30/09/2012

Cerita Kembar #11 : Dengki Dan Cemburu

Hampir semua orang ingat ada kembar ni best. (yeke?)


Baik, tak dinafikan ianya memang best! Setiap yang kita buat ada teman. Nak makan, nak tidur, nak borak, nak jalan-jalan, bahkan nak masuk jamban pun ada teman (teman je, tak masuk sekali woi). Tapi kannn.. Benda paling best ialah ketika nak mengutuk pun automatik akan berteman. (sorang tak suka, maka dua-dua jadi tak suka. maka aktiviti mengutuk berjalan dengan jayanya HAHAHAHA).


Part best dah habis. Sekarang masuk bab dugaan ada kembar.


Dengki a.k.a cemburu/jelous
Ni dugaan terbesar yang kau kena lalui bila ada kembar. Setiap saat yang kau tempuh akan ada potensi untuk rasa dengki dengan kembar kau. Sumpah, aku banyak kali rasa macam ni.


Contoh, kembar kau beli baju baru. Bila demikian, seriously kau akan rasa dengki sebab dia ada baju baru dan kau takde. Dengan rasa yang meluap-luap, kau terpaksa beli baju baru jugak untuk hilangkan rasa dengki tu. Nampak?


Contoh lain, kembar kau ni bijak. Setiap kali exam dia dapat result lagi tinggi dari kau. Diulangi SETIAP KALI EXAM DIA DAPAT RESULT LAGI TINGGI. hambik kau siap capslock lagi hahaha. Sekarang cuba cakap apa kau rasa? Dengki gilaaaaa. 

Untuk mengurangkan rasa dengki, kau akan tiru dia masa exam. 100% dengki hilang. kahkahkah !


Contoh last, bila kembar kau ada awek dan kau still single. Bila dia keluar dengan awek, dan kau hanya stay kat rumah. Boleh bagitau tak apa yang patut kau rasa? Sumpah jelous nak mati.

Yang ni memang takde ubat melainkan kau kena menagih kasih dengan orang lain. Seriously pathetic. T_T


Lastly, semua keadaan ni kena pandai handle, insyaAllah dengki/jelous takkan dapat mengapa-apakan weolls. i am cool bebeh! XD Bai~


dia ada bunga, aku takde. sila dengki sekarang!!! (dua-dua bangla, ok tak jeles) harhar =.='



Thank you for reading this entry !

13 comments:

zEri sAfEerA said...

hahaha nsb bek sy kmbo llaki ppuan. xdok la nk jelez sgt. hakhak ^^

Ceiler Mun said...

kanan izuwan, kiri izuddin.. betul tak? betul tak? hahahaha~


serius aku tak percaya ko single beb! :P

Ceiler Mun said...

woiii. terbalik2.. kiri izuwan, kanan izuddin..

haryzkhairuddin said...

lama menyepi bro??

normal la tu.. hidup adik beradik, ada dengki mendengki. tapi last2, cincang air takkan putus. betul x? ;D

Jom Masak Channel said...

jgn sampai bertumbuk dah le. hihi. teringin nk ada ada kembar. oppps

PutriesNoora said...

lama x update...anyway..good info..hahaha=D

syamimihaziqah said...

Dia dapat Galaxy Note free, masyaAllah dengki gilaaaa!
Tapi nak beli Galaxy Note tak mampu pulak. What to do? T___T

sue perbs.. said...

haha.. mcm2 la kemba tolo ni..

Unknown said...

ops bangla?huhu

Tiara Fazlin said...

hahahah best ape kembar takyah beli cermin

Ana Farhana said...

betol3

Nnnourah said...

Kalau kembar lelaki perempuan mesti best! :D

Macam-macam boleh kongsi. Hihi

hazanis said...

kalau dengki untuk perkara baik xpe la..huhu

Related Posts with Thumbnails