19/04/2010

aurat ; tak tahu nak cakap cane lagi dah!

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh..
Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Kali nih aku nak mintak ampun bebanyak sebab tade intro yang sesuai tuk aku tulis. Ketandusan idea. Mungkin sebab kelapa, eh silap, kepala otak tengah penat ag disebabkan exam lisan pagi tadi. Semalam pulak tak cukup tido gara2 nak bagi sume riwayat2 imam masuk lam kepala otak. Tapi yang lekatnya, tak sampai seposen kot. Gelabah kaw kaw aku tadi. Dah la sampai maahad lewat, no giliran pulak ketiga teratas, bertambah-tambah la tercicir segala yang aku hafal. Tapi alhamdulillah, dapat gak aku jawab dengan jayanya walaupun kena tengking tadi.haha.

perhatian - entri ini mungkin agak panjang dan jugak agak berbisa, kepada mereka yang akan membacanya, sila pastikan kesabaran anda berada pada tahap profesional, bukan amatur!haha.

Okeyh, aku nak bagi ceramah free a.k.a membebel santai bertajuk aurat tuk entri kali nie. Firman Allah S.W.T yang bermaksud ;

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

"dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada melihat yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara(adik beradik) mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian pada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya" (an-nur : 31).

Dah baca apa yang aku tulis kat atas tu? Dah paham? Dah hadam lumat2? Dah melekat lam kepala? Kalo tidak, SILA dan TOLONG baca lagi sekali dan PAHAM betol2. Sebab yang kat atas tu bukan datangnya dari aku. Tak lain tak bukan ianya dari Allah, pencipta alam ini, pencipta manusia, pencipta dirimu wahai perempuan. Dialah yang mengetahui apa yang terbaek untuk kamu, tetapi kenapa kamu masih tidak mengendahkan suruhanNya? Adakah kamu rasa ada yang lebih memahami dirimu sehingga kamu tak mahu ikut apa yang disuruh? Kalo ada, boleh kamu bagi tahu siapa? Aku amat berbesar hati jikalau kamu dapat memberikan jawapan.

Halamak!~ Tetiba je naek angin cakap pasal nih. Panas2!! Kenapa eh? Mungkin aku da lama menyimpan dendam benci yang mendalam pada golongan yang TAK RETI tutup aurat nih. Sedangkan dah jelas depan mata, idung, mulut, dan telinga dorang bahawa tutup aurat nih WAJIB! Sumpah aku geram tengok orang2 ceni. Eii! Sabar jelah.

pemberitahuan : korang yang aku gunakan lepas ni akan membawa maksud kaum hawa dan kitorang pulak bermaksud kaum adam.

Meh sini dengar apa aku nak bagitaw nih. Aku nak tanya korang. Tahu tak pasal gangguan seksual? Biasanya kalo istilah nih, lebih banyak merujuk kepada pompuan kan? Tapi, kalo aku cakap pompuan yang pakai seksi2, tak tutup aurat, pakai ketat2 sampai nampak bentuk bukit bukau dan lemak lemau korang yang disukai ramai tu sebagai gangguan seksual bagi lelaki, korang setuju tak? Apa korang ingat gangguan seksual tu pompuan je yang kena? Salah tu der. Kami kaum lelaki pun turut kena jugak lah..!hahaha.

Kenapa aku cakap cenggitu? Sebab yang pertama, tak ke terseksa batin kitorang(kaum lelaki) tengok pakaian yang korang pakai seperti yang aku cakap kat atas uh. Dah la ketat, seksi, terbelah sana sini mengalahkan kain rentang koyak, dan macam2 lagi lah. Sape lah yang tak tergoda kalo dah benda tertayang depan mata? Yang tanak tengok pun terpaksa tengok jugak sebab belambak sangat yang pakai cenggitu. Merata-rata. Astaghfirullahal 'azim. *tenang2*

Kesian la sikit pada kami, lebih2 lagi bagi mereka yang dah wajib kawen tapi tak dapat kawen. Lagi la terseksa jiwa raga bakul batin mereka. Aku ni takpe la. Lambat lagi nak kawen .Tambah2 pulak calon pun belom cukup lagi. Eh! silap. Bukan belom cukup, tapi belum jumpe.wahaha~

Tadi aku cakap mewakili kaum aku, sekarang aku nak jadi wakil bagi kaum korang pulak. Kepada mereka yang berpakaian sedemikian, aku nak tanya lah beberapa bentuk soalan. Pertama, korang yang pakai ketat2 tu tak rasa 'lemas' ke? Jujur aku cakap, aku kalo pakai seluar ketat, otomatik aku akan rasa 'lemas'. Lantak ah lemas apa pun, yang penting 'lemas'!haha. Nak dabel meaning pun tak pe. Lebih2 lagi korang yang pakai pampers tapi masih lagi pakai ketat2. Heran aku~ Sampaikan nak berjalan pun nampak macam pesakit parkinson yang dah hilang tongkat dah. Kesian campur simpati aku menengoknye.haha.

