang tidak reti diam menyebabkan mereka tidak dapat memikat walau seekor burung pun.
Oleh kerana operasi memikat burung tidak membuahkan hasil, mereka mengubah aktiviti mereka dari memikat burung ke mandi sungai. Bersuka rialah mereka di situ. Tiba suatu saat, si abang pun meminta kebenaran datuknya untuk mandi di suatu kawasan yang agak dalam.
"Che', kalo abang nak mandi kat situ boleh tak?",tanya si abang kepada datuknya sambil menuding jari ke suatu arah.
Dengan spontan si datuk menjawab,"kat situ dalam, mana boleh mandi".
Si abang dengan angkuhnya menjawab,"takpe, abang pandai berenang".
Belum sempat ayat itu dinoktahkan, si abang pun berjalan menuju ke arah kawasan sungai yang dalam itu. Malang tidak berbau, tidak sampai seminit, si abang tiba-tiba menjerit memanggil datuknya,"che'!!".
Terkejut dengan jeritan tersebut, orang tua itu terus terjun ke dalam sungai, meluru untuk menyelamatkan cucunya yang sudah lemas. Alhamdulillah, belum ajal si abang, dia dapat diselamatkan. Terbatuk-batuk si abang sejurus selepas diselamatkan. Dengan muka yang masih pucat dan ketakutan, si abang dimarahi pula oleh datuknya, manakala si adik pula terkekeh-kekeh mentertawakannya. Padan muka, degil sangat!~
***
Beberapa tahun selepas itu, tatkala umur mencecah 18 tahun, kembar tersebut mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke mesir selepas menamatkan pengajian di salah sebuah sekolah tahfiz. Khabar itu disampaikan kepada datuknya, iaitu orang tua tersebut. Alangkah syukurnya hati si tua apabila mengetahui cucu kesayangannya dapat melanjutkan pelajaran ke bumi anbiya'. Akan tetapi, terselit sedikit kesedihan di hatinya kerana beliau merasakan mereka pasti akan berjauhan. Ditambah pula dengan keadaannya yang sudah uzur. Tidak sekuat dan sesihat dahulu. Maka, beliau menyatakan hasratnya untuk mengorbankan seekor lembu sempena kenduri kesyukuran di atas kejayaan cucunya itu. Sebabnya? Dia merasakan jikalau dia tidak sempat untuk majlis kahwin cucunya nanti, beliau tidak menyesal kerana beliau telah menyumbangkan jasa yang sama kepada cucunya walaupun pada masa yang berlainan.
Tatkala tibanya hari keberangkatan si kembar untuk ke luar negara, si tua berpesan kepada cucunya supaya menuntut ilmu sebanyak mungkin sementara masih diberikan peluang oleh Allah. Jelas pada raut wajahnya menampakkan kesedihan kerana beliau sendiri tidak pasti masih adakah peluang bagi mereka untuk bertemu kembali. Maka, berpisahlah dua jiwa.
***
-8 April 2009-
-Jam 9 malam waktu tempatan-
-Bertempat di sebuah rumah di kaherah, mesir-
Kring!!Kring!!Kring!!
Agak lama hanset si adik dibiarkan berdering tanpa jawapan kerana semua penghuni berada di masjid untuk sembahyang isyak berjemaah. Seusai sembahyang, si adik masuk ke dalam bilik lantas melihat skrin hansetnya. Tertera 3 misscall dari abang Eg..
"aik?apesal orang malaysia call nih?dahla 3 misscall.. Ada hal penting ke?", getus hati kecilnya.
Tidak lama selepas itu, hanset itu berdering lagi buat kali keempat. Dengan memberi salam, si adik pun menjawab. Setelah bercakap beberapa ketika, terdengar dia menuturkan lafaz "innalillahi wainna ilaihi raji'uun". Mimik mukanya turut berubah.
