03/04/2013

Generasi Al Quran

Berkata Sheikh Muhammad Al-Ghazzali rahimahullah (1917–1996) di dalam muqaddimah kitabnya (Fiqh As-Sirah):

فإذا أراد أحدا أن يغنى أو يستمع إلى غناء فليفعل, أما تحويل الإسلام نفسه إل غناء فيصبح القرءان ألحانًا عذبة. وتصبح السيرة قصائد وتواشيح, فهذا ما لا مساغ له وما لا يقبله إلا الصغار والغافلون


“Kalau sesiapa nak menyanyi maka silakanlah. Tapi kalau menukar Islam kepada nyanyian sehingga al-Quran itu tinggal hanya lagunya sahaja & sirah nabi hanya lantunan qasidah atau maulid sahaja, maka ini satu kebodohan yang hanya

boleh diterima oleh budak-budak hingusan sahaja.”

kata sheikh lagi:

فبدلا من الإستماع إلى قصة المولد يتلوها صوت رخيم, ينهض المرء إلى تقويم نفسه وإصلاح شأنه, حتى يكون قريبًا من سنن محمد (ص) فى معاشه ومعاده, وحربه وسلمه, وعلمه وعمله, وعادته وعبادته

"Sebagai ganti daripada mendengar kisah maulid yang dilontarkan/dinyanyikan dengan suara yang merdu, eloklah sekiranya seseorang itu memperbaiki dirinya (dengan menurut ajaran al-quran dan as-sunnah), sehingga dia menjadi dekat dengan Nabi Muhammad S.A.W (disebabkan kelazimannya mengikuti as-sunnah) di dalam kehidupan dunia dan akhiratnya, peperangan dan perdamaiannya, ilmu dan amalannya, adat dan ibadahnya."

.........................

*dengar lagu/nasyid/qasidah/burdah khusyuk, sampai tertutup-tutup mata, tergeleng-geleng kepala.

dengar bacaan al-quran/khutbah pula mengantuk, sampai tersengguk-sengguk kepala. (disebabkan tiada iringan muzik barangkali?)

pe cer?




p/s - sesiapa yang dah nak bina keluarga tu, pasang niat awal awal nak jadikan zuriat nanti sebagai generasi al-quran. jangan duk berangan sangat anak jadi artis kpop. hewhew =D
Thank you for reading this entry !

1 comment:

suri said...

salam..
byk srkg org lupakan Al quran. tpis kit hti tgok tv berbayar leka dg lagu dna games mengasyikan..pastu tv 1 ke tv 3 smua hiburan semata2 blh bilang dg jari prgram benar2 manfaat..

sungguh sesal

Related Posts with Thumbnails