assalamualaikum..
بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.. aku memulakan bicara untuk entri yang ke-33 ni.. mungkin entri ni agak jiwang tapi aku harap korang sumer dapat paham.. aku cuba untuk merungkaikan perbezaan antara dua istilah ni.. setakat termampu melalui pengalaman-pengalaman yang pernah aku lalui..
cinta dan keinginan untuk memiliki.. dua istilah yang hampir sama pada maksudnya.. akan tetapi, terdapat jurang yang begitu membezakan di antara keduanya.. cuba fahami dan teliti secara mendalam hakikat sebuah cinta.. bagi pandangan seorang insan yang memiliki akal yang waras, serta dipimpin iman pada perbuatannya, cinta baginya merupakan sesuatu perasaan yang suci murni.. suatu rasa yang dianugerahkan Allah kepadanya untuk diserahkan kepada seseorang yang sudah ditakdirkan untuknya.. jauh dari sifat nafsu gelojoh yang hanya bersifat sementara..
berlainan pula dengan keinginan untuk memiliki.. perasaan ini jelas menggambarkan betapa rakusnya seorang makhluk yang dicipta dengan serba kekurangan.. sengaja menghambakan diri demi nafsu yang akan memesongkan pemiliknya dari hakikat seorang hamba.. juga menjadikan sang pemilik alpa dari mengingati penciptanya.. sedarkah kalian?
pabila cinta hadir dalam diri, lupuslah kesedihan, hilanglah kesengsaraan, luputlah kesusahan.. segalanya bertukar ganti.. kesedihan menjadi kegembiraan, kesengsaraan berganti kebahagiaan, kesusahan berubah kesenangan..
berbeda dengan keinginan untuk memiliki.. setiap kali kita memiliki, di hujungnya pasti akan terselit rasa kepuasan.. kepuasan bagi nafsu kerana sudah memiliki.. pada saat ini, kalian akan merasa diri seseorang itu tidak lagi bermakna sedikitpun untuk kalian.. hadirnya cuma menyusahkan.. menambah beban pada diri sedangkan beban sendiri pun masih tidak tertanggung.. maka bermulalah suatu episod baru yang akan mencetuskan keadaan yang lebih merumitkan.. apakah gunanya hidup berpasangan jika ianya bebanan?
persoalannya, adakah lafaz cinta yang kalian ungkapkan itu suatu perasaan yang murni? yang dipimpin iman? yang hadir pada masa yang paling sesuai? atau sekadar nafsu yang mempermainkan erti sebuah cinta? yang dipengaruhi oleh godaan yang melalaikan? atau suatu kepuasan bagi mereka yang menginginkan kesempurnaan di mata manusia? tepuk dada tanyalah iman.. pimpinlah akal bersama iman, bukan sebaliknya.
pasangan bukanlah suatu bebanan, dia adalah suatu kelebihan bagi sesiapa yang memilikinya..
hargailah pasangan kalian.. sekiranya kalian belum bersedia, kenapa ditadahkan tangan bila diri belum teguh untuk menerima? kenapa merelakan walau diri terpaksa? nantikanlah cinta, ia pasti akan hadir.. jangan biarkan matamu kabur di kabus keinginan untuk memiliki..

18 comments:
ehem2..
yup2..InsyaAllah..lafaz cinta yang irine ungkapkan itu suatu perasaan yang "MURNI"..hehehehe :D
moga korang berdua mendapat calon2 isteri dan bidadari yang solehah :)
whoa..!irine ungkap kat sape eh?boley bagitaw tak?hahaha..
insyaAllah..tapi tertinggal la sikit,zuriat pun nak yang soleh gak..wawawa..
derma calon? boleh ke calon didermakan? haha
boley je..nape?abg faizul ade calon yang nak didermakan ke?haha
pokdin n pokwe mesti bulih isteri solehah+juruh+lawa suatu maso nati..
sbb pokdin n pokwe soleh+juruh+semak...hehe
insyaAllah..
ok??
ngaji molek la des~^_^~
cinta ibarat highway..nampak lurus tetapi bile kita berada di situ, kita dapat rasekan selekohnya...
--> azwani ali
insyaAllah..memey itu yang diharapkan..samo2 doa la deh..kalo dop leh hok comey pun, hok kayo, juruh, cun pun takpo doh..kito dop milih mano..ngaa~timo kaseh banyok..
mek pun ngaji sumgoh la deh..haha
--> izzati ghafur
kalo ibarat highway,kenderaan ape yang paling sesuai?moto?lori?ataupun bulldozer?ngee~
jadi wokil izzati buleh?hehe
kenderoe keto tolok..haha~kalu sero larak gak tolok la..haha..
aii..din,meme xmilih r demo dih....yak boktam sngoti lagunie...
tapi yolo gop..haha~
ngaji sumgoh=tamboh gagoh??? ko gano??haha
ambo ngaji biaso2 jah..hehe..stdy x hard,stdy meme smart..hehe~(xbaik sngoti koya..huhu)
aik xkn la dua2 xda lagi calon nyer. cri kat kelantan ramai la calon nyer. hehehehe..
calon?haha..takde la kot..sebab tu r ktrg terima kalo ade sesape yang nak derma calon..ngaa~
we nga din pkai iphone ko?? ko iphone fake??
inspiring.
betul laa, cinta itu rahsia Allah.. yakinlah setiap jodoh yang ditentukan oleh hambaNya itu adelah yang terbaik untuknya.. sebab Allah perancang yang Maha Bijaksana ..
*usah dambakan suami soleh seperti Ali jika diri tak sesempurna Siti Fatimah..*
jodoh tu kn rahsia Allah. derma? mcm sadis sgt pulak bunyinye...
slh bg link pulak.ni link yg betol feel free for blogwalking. =)
indah.
ta penah jumpe ke org wat derma calon? ahaha..
tenkiu jenjalan sini..
kemba! entry ne macam lebey kuwang sama cam entry LG yang lepas lepas jerk,even gamba pom same lol~!uhuk3. tapi tape sebab bukan copy paste,sume maybe kebetulan!adoyai.neway nice entry!
Post a Comment