Selepas itu, si adik bergegas mendapatkan abangnya yang sedang menjamu selera. Tanpa melengahkan masa, dia pun bersuara dalam keadaan yang separuh berbisik,"din, che' dah takde".
Si abang yang ternyata kebingungan seraya berkata,"che' yang mana satu?". Setelah diterangkan satu persatu, kini giliran si abang pula yang tersentap. Terkejut yang amat! Terus diragut seleranya terhadap makanan. Tidak disangka datuk kesayangan mereka telah dipanggil menghadap Tuhan yang Esa, Pencipta yang agung. Langsung berkaca mata si abang namun ditahan agar tidak tumpah dihadapan sahabat. Walaupun begitu, mulutnya tetap tersenyum tatkala melafazkan "innalillahi wainna ilaihi raji'uun". Tersenyum bukan tanda gembira, tapi memujuk hati supaya tidak bersedih dengan pemergian orang tersayang. Cuba mengagahkan diri untuk redha dengan ketentuan Allah.
***
Hari ini, 8 April 2010. Genaplah setahun pemergian insan tersayang kami; si kembar yang sangat rapat dengan datuknya. Beliau merupakan seorang datuk, seorang guru, seorang kawan, juga seorang yang banyak melatih kami untuk menjadi seorang hamba yang taat pada Allah di samping berbakti kepada masyarakat. Masih ku ingat pertama kali dikau mengajarku untuk menjadi imam sembahyang. Walaupun umurku baru mencecah 13 tahun, tapi didikanmu tidak bergantung pada kematangan. Ilmu yang lebih diutamakan. Banyak kekurangan yang aku lakukan, tapi engkau tidak memarahiku, malah membetulkan satu persatu dengan sabar. Terima kasih che'~
Ya Allah, tempatkanlah datukku dalam kalangan hamba-hambaMu yang beriman. Jadikan makamnya salah satu dari taman-taman syurga. Engkau ampunilah segala dosanya yang telah beliau lakukan semasa hayatnya. Sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun lagi maha penyayang.
Dalam kenangan
-Haji Abdullah bin Awang Ngah-
kami merinduimu~
Sesungguhnya, dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali.
p/s- sesiapa yang baca entri ni, aku harapkan korang dapat sedekahkan al fatihah buat beliau. Hanya Allah yang layak menilai dan membalas budi baek kalian.. Assalamualaikum.

12 comments:
sedihnye~ saya menangis bace ni... tmbh pulak dgn lagu! huisy! saya syg nenek saya jgk :''(
salam takziah...
ingat pesan atok taw..~
semoga beliau sentiasa mnjadi inspirasi din n we slalu untuk mnjadi mnusia yg btol2 bguna d mata dunia dan akhirat..
insyaallah..
semoga rohnya dicucuri rahmat...
cepatnya kan masa berlalu~ sedar2 xsedar dah setahun berlalu~
bagush2 entry nih!
jadi anak n cucu yang soleh :) InsysAllah:)
http://hilmi-albesuti.blogspot.com/2009/04/datukku-haji-abdullah-b-awang-ngah-ayah.html
--> anonymous
nanges je..tak kena bayar pun..sayangilah sementara masih ada kesempatan..hehe
--> miszcahye
tenkiu..~
--> shaa bonita
sentiasa dalam ingatan..insyaAllah
--> wan annie
insyaAllah,akan cuba sedaya upaya..
--> someone
haah..kejap je rase..pejam celik da setahun~
--> irine nadia marcello
tenkiu..memang tengah usaha la ni nak jadi cenggitu..cuma nakal je lebih sikit..haha
salam takziah
tenkiu bebanyak..~:))
bru bca blog ni. t'sentuh bca dis entri. al-fatihah
sob9...sedihnye bace entry ni... mengalir air mata... atuk ku mati time kecik lagi... s0b3... smoga mereka yang telah meninggal ditempatkan bersama orang2 yang beriman...
Post a Comment