15/04/2011

belom fikir nak taruk tajuk ape.

assalamualaikum. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. bertemu lagi dalam entry baru kembatolo. aku nak korang tahu bila aku buat intro macam ni, sah2 la aku tak tahu nak update ape. perasaan nak update tu membuak2 tapi cerita pulak yang jadi masalah. jadi, jom sama2 kita merapu dalam entry ni. hahaha.


Okay. sekarang ni belom ade topik lagi aku nak cite. haa.. kalo aku cite pasal kehidupan kat mesir ni korang baca tak? lantak korang lah nak baca ke tak, aku tulis je. nak baca ke tanak, tu hal korang. kalo korang tanak baca aku tak pelik pon sebab aku tahu korang tu bukannye rajin sangat. har har har. sekarang mesti nak baca kan? cepat betol berubah jadi rajin. haiyo terbaik lah ! >.<


Sedar atau tidak aku dah tahun last dekat bumi anbiya' ni. rase macam semalam baru jejak kaki sini. ceh ayat nak gempak je kan? klishe tau tak?! haha. okay, blablabla... sepanjang aku dekat sini, aku rase tempat ni banyak ajar aku jadi seorang yang sabar. serious ! bila pikir2 balik, beruntung jugak blaja kat negara susah ni. 


Aku ingat lagi satu peristiwa yang aku tengok dengan mata kepala sendiri. yelah kan, mata mesti la kat kepala. takkan mata duk kat kaki pulak. samdol jugak ayat aku tu. eh balik ke cite. masa tu otw(on the way, saje tulis takut tak paham haha) balik dari kelas. tetiba aku ternampak seorang pakcik ni. keadaan dye masyaAllah, sedih aku menengoknye. dengan baju yang kusam, lagi lah kesian aku tengok.


Keadaan fizikal pakcik tu pulak tak seperti manusia normal. senang aku cakap dye cacat. sebelah kaki dye kudung dan digantikan dengan kayu ko tahu?! huish ! lagi lah kesian. tapi kan, rasa kesian aku tu tetiba bertukar jadi kagum. subhanallah ! ko boleh bayang tak camane seorang pakcik yang kudung sebelah kaki tolak kereta sorong yang dua kali ganda besar dari dye semata-mata nak cari rezeki yang halal? Dengan cara berjalan yang menjengket ! time tu aku rasa macam Ya Allah, sungguh besar kuasaMu. aku touching nyah ! nasib tak nangis je kat situ. eh mengade lak nak nangis2. haha. lepas tu kan, aku terus kaitkan dengan kehidupan di negara kita.


Agak2, ape yang korang pikir? bagi aku lah, if pakcik ni kat mesia, aku yakin seratus peratus bahawa dye akan jadi pengemis dekat kaki lima. macam lah aku tak tahu, rakyat kita lebih rela duduk sambil wat muka kesian lepas tu letak tupperware depan dye. padahal kalo tengok kudrat, masih mampu lagi tuk cari rezeki. setuju tak? ok tu je. bai !


"...kamilah yang memberikan rezeki kepada kamu dan kepada mereka..." (Surah al-an'am : 151)

"Dan Dia memberi kamu rezeki dari arah yang tidak kamu sangkakan. dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. benar, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" (surah at-thalaq : 2)






*entry sebelom ni aku tulis single is the best kan? Nak tukar boleh? Tukar jadi berdua lebih baik. Harharhar xD
Thank you for reading this entry !

10 comments:

kata kila said...

betul tu. gigih pakcik tu.kuat semangat

SHaSyAFiMa said...

kisah pakcik tu ok... tp ayat last tu knapa ekk.... tba2 nk tukar brdua lebih baik.. dh terbknan ngn anak dara arab ka??? hahaha

Unknown said...

mu ngita anok syeikh lagi ko..

IMANSHAH said...

kat msia yg sihat walafiat pon maleh nak keje

Puteri Iqa Izyan said...

eyh. rindu mak kat blog ni tau nyah. haha.

sebelum aku baca apa yang kau pikir, aku pun dah agak. kalau kat mesia mesti akan jd pengemis. hmm..

ishiko said...

ohh.. pakcik yg tabah....
*huhuu..mOod pelangi gtu, meh singgah belog saya pun brwajah baru..

NurAmal said...

org nak cari jalan mudah la kot..

Anonymous said...

poyo.....

Cik SHiNJU said...

Dalam metro arini ade citer sal ibu tunggal cacat kaki tp tiap2 hari berniaga goreng pisang..sorong gerai sejauh 1km dr umah...tabik ngn dorg ni.. gigih dan x mengharapkan belas simpati org..

aDiBaH said...

assalamu'alaikum...

sedikit perkongsian..
Apabila memandang yang cantik/indah maka sebutlah 'MASYA ALLAH', apabila melihat tanaman membesar dengan baik, pokok subur dengan baik maka perbanyakkanlah menyebut 'MASYA ALLAH'.

Apabila melihat sesuatu yang tidak baik, mendengar apa-apa yang tidak baik maka sebutlah 'SUBHANALLAH'.

(dlm entri ni ko tulis terbalik =D, yang indah disebut subhanaLLah dan yang buruk disebut masyaAllah)

Related Posts with Thumbnails