21/06/2011

Hari Bapa.

Assalamualaikum good girls and bad boys.


Hari bapa dah lepas. kau jangan pelik kenapa aku baru terhegeh-hegeh nak post pasal ni. sebab yang dah lepas hari bapa, bukan hari abah. jadi takde masalah kalau aku buat entry pasal hari abah. okay? hihi


Kau ada papa, kau ada ayah, kau ada abi, kau ada walid. dan aku? aku ada abah. adil kan? ngeh3. so tayah megah sangat sebab masing-masing ada insan kuat gagah perkasa dalam hidup mereka. yep! setiap insan yang bernama ketua keluarga ni sememangnya tegas, kuat, dan taff. walaupun pada luaran dorang nampak manis tapi kau kena tahu dalam diri mereka ada suatu sudut yang terkandung sifat tegas lagi penyayang. kan kan?


DSC_0066
tengah senyum pun nampak garang kan? keh3


Baik. cakap pasal tegas ni aku ada satu cerita. cerita waktu aku masih comel. ehem. boleh aku mula? ^^


Dulu aku takut sangat dengan abah. dengan badan beliau yang agak besar jika dibandingkan dengan tubuh aku yang kecil molek ni. muka beliau pula boleh dikatakan bengis bagi budak-budak sekolah rendah yang baru mengenal huruf vokal a-e-i-o-u. dan aku rasa itu dah cukup untuk buat aku cuak setiap kali berhadapan dengan abah. belum masuk lagi bab jelingan penuh makna oleh beliau. perghhh! sumpah cair if terkena. nak bukti cair? air mata kau akan mengalir tanpa dibelai. see! kan dah betul-betul cair tu. hahaha.


Macam biasa, hobi aku dengan izwan ialah suka gaduh. aktiviti harian kot. tiap hari mesti ada je sebab yang nak dijadikan bahan. lepas tu setiap kali gaduh, dua-dua pasti nangis. biasa la budak, cengeng sikit normal ah. lagipun masa tu belum taff lagi. keh keh keh. ada satu ketika, entah kitorang gaduh pasal apa, dua-dua nangis sakan. dan seingat aku, aku yang mulakan perbalahan pada malam tersebut. jadi confirm lah aku yang salah. -.-"


Kemudian abah yang baru balik, tengok-tengok anak beliau pula buat hal. kau tahu apa aku kena? fuhh! abah letak aku luar rumah doe! siap kunci pintu lagi! (actually aku tak tahu kunci ke tak sebab aku tak try buka. gahaha). tanpa fikir panjang, aku nangis lagi kuat ah. gila kau tak nangis. dahla duduk luar sorang-sorang, pastu gelap, sejuk lagi. wahaa~ seram weii. nasib baik ada umi. umi keluar, buka pintu, and then suruh aku masuk. hihi. malu ai bila ingat balik. ^_^


Tapi tu dulu. sekarang ni aku berani cakap aku dengan izwan antara yang paling rapat dengan abah. kakak or adik aku semua tak berani kalau nak mintak duit ngan abah, tapi kitorang selamber je pegi ngendeng. tup-tup dapat note kaler hijau berangka lima kosong tu. bangga tahu? hahaha. lagi satu, aku ingat lagi masa kitorang balik bercuti baru ni, setiap malam bergurau dengan abah. buat lawak sampai terbahak-bahak terkekeh-kekeh gelak. dapat buat mereka senyum satu kebahagiaan ok! lebih-lebih lagi masa makan. nasib tak tercekik je. harharhar.


DSC_0184
entah sape buat lawak time ni. haha


Okay dah. tulis entry macam ni buat aku rindu. hilang terus kacak. seriously aku rasa nak balik sekarang. tapi nak balik kena habiskan exam, lulus, baru boleh balik. alahai~ sekian.  


SELAMAT HARI BAPA BUAT ENCIK RAHIM BIN ABDULLAH. SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT DAN REDHA ALLAH. ^^


Random.
#aku sayang abah aku. sangat.
#umi pun aku sayang jugak. sangat-sangat.
#sweet tak buat entry macam ni? harharhar.
Thank you for reading this entry !

8 comments:

Pyka Rahmat said...

suwit gila ogeyhhhhh haha

Anonymous said...

alhamdullilah...anak yang baik...kiter berkongsi panggilan " abah" so selamat hari abah... * kembatrolak

abyahuys said...

waa.... sweet~~ >.< ni yg aku tmbh rindu kat ayh ni...

Syamira Ismail said...

sweet! tergelak sama ye. terimakasih encik.

fikah mus said...

saya pun ada abah jugak.
XD
selamat hari abah utk abah-abah.

C i k P i p i T e m b a m said...

hahaha . budak nakal ye ? mmg ptt pun . nsb baik kiut . harharhar . abah comeyy la :P

Anonymous said...

kikiki. letak luar rumah ok lagi kot. abang2 aku dulu kena tinggal dekat kubur chine :P

KuNanGKuNanG said...

masa kecik mmg kebanyakan abah2 garang kan? mungkin sbb kite degil sgt kot..

Related Posts with Thumbnails