Kedua, korang yang tak tutup aurat nih, apa yang korang akan persembahkan pada husband korang nanti kalo sume yang korang miliki sekarang da jadi tontonan umum sewenang-wenangnya? Kalo bukan semua pun, ¾ daripada milik korang da ditonton. Silap2 dah ada simbol U dah. Berapa bahagian sangat yang husband korang akan dapat nanti? Tak kesian ke? Dia yang bayar mahar korang, tapi yang dia dapat ciput je. Aish..! Tak kena r cenggitu. Orang yang tak bayar walau sesenpun dapat lebih banyak dari orang yang bayar. Adil tak? Lebih teruk dari beliau yang jadi korban time raya haji la kalo cenggitu korang nih. Beliau tu pun ada banyak bahagian tuk tuan yang bayar . So cane? Kalo korang betol2 sayang kat future husband korang, tutuplah aurat~ Biar ianya menjadi sesuatu yang berharga bagi korang untuk dipersembahkan kepada yang halal buatmu suatu hari nanti.

Dah la. Penat aku duk taip mende nih. Kalo ikutkan ati, banyak lagi yang aku nak tulis. Tapi takut korang tak baca, sia2 pulak usaha aku. Ditambah pulak ngan ayat2 pedas kari berapi aku tuh, kang ada jiwa2 kuntum yang terase. Tak cukup perkataan aku nak jawab nanti.haha. Cukup la setakat ni. Point berikutnya, aku cakap laen kali. Tu pun kalo esok masih ada.ngee~

Untuk yang terakhir sebelom aku berundur, baca dan fahamilah firman Allah ni ;

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum tersebut mengubahnya sendiri" (ar-ra'du : 11).

Assalamualaikum. Semoga bertemu lagi~.

p/s-post kali ni agak ke arah 18sx. tapi tade la sesensor macam citer remp-it tu kan? mohon maaf kalo ada yang terasa kerana mungkin juga entri ini dipengaruhi perasaan. diulangi, MUNGKIN juga entri ini dipengaruhi perasan. babai~

kan chantek kalo tutup aurat cenggini. siap pakai ketayap lagi tu.haha. tak berkenan ke nak wat menantu wahai macik2 di luar sana??*muka suci murni lepas exam*
Thank you for reading this entry !

25 comments:

MIRA UTTIKA said...

:)
i loikee this post.

Sarah Saadi said...

mesti ada sebab kan post ni dibuat?
mcm benda yang memang berlaku depan mata je? hmm...

Anonymous said...

Great....nice post....
but, is it better if you wrote bout it in such more polite way? just a tiny idea i think...
nyways,nice.....

Anonymous said...

Alhamdulillah...sudah bagus enta tegur..cume gaya bahasa kalau diubah menarik sedikit,secara berhikmah..lagi cantik dan menusuk kalbu...kita tengok bagaimana gaya bahasa alquran?sangat menarik,lembut...Teruskan usaha untuk berdakwah menggunakan blog...

Anonymous said...

Saya sokong....Bagaimana sikap pendakwah sangat penting...Gaya dan bentuk tulisan perlu diperbaiki lagi..Fiqh zauqi perlu ade..iaitu wasilah kite untuk berdakwah...Tegur mmg perlu,tapi bagaimanakah cara tegur itu?Maaf kaalu anda marah...cume saya hanya bagi cadangan..Mungkin lepas ini blog ini akan jadi blog terhebat...Penuh dengan unsur2 dakwah dan menarik ramai pembaca...Insyaallah...

