05/06/2011

Drama Melayu

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, syukur banyak-banyak pada Allah pemilik alam. selawat dan salam buat nabi junjungan, Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.


Straight to the topic, aku tengok sekarang ni musim demam nora elena kan? Aku tak tahu bila demam ni merebak sebab tahu-tahu je dah hampir semua kawan aku terkena. alhamdulillah, aku bernasib baik kerana masih lagi terselamat. haha. hebatnya penangan drama ni sampaikan jika soalan diaju kepada korang, masing-masing nak jadikan nora tu sebagai wanita idaman if korang lelaki, dan tak kurang jugak bagi perempuan yang impikan lelaki seperti seth tan. fine, dua-dua cun dan kacak. of course la korang cair. ye dak?




Actually aku tak pelik pun dengan musim demam drama melayu ni sebab dah banyak kali benda ni berlaku. For example, demam nur kasih tak lama dulu. semua orang sibuk duk cerita pasal adam, amina, dan watak-watak lain dalam drama tu. siap ada yang benci watak sarah, adik amina tu. aku lagi suka fizz ngan ayu. ohh~ secara logiknya, apabila sesuatu yang berlaku drama dibawa keluar ke alam nyata oleh masyarakat, itu merupakan satu kejayaan kan?




Then tak lama lepas drama nur kasih, timbul pulak cerita sweet habis kegilaan remaja dan juga dewasa. orang tua aku tak tahu lah macam mana sebab aku kat sini tinggal dengan budak sebaya je. hehe. cerita ADAMAYA. ingat? dengan adam yang kerja as photographer dan maya yang masih lagi study. tambah pulak dorang kahwin muda pastu siap maya ada bf lagi memang menambahkan power drama tu. Haih.. memang stok modal berangan la. lagi terasa apabila banyak blog yang letak lagu thema drama tu kat blog. addict lettew~ haha.




Tapi korang perasan something tak dengan drama-drama ni? kalau perhatikan betul-betul, faktor utama yang menjadikan semua drama ni jadi kegilaan ialah perwatakan watak utama yang sangat penyayang. caring kalau dalam BI. perasan? in fact, semua wanita mahukan seorang yang penyayang. setuju?


Kejap.. korang jangan mudah terbang dengan watak penyayang tu. ada satu lagi faktor yang berkait dengan penyayang tu. ya, semua cerita tu berkisah tentang cinta lepas kahwin kan? jika digabung, maka akan terhasillah satu thema yang berbunyi "cinta selepas kahwin, dan memiliki seorang suami penyayang". eh bukan, suami yang sangat sangat sangat penyayang.


Well, tak dinafikan semua wanita di luar sana inginkan someone yang ada ciri-ciri tersebut. penyayang, memahami, sweet, romantik. all of that adalah ciri-ciri idaman. ehem, penulis ni pun ada jugak ciri-ciri tu. haha. ok tu selingan. tapi tahukah korang bahawa ramai lelaki yang ada ciri-ciri tersebut. ini berdasarkan apa yang aku nampak la. mana nak cari? ehem. meh datang sini cari kembatolo. insyaAllah jumpa. haha. selingan lagi. -.-


Setakat apa yang aku boleh rumuskan, jika lepas ni ada lagi drama yang tiptop meletup kebaboom, aku yakin tak lain tak bukan drama tu mempunyai thema yang sama. cinta selepas kahwin dan mempunyai suami yang sangat penyayang dan memahami. ye dak? tak percaya just wait and see.


Jadi kesimpulan yang aku nak ketengahkan kat sini, semua drama ni berkisar tentang cinta lepas kahwin. memang sweet gila lah. sweet dia sampai boleh buat tidur korang basah. err.. please jangan bagi otak tu advance sangat. maksud basah di sini ialah basah dengan air liur basi ok, bukan benda lain. hahaha. Lepas ni kalau tak nampak lagi kemanisan cinta lepas kahwin ni tak tahulah. >.< ok bai.


sekian.


Random.
#aku tak layan semua drama tu sampai habis. just tumpang kawan tengok dalam 2, 3 episod je.
#bagi sesiapa yang single, tak perlu lah nak cari cinta lagi lepas ni. just wait sampai kahwin. kehkeh.
#harap ada orang sudi baca sampai habis entry ni.
Thank you for reading this entry !

24 comments:

laskar pelangi said...

pelangi pun demam nora elena gak auw...wugi r xtgk =D

kalau dah tgk mesti jadi demam la..tgk ujang..teros dah demam nora elena =D

Auni Aizie. said...

bercinta lepas kawenn kan lagi manisssss , umi aku cakap .

i love you aaron aziz *selingan

Unknown said...

haha..bakpo aku tok tau pon kwujudan cito nora elena ni ..

kokser kokdam said...

sero mu duo bradik laye indostam jah

KuNanGKuNanG said...

semua nak pasangannya penyayang..xkan nk yg bengis kot..takut seh...huhu

sri said...

saya terselamat dari ketiga3 drama ni. Hahaha. XD

fyqa said...

skng dh mlas lyan drma. hik

Unknown said...

betul la tu , biar cinta datang sendiri ;)

lini hasnan said...

hihi, cerita tu sweet sgt, biasa lah, manusia kan suka meletakkan angan-angan dalam semua perkara.

habsahharun said...

seb bek belum kena demam nora elena lagi..tengok hari tu beberapa scene je..hehehe..

Unknown said...

cinta selepas kawen sweet sbb x dinodai oleh maksiat dan bnda2 yg x berpaedah..

kiko kiki lala said...

bagus jugak depa buat cite cmni.
die tunjuk sikit kemanisan berkahwin.
takde la ramai nak bercinta befure kahwin. :)

blog-tips-kurus said...

saye tengok gitu-gitu je. tapi saye dah namakan 2 anak pokok cili baru beli dengan name Tizz Nora & Tizz Elena. ok la kan?! >.<

Unknown said...

sama la kite. terselamat :)

emieysandra said...

bgus gak, bg pngjaran bercinta lpas kwin tu sweet..mslhnye rmai yg dok praktikkan sblum kwin. adess =.="

Cahaya Kehidupan said...

betul2,memang nak bercinta sakan lepas nikah...=P(tetiba)

Mama Kembar Tiga said...

mama terselemat drpd demam semua crita tu.. kat umah tak pernah ada masa nak tgk pun, sbb dok sebuk 'bercinta' ngan 3 heroes yg encem nya mengalahkan seth tu ;-)

m i a said...

hehehe..tak dinafikan..tp saya masih terselamat lagi kot dr demam drama ni..hehehe

ceksumolek's said...

xlayan pun cerita nih.. takut kena demam mcm org lain..

Sca Ndx said...

malaysia mampu buat drama cinta je gempak

cik violet said...

sy tgolong..nora elene fever da nih..

haishhh

Raden said...

alaa...nk kawen la. nk chenta lepas kawen..kamu or kembar kamu..cepatla masuk meminang...

man yusoef said...

lu der..nak cakap jiwang ngaku jela..tak yah nak tapis2..haha

aku paling suka citer Nur Kasih

oit, warna font ko serius sakit mata nak baca...grr..

Solihin Zubir said...

aku nk bercinta lpas kawen jugak... aku harap nnt ada produser yg sudi adaptasi kisah aku buat drama.. x pun wat filem trus.. hahaha...

typical malay..

Related Posts with Thumbnails