04/04/2011

hidup dalam harapan

assalamualaikum. hai ! selamat hari2 buat korang. sekarang aku takde mood nak buat intro. terus masuk isi jelah ye? ehem ! kita sebagai manusia tak boleh dipisahkan dengan harapan kan? orang cakap kita hidup kerana harapan. kita tabah juga kerana harapan. tanpa harapan, tiada siapa tahu apa akan jadi dengan diri manusia ni. hidup tanpa tujuan mungkin? 



Begitu juga dengan aku ketika ini. masih menaruh harapan bahawa masalah internet rumah aku akan berakhir. hari2 penuh dengan harapan ko tahu? minggu lepas dorang cakap suruh tunggu 9 hari. dengan sabar kitorang tunggu 9 hari tanpa mengenal erti jemu dan lelah(lah sangat) tapi, 9 hari telah pun berakhir. hasilnya, tiada apa pun berlaku. internet masih belom dapat, hampa je lebih ! tak cukup dengan itu, kitorang dijanjikan lagi bahawa dorang akan datang selesaikan hal ni hari ni. sejauh mana kesahihan janji mereka, hanya Allah jua yang tahu. kitorang tetap dengan harapan, internet akan okay suatu hari nanti. positif ni wei ! hahaha.



Begitulah hakikatnya bila berjanji dengan manusia. banyak kelemahan dan kekurangan. tapi ketahuilah, sesungguhnya bila kita berharap pada Yang Esa, tidak mungkin kita akan hampa kerana Dia yang maha menepati janji. oleh itu, setiap apa yang kita harapkan padaNya, kita kena yakin. walau camane pon halangan yang datang, kita kena tetapkan di hati bahawa semua itu pasti. Be positif yaar ! Haha. jadi sempena dengan musim exam ni, aku nak pesan walau sebanyak mana pon usaha korang, lebihkan lagi doa dan tawakal korang kepada Allah. usaha kita tidak menjamin kejayaan sebaliknya redha Allah yang membenarkan segalanya. tidak guna kita mempunyai Allah sekiranya kita hanya bergantung pada usaha. tak ubah seperti penganut lain di luar sana. setuju?



Akhir kalam, jangan putus asa dengan rahmat Allah dan ketahuilah bahawa Allah menyayangi hamba yang bergantung padaNya. assalamualaikum^^ !


P/s - aku pon ade exam 10hb ni. doakan aku skali ! xD

DSC_0420
muka bengang, raut sabar, wajah serius. harharhar !
Thank you for reading this entry !

6 comments:

Unknown said...

menunggu satu harapan ,satu saat yg menyeksakan..lebih-lebih lagi apabila harapan tu sekadar indah khabar dari rupa

adrinaqamarina said...

muka macam nak gocoh ja. haha.

biasalah tu, ktorang dulu, sebelum ada cahaya kegembiraan yakni internet, 3 bulan juga sengsara,

tapi jangan risau, pasti ada pelangi selepas hujan~

Nobita Sensei said...

etisalat?

ABSOLUTE said...

goodluck la bro

Bella Ayub said...

semoga bjaya exam!! :)

yang arif said...

gudluck din

Related Posts with Thumbnails