03/01/2012

Sekolah Rendah


- kaherah, 2010



Nampak sangat study sambil main kan? EH HELLO, itu hobi turun temurun ok! Lebih tepat kalau digelar tabiat. Sekarang pun masih lagi terikut, kalau aku masih belajar la. hewhewhew =3


Hari ni aku kena ucapkan ribuan eh tak jutaan terima kasih kepada 3 ketul anak buah yang dah berjaya bangunkan aku tanpa perlu jasa dan bakti sikit pun dari alarm henfon. Biasa alarm yang berkhidmat tapi hari ni tugas tu diambil alih oleh anak buah. u know y? (perlu ke omputih? -.-")


Hari pertama persekolahan sesi 2012 kan dah start! Ofkos lah dorang kena pegi sekolah. Bila kena pegi sekolah wajib bangun awal. Bila bangun awal sunat buat bising. Bila buat bising, aku yang tidur ayam ni otomatik akan tersedar. Mairabb, kau tdo ayam ke jedin? HAHAHAHA


Pagi pagi lagi dah bising.

"mana tali pinggang angah?"
"baju sekolah achik letak katne eh?"
"kasut kakak kat mana?"

Geram aku nak angkat penumbuk pastu jawab, 

"semua barang ada sini. nampak?"



Tapi aku cakap dalam hati jelah. Kau gila nak tumbuk anak buah sendiri? Mane boleh, aku kan penyayang. anyonyonyo ~


Pastu bila bangun, masing masing sibuk ke hulu ke hilir. Aku pula macam biasa, buat buat tak nampak gelagat dorang. Then aku tengok anak buah tak reti nak pakai tali pinggang. Ciss! Darjah dua masih tak reti nak pakai tali pinggang? Tak ikut genetik aku langsung! Aku dulu darjah dua dah segak bergaya idaman gadis berhingus kesat dengan tudung kau tahu? kofkofkof


Dengan muka yang masih berbirat dengan kesan tertindih bantal, aku tolong pakaikan. Tapi kadar kehenseman masih dalam kawalan lagi. Takde la buruk sangat rupa bangun tidur. Harap bini coming soon tak terkejut lah dengan rupa paras aku bangun tido. XD


Last skali bila semua dah siap dan ready tuk pegi sekolah, aku terdengar pesanan yang dah bertahun tahun hilang dari pendengaran.


"belajar elok-elok, biar pandai, jadi orang berguna"


Pesanan tulus dari umi yang dah lama tidak kedengaran. Dulu masa sekolah rendah hari hari boleh dengar ayat tu. Cuma bezanya, dulu ucapan tu untuk aku. Tapi sekarang dah diwarisi kepada anak buah aku yakni cucu beliau. hikhikhik.





Syahdu jugak bila ingat balik. =')



Thank you for reading this entry !

13 comments:

PutriesNoora said...

anyonyonyo..hahaha

-✿Ayu✿- said...

pak cik yg penyayang...anoyoyoyo...~~~

CekbOlat-bOlat said...

alahai.. pnyayang betul.. tu nsihat trun tmurun=)

alfi kasran said...

besok giliran saya pulak nak baling alarm keluar tingkap T.T

cik annur said...

terrrrr baaaaa ikkkkkkk!!!
refresh nostalgia zmn skolah seketika bila bco entri nie.....tengkayuuu!!!!!

[k]o{q}i[n] said...

3 ketul ank buah pun boleh...huhuhuhu

Syafiq Ahadin said...

time zaman skolah rambut..perghh! turun melekat belah tepi!

Rozuan Ismail said...

mesti muka kau waktu bangun tido kelakar kan

pu3iman said...

anyoyoyo.... pak cik chumel namanye *puji bg kembang skit*

:: Khai Artzfar :: said...

aku tgh minum air bace blog ko.. masuk part anynyonyo tu,,tersembur air dri mlut aku ko tahu... hahaha

..Wardah Biru.. said...

still...tak kering gusi baca entry nie.....:)..

Gadis Pantai Timur said...

cutenyer zaman skul rendah..pagi2 ayah hantar g skul naik motor bulat.

niknurizzati said...

pesanan zaman dulu sangat menusuk kalbu.. :D
pesanan zaman sekarang
" jangan menggatal kat sekolah ye "

hahahah.

Related Posts with Thumbnails