19/04/2010

forgiveness~

Maksud firman Allah S.W.T ;

"serulah ke jalan Tuhanmu (wahai muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu jualah yang mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." (an-nahl : 125)

Assalamualaikum, salam dihulur kepada semua.

Apa khabar korang semua yang masih lagi bernyawa di atas bumi Allah ini? Sehatkah iman anda? Segarkah ibadah anda? Bugarkah keikhlasan anda? Harap korang semua mempunyai jawapan kepada soklan2 tersebut.

Bagi meneruskan entri ini, aku ingin memaklumkan bahawa entri ini ditulis bertujuan untuk memohon beribu, berjuta, berbilion keMAAFan kepada sesiapa sahaja yang telah terasa, terguris, tercalar atau segala bagai jenis luka pada hatinya disebabkan oleh entri aku sebelum nie. Aku mintak MAAF sangat2.

Kalo korang sumer baca kalam Allah dalam surah an-nahl di atas, da jelas da nampak aku nye entri tu tak berapa berhikmah kan? Betol tak?haha. *Pukul diri sendiri da nih~*

"Suka2 je cakap cenggitu. Tak pikir orang laen punya perasaan ke? Tahulah blog kau, tapi pikir r sikit perasaan orang laen. Jangan nak maen ketuk hentam je" <-- mesti ayat ni yang kuar dari mulut korang kan? kalo bukan macam ni, ada la iras sikit2. Setuju tak? Disebabkan inilah, aku dengan rasa rendah dirinya, memohon MAAF buat kali yang ketiga pada korang semua.

Sebenarnya, aku tak berniat pun nak buat sesetengah pihak terasa, melainkan hanya untuk menyedarkan mereka. Walau bagaimanapun, cara penyampaian yang aku ketengahkan tu agak kurang ajar, agak melampau, dan tidak sopan malah tidak sesuai dengan title diri aku nih. Biasalah, aku pun baru je lagi dalam bab taip menaip nie. Sedikit sebanyak akan ada jugak yang salah. Pemain bola yang baru belajar menyepak mana la nak sama ngan dorang yang da tahap world class kan?*unsur menyelamatkan diri*haha

Meskipun demikian, aku harap korang sumer boleh membantu aku dalam memperbaiki cara penulisan aku agar lebih sopan dan matching tuk digayakan kepada semua peringkat umur. Terima kasih juga aku ucapkan kepada mereka yang sudi melenguhkan sendi jari mereka dengan memberikan komen pada entri terdahulu. Tak kira la yang berbaur kritikan ataupun cadangan, aku amat menghargainya. TERIMA KASIH~

Sebagai penutup, aku sekali lagi memohon MAAF di atas kesilapan aku. Tak taw da untuk kali yang ke berapa, tapi aku harapkan MAAF aku diterima oleh sesiapa sahaja.

"Forgiveness is choosing to love. It is the first skill of self-giving love." -Mohandas K. Gandhi

" Ketukan menggunakan tukul besi takkan sama kesannya dengan ketukan menggunakan tukul plastik. Kalo nak paku tu masuk lebih dalam, kena la ketuk kuat sikit kan?"- izuddinrahim

Assalamualaikum.
-entri tamat-

p/s - entri aku pasal aurat tu memang hot lah. Tak pasal2 aku kena serang.haha

lagi sori aku pohon~

menten senyum walaupun kena serang bertubi-tubi.haha. *yeah! aku memang seorang yang cool*
Thank you for reading this entry !

2 comments:

manna_salwa said...

" Ketukan menggunakan tukul besi takkan sama kesannya dengan ketukan menggunakan tukul plastik. Kalo nak paku tu masuk lebih dalam, kena la ketuk kuat sikit kan?"- izuddinrahim

lah~ nice analogi.. ketuk la kuat2..tp jgn smpai terluka diri sendiri.. kan2?
hikmah..hikmah..
neway, entri psl aurat tu mmg direct, bgus2 mesej sampai.. tp, len org len cara terime..kan2?
tu lah..teruskan perjuangan..
:)

kembatolo™ said...

tenkiu tenkiu..haha..
terketuk jari sendiri tu da biae kot..hak3

Related Posts with Thumbnails