30/09/2011

Mengenal Diri

Assalamualaikum.



Hello cantik girls and kacak boys. Ahlan wasahlan buat readers baru. =D



mencari identiti



Orang cakap nak kenal diri sendiri ni susah. Bukan orang je cakap, aku pun rasa macam tu sebab aku pun orang jugak. hahaha ok tak lawak langsung! Teruskan baca.. Kalau kau rasa kau seorang yang friendly, yang boleh rapat dengan ramai orang, belum tentu lagi kau boleh kenal diri kau. Setuju?



In fact, mengenal diri ni tak macam kau kenal orang lain. Kalau orang lain, kau boleh tengok, paham, selidik, pastu tup! Dah ada jawapan dia tu jenis yang macam mana. Bila kau dah kenalpasti someone tu camane, kerja kau nak rapat dengan dia pun senang. Ehem.. Nampak tak aku cuba bagi tips camane nak rapat dengan ramai orang? OK FINE, kau tak nampak. -.-"



Itu kalau melibatkan orang lain. Bila ia berkaitan dengan diri sendiri, otomatik kau akan rasa blurr. Kau tak tahu apa yang kau nak, apa yang kau mahu, dan lebih teruk lagi kau tak tahu apa yang kau perlu. Jauh dari sudut hati, kau rasa kau kenal diri kau, padahal...(sambung sendiri)



Kenapa aku cakap macam tu?



Okay. Salah satu sebab ialah cuba kau tengok orang sekeliling. Berapa ramai yang hanyut dalam situasi yang langsung mereka tak perlu. Mereka mengutamakan benda sampingan dari yang utama. Sepatutnya, first thing first. Baru betul ye dak? Akibatnya, mereka terkapai-kapai dalam mengenal diri. Mereka akan terjerumus ke lembah kelalaian yang nyata. Eceh, ayat nak gempak je kau ni jahh. GAHAHA



contoh terkapai-kapai



Bagaimana nak kenal diri?



Baik. Soalan yang bagus ye izuddin. Sangat membantu. Terima kasih di atas soalan anda. Anda dibenarkan berbangga untuk patbelas saat. Ok masa bangga anda tamat. Sila baca jawapan di bawah. xD



Actually, aku pun tak tahu camane nak kenal diri sendiri. Jawapan mintak penendang kan? Haha oklah, aku bagi jawapan bernas sikit. Cara yang paling efektif ialah dengan kau mohon pada Allah. Mintak doa banyak-banyak biar Allah tunjuk siapa diri kau yang sebenar. Biar Allah suluh jalan camane kau nak kenal diri. Biar jadi terang lagi bersuluh. Sesungguhnya, hanya Allah yang memahami serta mengenali makhluk ciptaanNya. Subhanallah.






Jadi, insyaAllah bila kau dah kenal diri kau, kau akan terasa dipandu. Kau nampak jalan yang kau tuju, arah mana kau nak menapak. Baru mudah nak jadi khalifah. Kan?



Selamat mengenal diri. Kbaii~
Thank you for reading this entry !

12 comments:

Anonymous said...

contoh gamba terkapai-kapai tu mmg tak bole dimaafkan ;PP

Noorsha Muhamad said...

kenal diri sblm kenal org lain..btol jgk tu..hehe..slm kenal..

laskar pelangi said...

kena sayang dan kenal diri sendiri sebelum kenal orang lain;)

Wadi AR said...

terlebih kenal

sri said...

capoeira. haha

Unknown said...

akak rasa ni la entry kamu yang buat akak berfikir lebih sikit dari selalu..

wakakakaka/...
larik...!

Unknown said...

knal ALLAH

cik caca said...

gamabr terakhir mmg terbaek!!! :)

airazulaikha said...

sunyi di tengah ramai dek tak kenal diri..

ewanthology said...

mencari diri sendiri... jawapannya hanya ada pada Allah

anamizu said...

perlu kenal diri sendiri dulu..
baru kenal org lain :)





luv,
cik ana.

Tiara Fazlin said...

deep thoughts..love it.. :)

Related Posts with Thumbnails