25/12/2010

eleh.. denda macam tu biasa jer..

Assalamualaikum. Terdahulu, aku nak mintak maap sebab skang ni aku taley nak blogwalking  langsung. Bukak dashboard pon kemaen lama tunggu, ni pulak nak BW. Memang tak dapat la. Asal bukak je page, terus jadi 'request timed out'. Asal klik mozilla, terus jadik'destination host unreachable'. Bengang jugak kenkadang. (-__-")



Okay. Cukup pasal tenet. Skang ni kita cakap pasal denda. Denda yang pernah korang kena. Mesti ade kan? Tayah la nak buat muka innocent cenggitu, aku tahu korang pon nakal jugak. Kan kan?=P



Sejujurnya, aku pelajar nakal masa sekolah menengah dulu. Cukup nakal, tapi sekadar nakal jela. Bukan jahat. Jangan salah tafsir pulak, nakal ngan jahat tu jauh beza. Hee~



Dulu aku suka sangat keluar curi. Mungkin korang lebih familiar dengan fly. Kan? Kerana itu, aku asek kena rotan. Tiap tiap minggu kot. Setiap pelosok tubuh dah merasa bahang rotan tu, engkau cakap je katne. Belakang? Tapak kaki? Tapak tangan? Punggung? Semua dah kena. Tinggal alat sulit je yang selamat. Syukur syukur!! Kehkeh.



Denda kedua biasa kena ialah denda yang memerlukan kerahan tenaga jantan yang maksima. Plus dengan mencemarkan air muka. Tahu tak? Tak laen tak bukan kena pajang kat dataran sambil ditonton pelajar laen. Psfft! Benci gilaaaa. Kalo kena push up or ketampi beribu kali aku tak kesah tapi tang denda di khalayak ramai tu yang jadi masalah.  Malu kau tahu? Naseb baek semua studen laki. =Þ



lebih kurang ceni la. sumber.



Dan yang ketiga ialah kena cuci kawasan sekolah. Salah satu denda yang bermanfaat tapi tak disenangi oleh aku and the da geng. Hape ingat kitorang ni tukang sapu ke nak cuci cuci nie? Kalo setakat tandas tu normal ah, ai kena cuci satu kawasan sekolah terus. Siap dapat free gift lagi, cuci skali ngan kawasan asrama. Gila tak? Tak pasal pasal tukang kebun ngan cleaner goyang kaki hari tu. Demm! Grr!



Cukup kot tiga aku list dekat sini. Tapi pelis jangan ingat ini je denda yang pernah aku dapat. Aku tahu korang cakap hekeleh-mamat-ni-denda-macam-tu-pon-kecoh-buang-karen-je-baca. Nanti aku tulis kat entri laen, entri khusus pasal denda thriller yang pernah aku kena. Aku tulis sampai korang baca pon ngilu seluruh badan. Huarghahaha.



Okay. Terpaksa mintak diri dulu. Lagipun, entri dah lebih sejengkal nie. Haha. Jangan lupa kongsi denda korang pulak. Jangan cakap tak pernah kena denda, aku sidekick jugak pundi kencing korang tu. Kahkahkah. Assalamualaikum.



sesaje tayang anak buah. kehkehkeh.


update : aku dah renovate balik entri nie. ayat sebelom ni aku baca pon bosan gila. wahaha
Thank you for reading this entry !

22 comments:

Unknown said...

kehkehkeh.
budak2 nakal selalu dikenali cikgu dan pengetua
:P

Puteri Iqa Izyan said...

hahaha.aku selalu je kne :P

jum mengundi kat blog sy :

LET US VOTE FOR FARID FIKRI AND NUR NATALIA!!

Anisa said...

haha!
masa duduk asrama kat skolah slalu je nis fly

pastu kena denda basuh jamban

Hizami Li said...

hehe.
aku budak skema kat sekolah.
XD

Fariq Jalil said...

tenet kawan pon dah bengong ni,,
nasib baek bley masuk kemba tolo dgn jayanya,,

Aliff. Syien 13 said...

Aku lagi teruk la....haha......mmg MTAQ meninggalakn seribu macam kenangan...yang penting, last2 lps kuar, dnda2 uh akan menjdi semanis kurma, ye dak???kui2

Amir Syahir said...

biase tu..nakai.

Anonymous said...

takat basuh jamban penah laa.. lain2 tak sbb pandai bodek cikgu.. hahahaha.. =p
lagipun budak pompuan jarang sangat kene physical punishment.. kami kan manje.. kuikui.. =)
spiderman mesti g nanges kat superman kan lepas kene denda kan?

akukakikukekot said...

sbb dtg lewat klas coz skit pwot

dendaa kena dgr taklimat ngan chekgu
waaa glew tragis....

insaf2

FarhanaRazaki said...

wakak.teringat time kene denda time sekola dlu weh!

izuddinrahim said...

ery farieha.
eh eh. cane leyh tahu ni?
baek jadi budak nakal, boleh femes sikit.. kan kan? haha

izuddinrahim said...

puteri iqa.
ko kena cane? seram tak? haha

izuddinrahim said...

anisa.
wahaha..
anak dara pon fly jugak?
dahsyat!!~ haha

takkan basuh jamban je?ish.

izuddinrahim said...

hizami.
erk.
ko tak cakap pon aku boleh agak la zami.
hahaha =P

izuddinrahim said...

diana.
yeke kak?
boleh caye ke?
ntah2, akak kepala geng dulu..
hahahaha =P

izuddinrahim said...

fariq.
guna mende?
streamyx ke?

mekaseh mekaseh~

izuddinrahim said...

insan kerdil.
dop.. denda tetap akan jadi pahit..
cuma dop raso dohla pedih tu.. hahahaha

izuddinrahim said...

hiro.
ko msti lagi nakal kan?
hahaha..

izuddinrahim said...

anonymous.
cehs.. tak aci r guna alasan tu.. haiyo~
kena denda sebab ape?


nak mengadu cane, sebab dua2 kena.. hakhakhak

izuddinrahim said...

basirah ghalib.
denda dengar taklimat?
best tuu.. wakaka.

izuddinrahim said...

farhana.
ape yang penah ko kena? seram tak?
ngilu tak? hahaha

Anonymous said...

siyes.. budak pompuan mmg takleh kasi physical punishment.. tak jalan.. jap lagi memberontak tak tentu fasal.. ceh.. ckp gaya cikgu.. =p

Related Posts with Thumbnails