Miszcahye said...

alhamdulillah...
peringatan berguna buat semua kaun Hawa...

p/s : nicely done din

Farhan Syah said...

haha din, good joob but not done well... niat baik, tp ada cara lain yg lg baik...

btw, ko lg bagus dari org len yg xde usaha langsung.. semoga akan memberi perubahan ke arah yg lebih baik kepada da'ie dan mad'uu

apapun, amalkan sikap tegas denagan pendirian kamu, walau bukan dalam dakwah kamu...

Anonymous said...

dush!! pedas2..haha thanks..

http:/keningkutabik. said...

alhamdulillah..semoga ada ramai kaum macm korang ni ats muka bumi..tegor kaum hawa yang mana sering kali terpesong n mudah lalai...
sesungguh nya kaum hawa perlukan kaum adam untuk memimpin sentiasa...
~kepada pakwe2 kt luar sane yg suka sruh makwe nye pkai seksi2 2 hrap insap la ye..~

wan_nie said...

alhamdulillah..semoga ada ramai kaum macm korang ni ats muka bumi..tegor kaum hawa yang mana sering kali terpesong n mudah lalai...
sesungguh nya kaum hawa perlukan kaum adam untuk memimpin sentiasa...
~kepada pakwe2 kt luar sane yg suka sruh makwe nye pkai seksi2 2 hrap insap la ye..~

em0s3nget said...

2la, dunya skarang an..
ape nk jadi pon xtau..
tp judin, nxt time btter tegur molek2 tau..

n bout da sexual harrasment,
ade je yg pki bju kurung yg terkena..
2 tru story la..

pe2 pon, molek da ni care nk dkwah..
improve from bhs ckit deh..xmau mrah2.. ;)
certain ppl, ade je ilmu tp xamal..2 yg cdey..
thnx btw..

kayuburuk said...

aku bru baco..hehe..xpo din..aku like post nih..bkn mu sore jh oyak bnd nih..rmai lg hk berdakwah scra molep,gna ayat2 cinta..eh silap,ayat2 sopan,lembut..tp...supo jgk...hk nk ikut ,ikut...hk xikut,wak buto tuli supo lembu kenye pon blana..baik oyak hk trus tere slalu..bereh ding..power ah mu..i'm stay ur back..and a heapful of congratulations to u...

Nana Idros said...

alaaah, baru nk wt post cm nie. but yg nie lg power lak tuh. terkilan+jealous aii. hihi. btw, great entry. sgt menusuk kalbu dan jantung. hee. nti lw sy wt, pinjam tau sket2. but link balek punye. dnt worry :)

izuddinrahim said...

haha..tape la..kalo nak tiru,silakan..tak kesah pun..tade kena bayar cukai pape pun eh..
orait..~tangki you..

aleeza huda said...

baca sampai habis^^

izuddinrahim said...

maaf ye..entri panjang sangat..haha

MSS said...

last tu siap promote..=D

Anonymous said...

oohh..sabar2..

diazurain said...

salam...oryte..dah baca..bru dok teroka2 blog ni..btw, gud job! like!

SyemaClarisse said...

thnks. hee, tetiba. bukan apa terkesan. sopan,lemah lembut lagi santai tu bagus. tp kadang kadang tegas, sinis tu perlu. bila sopan baik sgt pun tak jalan. .
bak kata lecturer, benda kena mengena dengan hukum ni, jgn dibawak main.

reenvicious said...

haey. ada kemusykilan..dgn post entry ni. y??

sbb setahu sy aurat hnya pd muhrim.
"orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,"

n setahu sy jugak, skang mana ada llki yg xda berkeinginan dgn perempuan. mana dpt surah ni?

persoalan yg ditanya bukanlah satu arguemnt.tp satu soalan yg musykil perlukan huraian.

izuddinrahim said...

Allah yang menciptakan manusia. jadi, Dia lebih tahu tentang makhluknya. pasal surah mane tu actually dah ade tulis kat situ. if u dont mind, tgk lagi skali. surah annur, ayat 31. ade kan?

n pasal lelaki yang tak berkeinginan kepada perempuan, yakni lelaki yang sudah lanjut usia. orang tua yang mmg betul2 tua iaitu umo 90 ke atas, level atuk or moyang, dorang tgk pompuan pun dah takde feel. setakat yg saya tahu lah. wallahu a'lam.

reenvicious said...

thx. bila baca balik baru lah paham. "org gaji DARI ORG2 LLKI yg tlah tua n tidak berkeinginan".

tq.

eqa said...

nasib baik xterase..

Anonymous said...

tq..

Related Posts with Thumbnails