28/03/2013

Cerita Kembar #13 : Dua Puluh Tiga

Assalamualaikum.


Awak.. Awak tau tak ittew punya hari jadi dah lepas? Mesti awak taktau kan? Alaa awak ni, birthday saya yang tarikh cantik gila tu pun awak tak ingat? Ishh.. Awak lupa ke awak buat buat lupa? Benci..!


Puii.. Bapuk mana pulak tolong taip perenggan atas ni? Memalukan kaum lah spesis macam gini. Cakap taff tapi taip gaya pondan. hahaha *tunjal dahi*


Ahem.. Entri ni cuma nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi wish dekat aku. Sebenarnya aku pelik kenapa orang wish kat aku, lepastu suruh sampaikan sekali kepada izwan. Apa ingat birthday aku dengan izwan sama ke? Kenapa pulak birthday aku nak kena sama dengan dia? Apa kaitan aku dengan izwan? Eh kejap.. Izwan tu siapa? HAHAHAHA

dapat jersi baru walaupun dah nak abis musim.
terima kasih kepada sponsor yang amat disayangi dan sangat dicintai. eh? #mancity #LYNH


Ok kena stop sekarang. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang wish birthday untuk kitorang. Maaf sebab tak dapat reply satu per satu. Terimalah ucapan terima kasih secara pukal dari kitorang. Jazakallahu khairan kathira untuk doa kalian. Aminn.

tak caye boleh edit macam pompuan. lantaklah hiks


Sekarang member yang umur 23 dah mula bina rumah serta tangga. Saya pulak bagaimana? Eh gediknya persoalan. Kbai~


Rasa annoying? taip ON LEMPANG dan hantar ke 0136449***/0136944*** KAHKAH (=.=')

Thank you for reading this entry !

21/03/2013

Mari Mengaji Melalui Skype

Assalamualaikum.


Dalam entri lepas, aku ada bagitau pernah mintak kerja sebagai guru tahfiz kan? Malangnya, hasrat tersebut tidak kesampaian apabila jawapan temuduga tu tak sampai. Kuang kuang kesiaaannn. Siapa suruh jadi penyokong bulatan hijau putih, kan dah kena! hakhak.


Apa dorang ingat keinginan aku nak ajar quran tu main-main ke? Air yang tenang jangan disangka tiada buaya derr. Puii.. Peribahasa apa ni woi? Air tenang ada ikan gupi je lah. hahaha. Lepas tu kan, aku dan izwan buat keputusan untuk buka kelas mengaji sendiri. Sasaran utama ialah untuk orang yang dah pandai baca quran, tetapi yang daftar ramai budak yang baru nak kenal huruf. Alhamdulillah, dah setahun berlalu. Cuma, ajar budak mengaji ni sakit tekak la bro. heh


Dan sekarang, aku rasa macam nak guna kelebihan yang Allah bagi ni untuk beri sumbangan pada agama seiring dengan perkembangan teknologi iaitu ajar mengaji melalui skype. Peh pehh ! *tepuk sikit*


+


=



Ni cuma satu cadangan. Sebagai seorang yang boleh mengaji, rasa bertanggungjawab untuk ajar orang lain.  Sesiapa yang nak belajar boleh add skype aku. Tak kira siapa, lelaki atau perempuan. Umur pun takde had. Selagi ada kemahuan nak belajar, insyaAllah aku sudi ajar. Nak seribu jalan, tanak seribu alasan. Cewahh

Skype Name : izuddinrahim

Bayaran? dont semak your otak to pk about this. (kecek bi? really? -.-" haha) Buat masa sekarang aku belum fikir nak letak sebarang yuran atau bayaran. Cuma pastikan korang ada internet lah kan. Acane nak skype kalau takde internet ye dak? Tunggu internet free dato' najib pun boleh jugak. kikiki


Kesimpulannya, anggap ni peluang untuk korang yang tak reti mengaji tapi segan nak pergi belajar sebab umur dah lanjut. So, kita akan mengaji melalui skype. Tayah malu, tayah segan. Just you and me. Okay mate?


Sila berikan feedback anda. Terima kasih. 

sekali tempek gambar jubah dengan serban lagi. kang letak gambar pakai jeans ada yang tak caye pulak. kehkeh

*peribahasa kat atas memang takde kena mengena pun. wkwkwkwk =P
Thank you for reading this entry !

03/03/2013

Erkk #12 : Kemaskini Rawak

Memang diakui, gue udah jadi pemalas sekarang. BHAHAHA !

Bukti yang paling ketara, blog ni. Dah 2 bulan terkontang-kanting menagih simpati dari pembaca. Owner pulak buat-buat hilang ingatan pasal blog. Eh aku ada blog ke? Sejak bila? Tak pernah tau pun? Eh eh? =P


Realitinya, hidup aku sekarang ni boleh dikatakan bosan. Ahad sampai sabtu, rutin sama je. Bangun tidur, terlajak subuh, online, main PES, makan, tidur, bangun sebab nak buang air, sambung tidur balik, bangun, tengok tv, tidur, bangun, makan, ha ulang sampai korang pun naik bosan baca. Sekarang boleh rasa tak aku punya bosan tu? kehkeh



Bila hujung minggu ada la fun sikit sebab dapat main futsal. Tu pun kalau ada orang ajak lah. Kaki bangku macam ni siapa lah nak selalu ajak. Lagak poyo superstar tapi bila main sepak pun tak kena. Bola ntah ke mana, kasut terbang merata. Kadang-kadang konpius jugak aku ni main bola ke main kasut terbang. Kucing tengok pun tergelak main bola macam gitu. Natijahnya, memang arwah la kucing tu lepas gelakkan aku. Siapa suruh kuajaq sangat. *sentap*


Apa-apa hal pun, alhamdulillah sebab sekarang masih lagi cukup makan, cukup tidur, cukup semua keperluan. Alhamdulillah syukur. Cuma yang sedihnya, bantuan BR1M je tak dapat. wakaka kesian orang tanak bagi siapa suruh takmo mintak. ok bye. *sambung sentap*

apa jeling2? tak reti main duk luar la ye dak?


Update pun macam takde pekdah je entri. baik tayah update! harharhar *tembak diri sendiri*


#OffTopic
#Selamat hari jadi untuk awak yang besday 28hb lepas.
#Selamat mengundi bulatan hijau putih. hewhewhew

Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails