26/11/2012

Pengantin Baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah! Akhirnya berjaya juga aku tamatkan kebisuan blog ni. Seingat aku, hampir 2 bulan takde sebarang update ye dak? Harap ada makhluk berjantinakan perempuan sopan santun lemah lembut gemalai kelembai gembira dengan ke'update'an ini. hahaha bajet orang nak gembira? Well.. Ai kan dah selalu bajet! wkwkwkwk


Orait bebeh. Post ni cuma nak bagitau aku baru tambah bilangan ahli keluarga. Kalau hari tu bertambah kerana dapat anak sedara baru, kali ni pula sebab dapat abang ipar baru. Hoyeahh semua baru! Moga-moga abang ipar baru dapat sponsor kasut futsal baru. Nampak tak chemistry tu? ekeke




Sebenarnya kan, kenduri ni sama je dengan yang lepas-lepas, melainkan kali ni, kitorang dipaksa jadi saksi bagi pihak kakak. Nampak tak perbezaan dia? Dulu kemain lagi hasrat nak tengok akad nikah dihalang keras (amboi novel sungguh bahasa) oleh umi abah dengan alasan budak-budak tak boleh ikut. Tapi sekarang sudah terbukti aku sudah besar. Terpulang lah nak tafsir 'aku' tu spesis apa. hahahaha. Ni siap jadi saksi lagi. Iolls punya tandatangan dah ada dekat surat nikah lagi uollssss! *angkat kening*


Malam nikah pun ada orang nak mintak sign. maklum la jarang sangat dorang dapat jumpa retis-syok-sendiri ni. pape pun, berdebor jugak nak sign ni. hewhew


kenapa tandatangan dengan conteng macam sama je? =.=


Brader, tandatangan dekat surat nikah sendiri bila pulak? Err.. 


Kalau korang nak tau, jadi saksi nikah ni boleh tahan mencabar. Aku yang duduk sebelah pengantin pun turut sama kena tempias! Nervous gilaaa bak hang! Eh takde sampai gila, saja sedapkan ayat kehkehkeh. Nervous masa match futsal pun takde macam gini.


Dengan kamera tak benti duk snap snap snap, sumpah rasa macam artis! Terasa diriku begitu berharga cewahhh *lempang sedas*. Walaupun hakikatnya aku tau dorang tengah snap gambar pengantin. Err.. Ke dorang memang tengah snap gambar aku hah? Tolong sedapkan hati aku weii.. 

Ni amik gambar pengantin ke amik gambar aku? kenapa aku yang lebih-lebih control ni weh? ada sesape boleh jawabkan? hahaha


Lepas selesai akad nikah, dua ketul makhluk tanpa segan silu melantak. ohoiii rumah sendiri nak segan apanya bendul? lagi satu, apsal pose pun sama ni? mulut muncung tangan kiri statik? :O


 Kakak dengan abang ipar. Mentang-mentanglah dah kawen, asyik nak berkepit je. woii dengki betul. aku selalu amik gambar sorang je. kalau berdua pun dengan izwan. remuk hati mengenangkan nasib yang tak laku.


Dua beradik muka tak malu melantak lebihan hidangan pengantin. eh sebenarnya bukan lebihan lah, puding dengan buah takde sape nak makan. Dah nasib diri makan banyak badan tak naik-naik, memang confirm lah jadi pelantak tegar berperut stokin. Abaikan kerut seribu dek oren masam nak mam.


Muka kepuasan lepas melantak nasi dua pinggan, daging black pepper, daging gulai, ayam gorem madu, ikan kering, budu, sambal dan air sunquick. dengan tak sengaja ter'list' menu dekat sini. nasib baik perut belum maju ke depan lagi. hehe babai ! 


MISSION ACCOMPLISHED!! Lepas ni turn mamat ni pulak kawen. lalalala~


Perasan tak gambar kitorang lagi banyak dari gambar pengantin? harharhar
Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails