04/09/2011

Cerita Raya : Malam Raya

Assalamualaikum.



Ohoi.. Kemain malas nak update sekarang ni eh? Sejak sambut raya, mood blogging pun dah pandai main segan silu dengan aku. Seriously rasa malas hyper gilaa nak update sampai laptop terpacak depan muka pun aku sanggup buat-buat tak nampak. hahaha. Korang apatah lagi?






Okay. Memandangkan aku seorang yang prihatin, maka seharusnya aku update balik apa yang tak sempat nak update hari tu. Lambat takpe, asalkan ada. Lagipun kalau aku update awal-awal, nanti kang takde readers sebab dorang semua balik kampung. Bila dah balik kampung, peratus yang boleh online ofkos makin berkurang. Ye dak? Lepastu lepastu, bila dah tak boleh online, maka orang yang baca pun sikit. Apabila demikian, adalah lebih baik aku update bila masing-masing dah balik uni. Dengan kata lain, pembaca aku akan jadi ramai(lah konon).



Amacam? Bijak tak strategi aku? Yeah! Aku tahu tu. HAHAHA.



Apa kata aku mula dengan malam raya. Boleh?



Ehem. Malam raya hari tu riuh kemain rumah aku kau tahu? Eh bukan rumah aku, rumah ummi ngan abah aku ni haa. Ce cakap camane tak meriah kalau semua adik beradik aku balik. Kalau adik-beradik takpe lagi sebab dorang semua baru 10 orang. Tapi yang tak tahan bila masing-masing dah ada suami dan anak. Perghh.. Sesak beb!



Anak-anak buah pulak macam stok baru terlepas zoo. Kemain degil. Keluar peluh jantan nak layan sorang-sorang. Berbagai jenis ragam. Lepas kejar yang ni, yang tu pulak mintak kejar. Dukung kat sini, kat sana pun nak dukung jugak. Last-last aku dukung 4 sekaligus. Hambik kau! GAHAHA. Nasib baik anak buah baru 11 orang. -.-"



danish hakimi



posing pun dah macam gangster. nak buli pakcik2 dorang lettew~



Lepas je buka puasa, semua meluru ke luar rumah. Buat apa? Hahaha. Macam biasa la derr, main mercun lah! Bunga api pun ada. Budak-budak main bunga api, orang dewasa main mercun. Cuma orang matured seperti aku ni tak layan ah mercun-mercun ni semua. Aku buat keje aku je. Tahu tak keje apa?





















Keje aku amik gambar. Amik gambar sampai terlepas takbir raya malam tu. Punya la baik setting. Siap kena marah dengan bigboss sejurus selepas kejadian. HAHAHA. Padan muka aku!



Ok itu je kot update kali ni. InsyaAllah lepas ni pasal pagi raya pulak. Babai! =D
Thank you for reading this entry !

8 comments:

Unknown said...

berat parop eh gmba. nk abih dh 5mb aku. adoii...

cik violet said...

gamba 1st tuh penuh gadget owww...


meriahnyeee semua balik raya ;)


gamba bunga api cun arrrr ;D

Auni Aizie. said...

hebaakkk ah mu amik gambo .
nak order utk majlis kawen say ananti buleh ? aicehh

Hajarnaiema said...

banyak nye tpon...nak jual ke?..hehe..anyway bru je view blog nie..saya pun org kelantan..fhm dah mksud header tu...n sy pun de kembar gak..=)

DanieL AdiE said...

Fireworks!!!

Unknown said...

mak aihh..byk nye phone..bak sni satu..haha

ina said...

amboi gadgets.. taknak kalah!

Syifa Alshah (wutwut) said...

main bunga api. mercun. haish seronoknya. tahun ni beraya tak merasa.


selamat hari raya. :)

Related Posts with Thumbnails